Showing posts with label Karya Foto. Show all posts
Showing posts with label Karya Foto. Show all posts

Wednesday, 25 July 2012

Karya Foto | 'Piramid' Mongolia

Jika negara Mesir terkenal dengan kehebatan penciptaan Piramid-nya, di Mongolia pula.. Sejarah telah terukir dengan pengumpulan patung-patung pahlawan Terra Cotta dan patung Genghis Khan di puncak Gunung Khan. Berlokasi di Holingol, wilayah Utara China, kerja-kerja bagi menyiapakan patung-patung tersebut telah selesai. Kini, kawasan pergunungan itu telah dibuka kepada kunjungan umum.

Tuesday, 22 May 2012

Karya Foto | An Apple

An apple a day keeps the doctor away.. Tapi, ke mana gigi hadapan adik menghilang? Tertelan sekali dengan isi apple ke? Kalau tertelan, confirm kena pergi jumpa doktor juga (^_^)


Karya Foto | Sayu.. Bantulah Saya..

Lihatlah saudara-saudara seIslamku sekalian.. Bagaimana kanak-kanak perempuan ini berehat setelah penat mencari 'sesuap nasi' untuk dirinya sendiri.. Adakah kesusahan yang kita alami sama seperti apa yang dia alami?? Tepuk dada tanyalah diri sendiri..

P/S : Gambar dirakamkan di lorong Sufi Haji Ali, Dargah, India. 

Sumber : shadow dancing with mind

Saturday, 12 May 2012

Karya Foto | Ayuh.. Selamatkan Bumi Kita

Seorang kanak-kanak perempuan Brazil bersama bapanya berusaha menyampaikan mesej kepada manusia dunia agar menyelamatkan bumi daripada tenggelam kesan daripada paras air yang semakin meningkat. Isu pemanasan global kini semakin hari semakin mendapat perhatian umum. 

P/S : Hendaklah disedari, betapa gigih dan jitunya usaha yang dilakukan manusia, andai tidak disertai dengan keimanan kepada Si Pencipta, pasti tiada gunanya. Keyakinan untuk menyelamatkan dunia kurang manfaatnya jika dibandingkan dengan satu usaha yang mereka abaikan. Mengapa dan apakah usaha yang diabaikan tersebut? Kerana suatu hari nanti, sang dunia pasti kan hancur binasa jua. Usaha yang diabaikan itu adalah usaha mereka untuk menyelamatkan diri mereka apabila dibicarakan dihadapan Pemilik Dunia, yang mana ketika itu ia telahpun tiada.

Wednesday, 9 May 2012

Karya Foto | Lubang Ais

Penemuan sebuah lubang ais besar di Solheimajokull di selatan Iceland belum dapat diketahui secara terperinci tentang kewujudannya. Adakah ia kesan gempa bumi ?? Atau kesan daripada pergeseran isi bumi ?? Seorang ahli pengkaji bumi dengan beraninya turun ke dalam lubang besar tersebut untuk melihat dengan lebih dekat lagi isi kandungan yang terdapat di dalamnya. - Gambar oleh Jon Vidar.

Friday, 4 May 2012

Karya Foto | Kolam Garam

Sesiapa yang familiar dengan perkataan Trypophobia, pasti tidak asing lagi dengan foto-foto yang disiarkan. Akan tetapi, kalian jangan tersilap mentafsir. Foto-foto ini bukanlah dari spesis trypophobia tersebut sebaliknya ia adalah Teguidda n Tessoumt atau dalam bahasa Melayunya , kolam garam yang terletak di Nigeria. Kolam itu dibina bertujuan untuk proses pemejalwapan garam yang bertindak balas dengan terik matahari. Sumber : finedininglovers



P/S : Kepada sesiapa yang tak tahan geli-geleman, jangan klik link Trypophobia. Dibimbangi anda akan mengalami sindrom tak lalu makan pulak nanti.

Tuesday, 1 May 2012

Karya Foto | Demi Negara


Fantasi : Demi negara tercinta, akan ku lakukan apa sahaja hatta mencium bumi.
Realiti : Tentera ini pitam akibat panas membakar semasa perbarisan di Turki.

P/S :- Cikgu cakap kalau rasa nak pitam gerakkan jari-jari kaki di dalam kasut. Baru tak berpinar mata.

Karya Foto | Kehausan


Lucu + Kelakar = Mencuit Hati. Hehe. Seekor cimpanzi bernama Tong yang begitu kehausan tidak mempedulikan aksi wajahnya dirakam oleh jurufoto Apichart Weerawong di Bangkok, Thailand. Akibat cuaca yang mencecah 40˚ celcius, semua warga Bangkok termasuk haiwan terkesan dengan bahangnya.  

Karya Fofo | Bersih 3.0


Amekkauu !! Inilah perhimpunan Bersih 3.0 - duduk bantah - yang diadakan di Great Britain, tetapi di dalam versi naughty little boy. HOho !!. 

