Terpinga-pinga? Tertanya-tanya? Apakah yang pakcik ni sedang buat? Bendalah apakah yang berwarna putih kesuci-sucian tu? Enough !! Katakan enough kepada setiap persoalan yang melanda minda kalian. Tujuan anda datang ke sini adalah untuk mencari jawapan bukan untuk mencari soalan. So, Abang Bisu akan berikan jawapannya kepada kalian. HOho !!
Showing posts with label Karya Kreatif. Show all posts
Showing posts with label Karya Kreatif. Show all posts
Wednesday, 24 October 2012
Karya Kreatif | Lukisan Hidup
Tuesday, 23 October 2012
Karya Kreatif | Keceriaan Sweater Tumbuhan
''Yarn Bombing''.. Begitulah bunyinya aktiviti mengait benang pada badan tumbuh-tumbuhan gergasi ini. Biarpun aktiviti ini diharamkan oleh pihak berkuasa Eropah.. Namun setakat la ni belum ada lagi 'penjenayah' Yarn Bombing yang ditangkap dek perbuatan comel mereka ini.
Wednesday, 10 October 2012
Karya Kreatif | Mural Dari Butang Dan Pin
Adakalanya benar apa yang dikatakan oleh pepatah Melayu '' Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia''. Inilah, salah satu contoh kreatif, karya seorang wanita dari Korea Selatan yang mampu membuatkan mulut penduduk dunia ternganga, tergamam melihat keindahan ciptaannya.
Wednesday, 25 July 2012
Karya Kreatif | Permaidani Hijau
Sekiranya Hollywood terkenal dengan permaidani merahnya : Red Carpet :maka Malaysia pula terkenal dengan permaidani birunya : Blue Carpet : tajaan Celcom ketika anugerah festival filem negara baru-baru ini. Akan tetapi, kelainan tercipta di sebuah perkampungan lama Jaujac yang berlokasi di Perancis Selatan. Green Carpet diperkenalkan di sini. Seumpama laluan pejalan kaki di raja yang 'hidup', ia dihamparkan sepanjang denai perkampungan tersebut. Ia membuatkan serinya semakin bertambah. Perkampungan yang terletak di pinggir sungai Lignon dan mempunyai tembok batu itu merupakan bandar seni Perancis dan pelopor program denai semula jadi.
Karya Kreatif | Jambatan Lego
Kegilaan LEGO di Eropah boleh diibaratkan seperti kegilaan rakyat Malaysia kepada durian. HOho !! Itulah yang terjadi di Jerman apabila sebuah jambatan konkrit : yang juga merupakan laluan keretapi : ditukar menjadi sebuah jambatan LEGO. '' Gimanain ya dong ditukarkan ia menjadi LEGO ?'' Martin Heuwold, seorang Jermanis telah berusaha menukarkannya dengan mengecat jambatan tersebut ala-ala gambar LEGO. Mengambil masa selama 4 minggu.. Jambatan tersebut akhirnya berjaya ditransformerskan.
Monday, 23 July 2012
Karya Kreatif | Kotor Itu Bagus
Siapa yang mengatakan bermain pasir itu akan menyebabkan kekotoran? Saya (^_^). Ya. Memang betul pun. Terdapat pelbagai jenis bakteria dan kuman yang terdapat di dalamnya. Akan tetapi, bermain pasir juga akan mempertingkatkan daya kreativiti berfikir kanak-kanak. Itulah yang cuba dibuktikan oleh artis pasir kritis Korea Selatan, Joo Heng Tan. Beliau menggunakan hampir 18 tan pasir untuk mencipta 'taman permainan' buat kanak-kanak. Ciptaan beliau ini juga sebenarnya bertujuan mempromosikan sabun pencucui OMO, detergen yang mampu menyaingi kuat harimau. HOho!!
Sunday, 17 June 2012
Karya Kreatif | Arca Dari Dawai
Wahh !! Hebat sehh !! Tahukah anda sculpture yang dipaparkan di skrin media elektronik anda ini berasal daripada apa ?? Dah tahu ?? Alaa.. Tak suprise la macam ni. Ooo.. A ah. Lupa pulak beta. Tajuk kat atas nun, dah bagi tahu asal usul bendalah ni. Tak perasannn.. HOho !! (^_^)
Takpelah weh. Sekurang-kurangnya korang tak tahu lagi siapakah yang merekacipta barang baik ni kan?? Yeah.. Tu dia. Berpihak juga 1 kemenangan kepada beta. HOho !! Baiklah. Insan yang berkepala otak kreatif ini bernama David Oliveira. Beliau mencipta arca-arca seni kreatif berkenaan hanya menggunakan dawai. Kreatif bukan??
