Showing posts with label karyawan bisu. Show all posts
Showing posts with label karyawan bisu. Show all posts

Thursday, 21 September 2017

Doa Majlis Ilmu

Susah betul nak google doa-doa untuk majlis rasmi ni. Jadi, dengan sedikit perahan otak, Abang Bisu up kan doa yang telah Abang Bisu create dan inovate kan sendiri, untuk majlis Seminar Kebangsaan Memperkasa Institusi Islam (SKMi) baru-baru ni (19 dan 20 Sept 2017). Siapa-siapa nak copy atau ambik silakan. Amal jariah untuk semua =)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, وَالصَّلاَة  وَالسَّلاَمُ عَلَى أشرف الانبيأ والمرسلين سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah Ya Kareem Ya Wadud,

Sesungguhnya pada pagi yang penuh bersejarah ini, kami berhimpun di sini, bagi menyatakan kesyukuran kami dan menjayakan (nama majlis). Justeru dengan itu Ya Allah, Kau rahmatilah majlis ini, berkatilah ia, kurniakanlah kepada kami kefahaman ilmu, sinarilah hati kami dengan cahaya hidayahMu. Semoga dengannya kami dapat menghayati dan mengamalkan apa yang kami pelajari.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Jika ada dikalangan kami pada hari ini yang diuji dengan kesusahan, maka Kau bantulah dia. Jika ada di kalangan kami yang diuji dengan kesakitan, maka kau sembuhkanlah dia. Jika ada di kalangan kami yang diuji dengan kesedihan, maka Kau khabarkanlah berita gembira buatnya. Jika ada dikalangan kami yang diuji dengan kesempitan, maka Kau lapangkanlah dia. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Memakbulkan.

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram

Kurniakanlah kepada kami hati yang tenang, jiwa yang tenteram serta ruh yang sentiasa mempunyai sifat syukur, sabar, ikhlas, dan amanah dalam melakukan setiap pekerjaan. Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, buruk sangka dan khianah. Sesungguhnya ia adalah penghalang kepada kami untuk menuju Syurga idaman.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ . اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ . رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة وَقِنَا عَذَابَ النَّار  .وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وبارك وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.

Saturday, 22 March 2014

Nabi dan Kijang


''Bebaskan aku Ya Rasulullah..'' 

..rayu satu suara kepada Nabi Muhammad saw. Baginda yang ketika itu sedang dalam perjalanan menuju ke Thoif, mencari cari dari mana datangnya arah suara berkenaan. Setelah Baginda mengamatinya, tahulah Baginda bahawa suara itu datang dari semak samun berhampiran dan ia adalah kepunyaan seekor kijang.

''Kamukah yang bercakap wahai kijang?'' soal Nabi meminta kepastian

''Benar ya Rasulullah.. Tolonglah bebaskan aku'' rayunya lagi

Nabi yang menyedari bahawa kijang tersebut telah terkena jerangkap, kembali bertanya

''Kenapa kamu ingin aku bebaskan kamu?''

Wednesday, 19 February 2014

Diari Seorang Kakak Kecil



Saya mempunyai 3 orang anak. Dua perempuan satu lelaki. Yang sulung, kakak, berusia tujuh tahun. Yang kedua abang, 4 tahun dan yang bongsu, adik perempuan berusia 1 tahun 6 bulan. Ketiga-tiga mereka ini boleh dikatakan anak yang soleh dan solehah. Cuma si kakak ni, sering membuatkan sayang pening kepala.
Tak dinafikan, kakak memang seorang budak yang pandai. Dia seorang yang fast learner. Seawal umur 5 tahun dia dah pandai mengeja dan membaca. Dan dia juga seorang yang petah berkata-kata. Apa yang membuatkan saya sering 'bergaduh' dengan dia adalah kerana dia sukar mendengar kata. Dia akan cuba mengambil perhatian saya walaupun berulang kali saya memberitahunya yang saya penat bekerja.
Ya. Saya dan suami semuanya bekerjaya. Jadi, anak-anak, kami akan hantar pada pengasuh bila kami beransur ke office masing-masing.

Monday, 10 February 2014

Serulah Dengan Kebaikan


Semalam, setelah azan Maghrib berkumandang, aku terus ke bilik air untuk berwudhu'. Selesai berwudhu', aku tengok anak aku yang dua orang ni masih lagi asyik dengan mainan masak-masak mereka.

Lantas, dengan suara yang lantang, aku mengeluarkan arahan '' Una.. Ana.. Dah dah la main tu. Pergi bilik air, ambik wudhu'. Kita solat sekali. Siapa yang tak solat nanti masuk NERAKA tau.. '' ugut aku di akhir arahan.