Thursday, 19 April 2012

Karya Foto | Keindahan Nadi Lautan

Sejenis batu karang berwarna-warni nan indah hasil fotografi Brian Skerry.















Siapakah sebenarnya Encik Brian Skerry, tuan empunya fotografi terbaik ini? Di sini, Abang Bisu akan cuba menyingkap profil sebenar beliau daripada apa yang didapati daripada laman web brianskerry.com.

Bermula kerjaya beliau sebagai seorang jurugambar hidupan marin bersama National Geography ialah pada tahun 1998. Sepanjang tempoh penglibatannya itu, beliau telah memenangi pelbagai anugerah. Hasil tangkapan gambar menariknya berkenaan lautan juga, banyak keajaiban dan misteri berjaya dibongkar.


 Beliau yang telah menghabiskan masa kira-kira 10,000 jam di dalam air, telah mengabdikan hidupnya selama 30 tahun yang lalu.( Means, sebelum  dia bekerja dengan National Geography team, dia telah pun menceburkan diri dalam bidang ni ). Berpengalaman dari tinggal di dalam laut dalam, merasai kebekuan lautan Kutub, menaiki bot nelayan berbulan-bulan, mengembara dengan kenderaan salji dan menaiki kayak puak Goodyear Blimp.. Semata-mata untuk mencari gambar terbaik kecantikkan di dalam air.


Hasil kerja keras beliau selama ini, banyak karya foto nya telah dimuatkan ke dalam beberapa majalah antaranya BBC Wildlife, People, dan World Report. Beliau juga merupakan jurugambar dan penulis bagi lima buah buku. Monograf terbaru beliau yang bertajuk Ocean Soul juga merupakan antara monograf terbaik pernah dihasilkan.


Wednesday, 18 April 2012

Karya Foto | Gua Batu Kapur Ais Terbesar Dunia

Eisriesenwelt : Kalimah Jerman ini membawa maksud ''Dunia Ais Gergasi'' : diberikan kepada gua batu kapur ais  terbesar dunia yang terletak di Werfen, Austria, kira-kira 40 km dari Salzburg dan berkeluasan 42 km persegi.

Karya Foto | Makan Budak.. HOho !!

Seorang pelawat melihat hasil kerja pelukis Korea Selatan, Kang Hyung Koo di Galeri Ekspo Antarabangsa China 2012  yang berlangsung di Beijing. 















* Mengerikan je tengok gambar yang dilukis artis berkenaan. Boleh mengigau budak-budak tengok ni. Huhu (^_^)

Sunday, 15 April 2012

Karya Foto | Santai

Hummang aii !! Santainya pakcik Mali ni berehat. Penat sangat  kalo macam ni nih.

Karya Foto | Overload

Dargai, Pakistan : Beberapa orang lelaki cuba 'menjinakkan' sebuah lori yang 'naik minyak' ekoran lebihan muatan diletakkan di atasnya. Mereka menggunakan tali untuk menarik lori itu kembali berdiri di atas keempa-empat kakinya.
















Abang Bisu : Aii.. Lori pun dah pandai naik angin sekarang ni ek ?? (^_^)

Friday, 13 April 2012

Karya Foto | Iceland

Subhanallah !! Cantiknya ciptaanMu. Engkau Yang Maha Cantik dan amat menyukai kecantikkan. 
:: Gambar bumi Iceland diambil dari satelit ::

Tuesday, 10 April 2012

Karya Foto | Saya dan Kawan-Kawan

'' Di antara saya dan kawan-kawan saya, siapakah yang paling comel ?? '' Tolong vote ok ( ^_^ )

Monday, 9 April 2012

Karya Foto | Bulu Mata Salji

Comel amat !! Seorang kanak-kanak Siberia menutup hidung dan mulutnya dengan sehelai kain tebal akibat cuaca yang amat sejuk di sana. Kesan daripada penutupan dua anggota tersebut, matanya yang mempunyai bulu mata yang lentik menjadi tempat bertenggek salji beku. (^_^) :: Foto berlokasi di Bandar Siberia Timur, Yakutsk di Sakha, Republik Yakutia.

Karya Foto | Mentadak Rider

Sungguh mengagumkan !! Pohon Batang Resam dijadikan motosikal bagi seekor mentadak.. Awesome !! - Pic from tonguti.blogspot

Saturday, 7 April 2012

Karya Foto | Manusia Berkepala Ikan

Jurufoto Nick Kelly berjaya merakamkan gambar unik ketika bercuti di  negara Gajah Putih. Terletak di perairan Koh Tao berhampiran Koh Phangan, ketika menyelam menikmati keindahan lautnya, seekor ikan telah muncul mencipta misteri dunia perfotoan dengan 'mencuri kepala' rakan Mr. Nick dan digantikan dengan kepalanya.

Monday, 2 April 2012

Karya Foto | Demi Sesuap Rezeki

Seorang petani sedang mengangkat hasil tanamannya ( sejenis sayuran dari keluarga timun ) untuk dijual di pasar yang berada di Timur Kota India di Allahabad.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...