Thursday, 14 June 2012
Karya Kreatif | Potret Pin Kayu
Dengan hanya melihat lakaran gambar yang tak berapa nak siap ni, pasti anda sudah mengenali wajah siapa yang dilakarkan oleh fotografi berbakat yang dirahsiakan dahulu namanya di sini. Siapa ?? Pirate of The Carribean ?? Kapten Jack Sparrow?? Aiwahh.. Betul tu. Dialah Johny Deep, hero lanun-lanun lautan dalam. HOho !!
Wednesday, 13 June 2012
Karya Kreatif | Potret Dari Rumput
Apa yang kita ketahui, rumput hanyalah berguna kepada haiwan ternakan seperti lembu, kambing, kerbau dan seumpamanya lagi. Dalam arena sukan pula, rumput merupakan satu komponen penting bagi menjamin kualiti permainan tersebut. Lihat sahaja permainan kegemaran ramai, bola sepak contohnya. Seandainya padang bola tersebut mempunyai kualiti rumput yang kurang menyenangkan, pasti gol sukar dijaringkan. Begitu juga dengan keaslian rumput itu sendiri. Jika ianya sintetik, feeling untuk beraksi 100% sukar dicapai. Tak gitu Harimau Malaya ?? (^_^)
Sunday, 6 May 2012
Karya Kreatif | Lukisan Tembok Batu [V.I.D.E.O]
Jika di Malaysia, mereka yang menconteng dinding dilabelkan sebagai vandalisme maker, tetapi di luar Malaysia mereka digelar artis. Label itulah yang diperolehi Alexandre Farto, pemuda kelahiran negara C.Ronaldo, Nani serta Deco, Portugal bumi star bola sepak dunia. Hoho !!
Membesar di Kota London, beliau 'menghidupkan' dinding-dinding batu yang 'mati' dengan sentuhan tangan ajaibnya. Bermula dengan semburan cat pada dinding tersebut, langkah seterusnya dibegar dengan tukul, pahat dan gerudi sebagai penanya.
Selain menghidangkan potret kreatif kepada orang ramai secara outdoor, beliau juga banyak menyertai pameran seni secara dalaman.. antaranya pameran di Muzium San Diego. Saksikan rakaman video karya beliau di akhir siaran post ini. Enjoy..
Monday, 16 April 2012
karya Kreatif | Seni Tasik Beku
Tasik Baikal, Siberia, Republik Russia. Akibat cuaca sejuk yang berada di bawah aras beku, air Tasik Baikal yang kebiruan telah membeku. Pandai mengambil peluang yang ada, Jim Denevan, artis kanvas berskala besar, mencipta potret seni menarik di atas tasik beku bersalji itu.Projek mega yang bermula pada Mac 2010 itu, melibatkan 8 orang ahli kumpulan. Berbekalkan semangat yang tinggi, beliau melakarkan bulatan-bulatan mini dan gergasi di atas permukaan luas berdiameter 18 batu persegi. Ia akan dimuatkan di dalam rancangan The Antropologi arahan Meredith Danluck dan bakal ditayangkan untuk tatapan dunia pada suatu hari nanti.
Monday, 2 April 2012
Karya Kreatif | Lakaran Indah Pesisir Pantai
Berbekalkan pasir yang dah ada kat pantai dan sebatang kayu untuk dijadikan penanya, seorang karyawan kreatif berjaya mencipta hasil seni menakjubkan. Untuk mencari maklumat tentang karya beliau ini, Squad Abang Bisu terpaksa terbang ke San Francisco ( tapi terbang pakai google chrome jeler.. Bajet kureng. HOho !! ).
