Showing posts with label Karya Hebat. Show all posts
Showing posts with label Karya Hebat. Show all posts
Thursday, 11 October 2012
Karya Hebat | Keindahan Pergunungan Tabriz
Wednesday, 10 October 2012
Karya Hebat | Warna-Warni Bumi Ibaraki
Subhanallah !! Indahnya ciptaan-Mu. Bagaikan tak percaya apa yang dilihat oleh mata. Bagaikan ingin menjadi helang untuk terbang ke sana. Itulah perasaan yang terpancar dari lubuk hati ini setelah melihat keindahan Taman Hitachi di Ibaraki, Jepun.
Friday, 11 May 2012
Karya Hebat | Kecantikkan Spiral Jetty
Foto yang diambil dari ruang legar terbuka udara ini cukup menarik perhatian Abang Bisu. Sekaligus ia merangsang jemari AB untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang amat terhad ini dengan kalian semua.
Apa yang mata kalian pandang ini adalah satu jeti yang dihasilkan daripada lumpur, garam, batu, tanah dan air. Terbentuknya ia hasil dari sentuhan seni arkitek Amerika Syarikat, Robert Smithson pada tahun 1970. Spiral Jetty ini terletak di Great Salt Lake berhampiran Rozel Point di Utah, AS. Berukuran sepanjang 1,500 kaki (460m) dan selebar 15 kaki (4.6m), gegelung seumpama tumbuhan batang resam ini hanya boleh dilihat apabila air tasik Great Salt surut pada 4,197.8 kaki.
Ketika pembinaanya, negeri Utah mengalami kemarau teruk sehingga air tasik Great Salt pun turut sama terjejas. Oleh sebab itu, mengambil kesempatan di ruang yang ada, Mister Robert telah mengambil langkah positif untuk membinanya sebagai hasil seni muka bumi. Selang beberapa tahun, air tasik kembali normal dan ia telah menenggelamkan Spiral Jetty.
Selama hampir 3 dekad ia tidak kelihatan. Sehingga akhirnya, pada tahun 2004, air tasik Great Salt kembali surut selama setahun. Pada masa itulah, ia mula kembali famous a.k. a terkenal sehinggalah sekarang.
Sumber : wikipedia
Monday, 23 April 2012
Karya Hebat | Ciptaan Dari Kotak
Begitu kreatif dan teliti hasil kerjanya. Karyawan Hebat Chris Gilmour telah berjaya mencipta rekaan-rekaan menarik hanya menggunakan dua bahan ringkas iaitu ;-kotak buangan dan gam. Seolah-olah 'hidup' dan real, hasil seni anak muda ini begitu mengagumkan.
Beliau yang berasal dari Stockport UK, dilahirkan pada tahun 1973. Telah banyak memenangi pelbagai anugerah di serata dunia, beliau membina ciptaannya tanpa ada sebarang tunjang daripada besi mahupun objek-objek konkrit yang lain untuk menyokong 'mereka' berdiri tegap di lantai pameran. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut siapakah Encik Chris Gilmour ini, kalian bolehlah terus ke laman sesawangnya di sini.
Thursday, 19 April 2012
Karya Hebat | Aloi Daripada Pasir
How Its Made
Siapakah di antara kalian yang tahu macam mana besi aloi ini dicipta? Adakah benar apa yang mata kita nampak? Ia hanya ditempa daripada pasir pantai sebagai bekasnya? Who can explain it? How? How? How?
Siapakah di antara kalian yang tahu macam mana besi aloi ini dicipta? Adakah benar apa yang mata kita nampak? Ia hanya ditempa daripada pasir pantai sebagai bekasnya? Who can explain it? How? How? How?
Karya Hebat | Kehebatan Penghibur OKU
Ternganga !!
![]() |
| Kotai bersama gitarnya |
Kotai. -Sarawakian- Nama yang jarang didengari di dalam industri muzik tanah air. Adakah kerana kekurangan upayanya? Ataupun bakatnya dipendam tak ditunjukkan kepada pihak berkenaan? Ataupun ataupun dan ataupun lagi. Entahlah. Abang Bisu pun tiada jawapan untuk itu. Jika dilihat pada bakatnya.. beliau mampu bersaing dengan artis tempatan sedia ada dan mungkin jauh lebih berkualiti daripada mereka. Bakat dan kemampuan beliau bermain gitar dan meniru suara artis memang tiada tolok bandingnya. Terbaik lah Kotai.. !!