Namun, apa yang mendukacitakan, mereka boleh buat derk je. Macam tak dengar apa-apa. Aiii.. Ini boleh mendatangkan marah. Grrrr..!! Berkecamuk aku sendirian.

Belum sempat aku ulang suara sekali lagi, Ummi mereka yang dah siap bertelekung datang mendekati mereka. Dalam pada itu, kata-kata lembut berupa seruan diucapkan kepada kedua-dua anak kecil itu

Friday, 5 July 2013

Ketika Cinta Bertasbih




Pagi itu, selesai sarapan bersama, aku mengajak suami menonton tv. Filem Ketika Cinta Bertasbih. Filem romantik islamik simbolik cinta kami. Cewahhh.. Dia setuju. Kami sama-sama mengambil tempat di sofa yang baru dibeli. Bersandar kekenyangan menghadap TV.

45 minit berlalu. Tiba-tiba suamiku bangkit. Berdiri lalu melangkah menuju ke bilik. 

‘’Abang nak ke mana tu ?’’ tanyaku lembut.

‘’Jap. Abang nak ambil something..’’ jawabnya sambil tersenyum. 

Wednesday, 11 January 2012

Chubby Little Baby.. Perghh!! [V.I.D.E.O]

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Obesiti
Definisi Obesiti digunakan bagi kaedah pengukuran badan Body Mass Index (BMI). Apa yang dimaksudkan dengan BMI pula ialah nisbah berat -dalam kilogaram- dibahagikan dengan ketinggian -dalam meter- seseorang. Daripada kaedah ukuran BMI tersebut, kanak-kanak atau individu itu bolehlah dikategorikan sebagai kurang berat,normal,berat berlebihan,obesiti atau obesiti yang teruk. 
Sebagai sedikit panduan, dibawah ini ada disediakan klasifikasi berat seperti yang dinyatakan tadi. (kalau tak faham, sila tanya cikgu korang)
  • Kurang berat : Kurang dari 18.5kg/m2 
  • Normal : 18.5 - 24.9kg/m2
  • Berat berlebihan : 25 - 29.9kg/m2
  • Obesiti kelas 1 : 30 - 34.9kg/m2
  • Obesiti kelas 2 : 35 - 39.9kg/m2
  • Obesiti keterlaluan : Lebih 40kg/m2
Bahaya Obesiti
  • Kencing manis
  • Masalah jantung
  • Darah tinggi
  • Masalah reflux (GERD)
Haaa.. itulah serba sedikit maklumat yang dapat aku kumpul tentang obesiti dan bahayanya terhadap individu tidak terkecuali pada si Babies. Tapi apa-apa pun, baby-baby yang obes ni memanglah comel sangat-sangat terutamanya tang pipi dia tu. Bayi-bayi ini juga amat berbahaya jika diberikan kepada peminat-peminat bayi especially orang rumah aku kerana dia sangat sukakan baby. Dan berkemungkinan juga, pipi si bayi yang tak bersalah ni akan digigitnya sampai lebam. Scary wooo.. Hehe.. Korang pula macamana??

Sumber Obesiti : Hospital Selayang












Monday, 9 January 2012

Maruah Facebook Tercalar di Singapura



Boleh dikatakan, Facebook kini telah menjadi medium utama pelayar-pelayar internet dunia untuk dilawati setiap kali mereka on button PC, Lappy or IPady mereka. Tidak ketinggalan,korang pun sama juga. On komputer mesti bukak fb dulu dan check notification, betul tak??  ;-)

Aku telah melakukan sedikit uji kaji menggunakan Google Insight tentang kehebatan penguasaan Facebook ni. Rata-rata negara besar mahupun kecil telah dikuasai laman sesawang mereka oleh si pakcik FB termasuklah Malaysia tercinta. Senang cerita,, Facebook is in the first ranking of the world

Tapi korang jangan terkejut, kerana masih ada negara-negara maju ;- antaranya Singapura, yang tidak mampu dikuasai oleh Facebook. Selain itu, ada negara juga yang langsung tidak dapat ditembusi oleh mana-mana laman web. Negara tersebut ialah Korea Utara. Apa yang lebih mengejutkan lagi ialah perkara ini membuatkan Mark Zuckerberg BENGANG!! dan sakit kepala. ROFL!! So,Kat bawah ni,aku ada sertakan bukti kajian aku. 

(click on image for zoom)

1- Singapura

2- Jepun

3- Korea Selatan

4- Korea Utara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...