Baiklah. Mari kita berkenalan dengan pereka seni kreatif tepi pantai ini. Nama diberi Encik Andres Amador. Berusia 40 tahun. Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang seni. Bukan bidang seni yang biasa-biasa, tapi bidang seni yang unik. Andai ditaip nama beliau di kotak carian Google, beberapa lagi hasil tangan seni beliau yang tidak kurang hebatnya akan terpapar. Seni yang diberi nama " Earthscapes " ini adalah siri lakaran besar di atas pasir yang dapat dilihat dengan jelas bila berada di tempat yang tinggi. Kadangkala, skala lukisannya mampu mencecah 90,000 kaki persegi luas. Luaskan ?
Bagi melaksanakan visi dan projek seninya ini, Encik Andres terpaksa bangun di awal pagi untuk melakar potret ajaib beliau sebelum air pasang pagi melanda pantai. Menurut beliau pasir pantai di waktu subuhlah merupakan 'kertas lukisan' yang paling elok Quality nya berbanding waktu dhuha, zuhur, asar mahupun waktu yang dua lagi itu. Saksikan keunikkan sentuhannya.. Walllllahhhh..
Tuesday, 27 March 2012
Karya Kreatif | Potret 3D dari Skru
Seorang lagi pereka kreatif dan berinovasi tinggi telah berjaya dijejaki oleh squad Abang Bisu. Walau di mana sahaja anda bersembunyi, dengan izin Allah nescaya akan terselongkar jua tempat persembunyiaan mu. HOho !! Scary tak ayat Abang Bisu ?? :-P. Bernama Encik Andrew Myers, beliau ini ialah seorang anak jati Jerman tetapi sayang telah dibesarkan di Ciudad Real, Sepanyol. Tapi takpelah, tak jadi isu pun sebenarnya.
Mula berjinak-jinak dengan dunia seni ini sejak zaman kanak-kanak lagi. Membesar dalam seni, darah seninya semakin dahagakan ilmu untuk berkembang lebih jauh. Maka masuklah olehnya akan Institut Art of Southern California ( sekarang dikenali sebagai Kolej Laguna Seni dan Reka Bentuk ). Beliau yang semakin dewasa dari hari demi hari mula mencipta nama melalui karyanya yang dipaparkan di dalam majalah terkemuka Eropah antaranya H Magazine dan NBC San Diego.
Popularitinya semakin laris. Sahamnya pun makin naik. Maklumlah, orang berbakat kan. Hasil gabungan idea klasik dan moden di dalam karyanya, beliau banyak memenangi anugerah-anugerah seni antaranya pemenang pertandingan Laguna Beach Public Sculpture dan pertandingan Sculpture 2008. Saksikan karyanya yang terbaik ini iaitu.. Potret 3D dari Skru.. Holllaa..
Wednesday, 21 March 2012
Karya Kreatif | Mengukur Alam Semesta
Seorang artis kelahiran Slovakia, Roman Ondák telah melahirkan sebuah karya kreatif tanpa memerlukan usaha yang keras. Percaya atau tidak beliau tidak perlu menggunakan sebarang kemahiran tetapi hanya menggunakan buah fikiran.
Beliau telah membuat pameran di Museum of Modern Art di bandar New York pada 2007. Bermodalkan sebuah bilik putih kosong tanpa sebarang perabot dan juga beberapa batang marker pen dakwat hitam. Apa yang beliau lakukan hanyalah dengan menjemput orang ramai hadir ke pameran tersebut dan mereka dikehendaki mengukur ketinggian seterusnya menandakan ketinggian mereka di dinding kosong tersebut.
Bermula dari sebuag bilik kosong berdinding putih, lama kelamaan bilik tersebut bertukar menjadi sebuah bilik karya kreatif yang mempamerkan pelbagai ukuran ketinggian ribuan pengunjung yang datang ke pameran itu sendiri. Dari jauh tulisan-tulisan yang ditulis dengan menggunakan format nama dan juga tarikh ukuran ketinggian itu dicatatkan kelihatan seperti ribuan lebah yang sedang berterbangan mengelilingi bilik tersebut.
Saturday, 25 February 2012
Karya Kreatif | Warna-Warni di Dunia Awang Kenit
Wow !! Seakan berada di dunia masyarakat kenit. Itulah perasaan pertama yang pasti kan terbit dari setiap mata yang memandang. Watak patung mini mengikut tugas masing-masing disusun secara teliti oleh karyawan dari Amerika Syarikat, Christopher Boffoli. Idea yang beliau tampilkan ini boleh dikategorikan dalam karya kreatif disebabkan kekreatifan beliau 'bermain' dengan patung-patung tersebut.