Wednesday, 18 April 2012
Karya Hebat | Pukauan Arca Pasir
Sempena meraikan Sukan Olimpik London yang bakal berlangsung pada 27 Julai 2012 ini, 15 profesional arca pasir seluruh dunia telah diberi mandat untuk membina arca pasir gergasi berkaitan keadaan yang menggambarkan persekitaran Kota London. Bertempat di Tottori, Jepun, mereka membina arca-arca pasir tersebut di dalam sebuah muzium. Apa yang menguntungkan, mereka tidak perlu risau akan halangan cuaca yang datang melanda.
*[ Kalau muzium tu runtuh, ada halangan jugak kan ? (^_^) ]
Sebanayak 3,000 tan jumlah pasir disediakan untuk artis-artis ini menyiapakan kerja mereka. Antara ciptaan yang dibina ialah Palace of Winmister, Isaac Newton, Queen Elizabeth 1, William Shakespeare dan adegan jalan hujan di London. Pameran tersebut dibuka pada 14 April 2012 dan akan berterusan sehingga Januari 2013 akan datang.
Monday, 16 April 2012
Karya Hebat | 88,000 Foto Tentang Langit
Daripada jauh, terlihat seperti sebuah televisyen yang telah rosak sistemnya. Tetapi, apabila diamati secara lebih dekat, jelaslah ia merupakan gambar-gambar permandangan di kaki langit yang diambil oleh dua orang jurufoto hebat ; Jonathan Puckey dan Luna Maurer. Mereka berdua mengorbankan masa selama 2 tahun untuk mengambil gambar-gambar segala macam peristiwa yang berlaku di kaki langit bumi Amsterdam.
Setiap 5 minit sekali selama tempoh 2 tahun tersebut, mereka bekerja keras untuk mendapatkan 'shoot' yang terbaik untuk dirakamkan di dinding Muzium De Paviljoens, Belanda. Akan tetapi, apa yang tertampal di dinding muzium itu adalah gambar-gambar yang dipilih setiap 10 minit tangkapan. Jika dikira jumlah kesemua gambar yang diambil mereka, jumlahnya pasti melebihi 150,000 keping.
Bermula daripada waktu siang berpindah ke malam. Daripada musim sejuk beralih ke panas.. Dan begitulah seterusnya. Gambar-gambar langit yang mempersonakan ditayang di sana. Istilah 'Sky Timeline' sesuai digunakan untuk karya hebat ini. Tidak ketinggalan juga, segala peristiwa-peristiwa menarik yang melibatkan langit turut dirakamkan. Antaranya seperti ; pertunjukkan bunga api, turunnya salji dan kecantikkan bulan mengambang.
Karya Hebat | Manusia Bertangan Cermin
عجيب جدا = Hebat !!
Seolah dikawal oleh robot, itulah anugerah yang ada pada seorang Pak Arab ini. Tangan kanan dan kiri beliau mampu untuk melukis 2 wajah potret yang sama pada satu-satu masa. Tidak dapat dipastikan dimanakah lokasi sebenar video ini dirakamkan - mungkin di Arab Saudi - kehebatan tangan anugerah Illahi ini mampu membuatkan kita terpaku untuk menyaksikan sehingga ke minit akhir rakaman ini. MasyaAllah.. Hebat Sehhh !!
Seolah dikawal oleh robot, itulah anugerah yang ada pada seorang Pak Arab ini. Tangan kanan dan kiri beliau mampu untuk melukis 2 wajah potret yang sama pada satu-satu masa. Tidak dapat dipastikan dimanakah lokasi sebenar video ini dirakamkan - mungkin di Arab Saudi - kehebatan tangan anugerah Illahi ini mampu membuatkan kita terpaku untuk menyaksikan sehingga ke minit akhir rakaman ini. MasyaAllah.. Hebat Sehhh !!
Karya Hebat | Kecekapan Pemandu Forklift
Amazing Skills
Berbekalkan kemahiran tinggi mengendalikan Forklift seberat 30 tan, Daniel Xanthopulo berjaya memasukkan sekeping duit syiling 10 sen Brazil ke dalam botol tanpa menjatuhkan botol tersebut. Video yang dirakamkan di Terminal Sato & Akutsu, Santos, Sao Paulo, Brazil ini mampu membuatkan anda tergamam melihat kehebatan beliau mengendalikan Forklift gergasi yang mungkin tak pernah kita lihat di Malaysia. Hollllaaa..
Berbekalkan kemahiran tinggi mengendalikan Forklift seberat 30 tan, Daniel Xanthopulo berjaya memasukkan sekeping duit syiling 10 sen Brazil ke dalam botol tanpa menjatuhkan botol tersebut. Video yang dirakamkan di Terminal Sato & Akutsu, Santos, Sao Paulo, Brazil ini mampu membuatkan anda tergamam melihat kehebatan beliau mengendalikan Forklift gergasi yang mungkin tak pernah kita lihat di Malaysia. Hollllaaa..
Practice make perfect !!
Sunday, 15 April 2012
Karya Hebat | Tumpahan 40,000 Bebola Hitam
Sebanyak 40,000 bebola plastik berwarna hitam 'dibuang' ke dalam takungan air Ivanhoe, Los Angeles. Apakah tujuan pihak terbabit melakukan hal sedemikian? Mencari publisiti murahan kah? Merungkai segala persoalan yang bermain di minda, Jabatan Perlindungan Air Los Angeles menyatakan sebab mereka berbuat demikian.
Pembuangan sejumlah 40,000 bebola hitam itu ke dalam tangki takungan air bersih wilayah berkenaan adalah bertujuan untuk menghapuskan proses tindakbalas kimia yang bersumberkan cahaya matahari kepada zarah-zarah yang menghuni di dalam air itu. Kandungan tinggi sejenis sebatian Bromate dikesan apabila Bromida dan Klorin bertembung dan diaktifkan oleh sinaran mentari. Kandungan air itu akan membahayakan 600,000 pengguna andainya tindakbalas kimia ini dibiarkan.
Sementara menunggu takungan bawah tanah di Griffin Park siap, alternatif menaburkan bebola hitam ke atas permukaan air adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bebola yang diperbuat daripada polietilena itu mampu untuk menangkis sinar ultraviolet daripada menembusinya. Ia dijangka akan terus dibiarkan 'berenang' di atas permukaan air tersebut selama 4 ke 5 tahun akan datang.
Karya Hebat | Sungai di Atas Sungai
The Magdeburg Water Bridge, Jerman.. Menghubungkan antara dua terusan yang pada asalnya terpisah. Jambatan sungai yang besar ini menghubungkan Terusan Elbe-Havel dan Terusan Mittelland sekaligus menjimatkan masa 'gergasi-gergasi' laut sampai ke destinasinya. Andai ketiadaan Jambatan Air Magderburg ini, kapal-kapal kargo tersebut terpaksa melencong sejauh 12 kilometer dari Elbe ke Mittelland dan begitulah sebaliknya.
Jambatan sepanjang 918 meter ini mula dibina seawal tahun 1930-an tetapi disebabkan Perang Dunia Kedua, kerja-kerja pembinaannya tergendala. Pembinaannya mula dijalankan secara terperinci pada tahun 1997 dan siap sepenuhnya pada tahun 2003.
Friday, 13 April 2012
Karya Hebat | Pusingan Buaian 360°
Awesome
Ramai di antara kita yang pernah bermain buaian suatu ketika dahulu bukan? Baik di taman permainan kat perumahan kita atau di tepi pantai atau di mana sahaja yang pernah anda main. Keseronokkan bermain buaian tersebut terletak pada ketinggian hayunannya. Tetapi, adakah anda pernah menghayunnya sehingga berpusing 360° ? Andai pernah, anda memang hebat. Andai tak pernah, saksikan rakaman video ini.
Ramai di antara kita yang pernah bermain buaian suatu ketika dahulu bukan? Baik di taman permainan kat perumahan kita atau di tepi pantai atau di mana sahaja yang pernah anda main. Keseronokkan bermain buaian tersebut terletak pada ketinggian hayunannya. Tetapi, adakah anda pernah menghayunnya sehingga berpusing 360° ? Andai pernah, anda memang hebat. Andai tak pernah, saksikan rakaman video ini.
Fuhh !! Boleh luruh jantung den kalau macam ni lah gayanya..
Monday, 9 April 2012
Karya Hebat | Himpunan 1000 Basikal
Bertemu kembali. '' Aik, kenapa bertemu kembali ?? ''. Mungkin ungkapan pertama Abang Bisu meninmbulkan persoalan sedemikian di benak pemikiran kalian. Ungkapan tersebut bukan kosong tiada makna tapi berisi penuh infomasi. HOho !! Baiklah. Sessi penerangan dimulakan. Bagi mereka yang pernah membaca post Abang Bisu yang bertajuk ' Himpunan Jutaan Kuaci ', pastinya nama karyawan terkenal China; Ai Wewei tidak asing bagi kalian. Bagi yang belum membacanya lagi, bolehlah mengkliknya disini - Himpunan Jutaan Kuaci - untuk mengenali dan melihat sendiri kehebatan sentuhan seni lelaki yang bernama Ai Wewei ini.
Pada post kali ini, satu lagi karya Ai Wewei berjaya ditemukan oleh Squad Jejak Abang Bisu. Tidak kurang hebatnya berbanding karya sebelum ini, Ai Wewei menjadikan basikal sebagai hasil seninya. Bertempat di Muzium Taiwan, karya seni unik yang dinamakan ''Forever Bicycles'' mempamerkan 1000 rangka basikal bertayar disusun secara kemas dan sistematik. Bermula dari lantai hingga ke syiling, himpunan basikal tersebut kelihatan begitu menarik dan mempersonakan. Tujuan beliau menghasilkan karya seni ini adalah untuk memberitahu kepada dunia bahawa basikal merupakan pengangkutan biasa yang digunakan oleh penduduk China setiap hari. Singkapi gambar-gambar menarik pameran basikal Ai Wewei di bawah..
Saturday, 7 April 2012
Karya Hebat | Himpunan Jutaan Kuaci
Seorang karyawan seni berdarah Cina ; Ai Wewei telah berjaya mencipta nama apabila 'Projek Himpunan Jutaan Kuaci'nya mendapat perhatian dunia. Bertempat di Tate Modern Turbine Hall, UK London, karyanya telah dipertontonkan kepada umum. Mereka yang datang ke pameran tersebut tidak melepaskan peluang untuk meni'mati 'juadah' yang dihidangkan dengan gaya dan cara tersendiri. Berguling. Bergolek. Berendam. Bersantai. Namun, tiada yang memakannya. Kenapa? Kerana kuaci tersebut bukanlah kuaci asli biji matahari tapi ia adalah kuaci yang diperbuat dari porselin. Hebat bukan ?
Kuaci yang mencecah bilangan hampir 100juta unit ini, memerlukan ruang selebar 1000 meter persegi untuk dimuatkan dan 1600 tenaga kerja untuk disiapkan. Bentuk dan jalur warnanya adalah hasil dari handmake para pekerja itu sendiri. Kerja-kerja penghasilan biji-biji ajaib ini bermula di wilayah Jingdezhen, Selatan China.
Berpewatakkan tenang, berjanggut panjang, berkot hitam ; CEO projek ini, Ai Wewei menjelaskan bahawa para pekeja yang menjayakan projek ini terdiri daripada suri rumah. Mereka membawa balik kerja yang diamanahkan dan menyiapkannya di rumah masing-masing. Kesan daripada mendapat perhatian beliau berjenaka '' Pemandu teksi pun bercakap mengenainya''
Tuesday, 3 April 2012
Karya Hebat | Lagak 'Spiderman' Bayi Berusia 22 Bulan
Hebat! Perkataan yang sememangnya sesuai dilafazkan apabila melihat seorang bayi perempuan yang hanya berusia 22 bulan memanjat dinding buatan sendiri (bouldering) tanpa menggunakan sebarang alat keselamatan. Lihat sendiri kehebatan bayi ini di dalam video di bawah.
Dah besar boleh jadi "boulderer" terulung seantero dunia.
Anak kecil jika dididik dengan baik dan betul bakal menjadi orang yang hebat bila sudah dewasa nanti. Jadi dididiklah anak-anak kita berlandaskan Al-Quran dan Hadith yang telah ditinggalkan untuk kita umat Islam supaya anak-anak kita menjadi pemimpin Islam yang terulung apabila dia dah dewasa suatu hari nanti. :)
Monday, 19 March 2012
Karya Hebat | Pelangi di Ladang Tulip
Seakan pelangi di bumi, Belanda berjaya menawan jutaan hati pencinta bunga apbila ia menyediakan satu kawasan ladang untuk projek penanaman Tulip. Tujuan utama projek ini adalah sebagai salah satu sumber pendapatan negara Belanda. Bunga-bunga yang ditanam ini akan dieksport ke kedai bunga dan pasaraya seluruh dunia untuk pelbagai tujuan tersendiri.
Dianggarkan lebih daripada 3 bilion pokok tulip ditanam di Lisse, barat Belanda ini. Projek penanaman yang bermula sejak 400 tahun dahulu di bumi Belanda ini bermula pada bulan Mac dan akan 'matang' pada bulan Ogos setiap tahun untuk dipetik.
Penemuan warna tulip yang pelbagai ini mula berkembang pada kurun ke 17 apabila fenomena 'Tulipmania' menggila di Eropah. Namun, kekekalan warna ladang yang begitu menarik minat ini akan hilang apabila tapak tulip bertukar menjadi tapak penanaman sayur-sayuran selepas sessi penuaian.
Sunday, 18 March 2012
Karya Hebat | Kecantikkan Grafik Alam
Jika mata anda mengatakan bahawa apa yang ia pandang ini adalah sebuah lukisan maka ia telah tersilap. Jika 'mereka' menyatakan bahawa ia adalalah cairan coklat berbentuk pokok, maka ia juga telah tersalah. Dan, jika mereka mentafsirkan bahawa ini adalah sebuah aliran sungai yang telah kekeringan airnya, maka itu adalah jawapan yang tepat. Seungkap tahniah wajar dikalungkan buat 'mereka' yang berjaya membuat pentafsiran tepat itu.
Sungai kering yang bertempat di padang pasir Baja California Mexico ini, menampilkan satu kelainan yang amat menakjubkan. Seolah-olah seperti lakaran potret pohon kering, fotografi hebat Adriana Franco berjaya mengabadikan karya agung ciptaan Ilahi ini di dalam lensa kameranya. Beliau kemudiannya mengirimkan foto ini kepada pihak National Geografi untuk dikongsikan bersama. Walllaaahh..
Sumber : National Geographic
Sungai kering yang bertempat di padang pasir Baja California Mexico ini, menampilkan satu kelainan yang amat menakjubkan. Seolah-olah seperti lakaran potret pohon kering, fotografi hebat Adriana Franco berjaya mengabadikan karya agung ciptaan Ilahi ini di dalam lensa kameranya. Beliau kemudiannya mengirimkan foto ini kepada pihak National Geografi untuk dikongsikan bersama. Walllaaahh..
Sumber : National Geographic
Sunday, 4 March 2012
Karya Hebat | Laut Kuning di China
Sambil menghadiahkan telinga dengan alunan merdu Irfan Makki feat Maher Zain ; I Believe .. Pandangan mata pula terpukau dengan keindahan alam ciptaan Allah 'Azza wa Jalla. Cantik. Begitu menarik. Subhanallah. Agungnya ciptaan-Mu..
Pemandangan indah di dalam post ini terletak di negara China di sebuah pekan kecil wilayah Yunnan bernama Luoping. Pekan yang dahulunya diabaikan pelancong kini bertukar wajah disebabkan lautan bunga sawi yang menguning bila tiba musim menuai. Para pelancong yang datang dari pelusuk dunia ingin melihat dengan mata kepala mereka sendiri akan keajaiban ciptaan Ilahi ini.
Pokok sawi yang berbunga kuning keemasan ini ditanam untuk industri pembuatan minyak masak. Biji sawi berkenaan akan dituai dan diproses bila umurnya mencapai tahap matang. Kecantikkan alam semulajadi ini bukan sekadar menarik minat manusia, malahan juga ia berjaya memikat naluri lebah-lebah liar yang banyak terdapat di kawasan bukit-bukau Luoping. Anugerah Allah ini digunakan sebaiknya oleh penduduk tempatan dan mereka membina rumah bagi lebah-lebah berkenaan sebagai sumber pendapatan tambahan. Benarlah firman Allah SWT : Segala puji itu hanyalah layak untuk Tuhan Sekalian Alam sahaja.
Sunday, 26 February 2012
Karya Hebat | Budak Lelaki China Berpenglihatan Kucing
Suatu lagi keajaiban yang terdapat di China. Seorang budak lelaki telah dilahirkan dengan penglihatan seperti seekor kucing. Nong Youhui dikurniakan sepasang mata berwarna biru dan mampu melihat dalam keadaan gelap tanpa menggunakan cahaya.
Hasil siri ujian mata yang dilakukan oleh doktor sejak dia masih kecil telah membuktikan mata Youhui merupakan kurniaan istimewa. Penglihatannya sedikit kabur dalam keadaan terang tetapi jelas dalam keadaan gelap.
Bapa Youhui juga telah mengesahkan mengenai kelebihan Youhui. Pada suatu ketika dia telah bertanyakan kepada Youhui samada dia mampu menangkap seekor cengkerik pada malam ataupun tidak, Youhui telah menyatakan dia mampu menangkap cengkerik itu tanpa bantuan cahaya. Ajaib bukan?
Di dalam video ini juga turut menunjukkan beberapa ujian yang telah dijalankan ke atas Youhui. Dia telah disuruh untuk menjawab beberapa soalan yang ditulis di atas sehelai kertas dalam keadaan gelap dan YA dia mampu menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan betul.
Sesetengah pakar berpendapat gen Youhui telah mengalami mutasi dan ada juga organisasi yang mengeluarkan teori, Youhui merupakan salah seorang generasi baru yang berkembang dilahirkan dengan kelebihan yang luar biasa di muka bumi.
Subscribe to:
Posts (Atom)












