Dikenali sebagai seorang penulis, jurugambar, dan penerbit filem, hasil kerja beliau ini pernah muncul di dada-dada akhbar, majalah dan penerbitan dalam talian di seluruh dunia. Beliau yang amat berminat dengan dunia fotografi telah menjelajahi banyak tempat di serata dunia antaranya Eropah, Timur Tengah dan Asia.
Dikenali sebagai seorang penulis, jurugambar, dan penerbit filem, hasil kerja beliau ini pernah muncul di dada-dada akhbar, majalah dan penerbitan dalam talian di seluruh dunia. Beliau yang amat berminat dengan dunia fotografi telah menjelajahi banyak tempat di serata dunia antaranya Eropah, Timur Tengah dan Asia.
Karya Kreatif | Lukisan Dari Tapak Cawan Kopi
Volume 2
Bagi mereka yang pernah menyaksikan hasil kreatif gadis berdarah Cina ini pada volume 1 terdahulu, pastinya ternanti-nantikan karya beliau yang seterusnya. Red, gadis cilik yang berbakat besar dalam bidang seni ini, berjaya melakar satu lagi kejutan di dalam dunia lukis-melukis. Kali ini, beliau melukis potret pelakon popular Jay Chou berilhamkan filem hebat [Secret] lakonan artis China tersebut. Red menjadikan cawan kopi sebagai pena dan kopi itu sendiri sebagai dakwat kepada karyanya. Vavava.. Bravo 'alaiki Red !!
Saturday, 18 February 2012
Karya Kreatif | Bebola Mata Bercahaya
Hoowaa.. Sungguh menta'jubkan pandangan mataku apabila memandang matanya. Berkilau dan bergemerlapan umpama lampu yang bercahaya. ''Memang lampu pun. Tak payah ada umpama''. Tiba-tiba ada suara yang menyapa membetulkan kesilapan mata yang teruja. HOho !! Credit to Encik Suara.
Tapi biarlah apapun yang 'dia' nak kata. Bagi diriku yang baru sahaja terjumpa barang baik lagi kreatif kat Ebay ni, ingin berkongsi keterujaan yang tak seberapa dengan mereka yang datang menyapa. Sedikit pencahayaan buat tatapan kalian, nikmatilah sajian Bebola Mata Bercahaya dari saya, manis di mata tidak bergula.
Monday, 13 February 2012
Karya Kreatif | Kalendar Ajaib
W+O+W = WOW !! Begitu mengagumkan. Seolah berada di dunia fantasi, karya kreatif ini berjaya diterjemahkan ke alam nyata oleh Encik Oscar Diaz. Karya yang mampu memukau setiap mata yang memandangnya. Ciptaan kalendar dakwat yang berupaya 'bergerak' menentukan tarikh dengan sendirinya ini dihasilkan dari dakwat jenis 'D65' yang bertindakbalas secara semulajadi kepada cahaya matahari.
Botol dakwatnya dibiarkan 'berkampung' pada tarikh 1 di setiap bulan. Hari demi hari, dakwat ajaib tersebut akan berjalan 'menziarahi' jiran-jiran tetangga angka 1 satu-persatu. Kalendar ini telah dibangunkan secara berperingkat-peringkat. Ia mula dipertontonkan kepada umum di Design Festival, London pada tahun 2007. Kini, ia boleh didapati dalam pelbagai warna menarik lagi seperti hijau, biru, oren dan merah.
Saturday, 11 February 2012
Karya Kreatif | Mesin Basuh Dari India [ V.I.D.E.O ]
DIY Menjimatkan di India
Gabungan fikiran kreatif dan inovatif seseorang mampu menghasilkan sebuah rekaan yang berguna kepada kita. Di India dilaporkan telah tercipta sebuah mesin yang bakal menggemparkan dunia basuh-membasuh. Sesuai diguna pakai bagi mereka yang ingin menjimatkan tenaga elektrik dalam masa yang sama dapat membakar lemak-lemak di peha. Sesiapa yang berminat boleh la tinggalkan order korang kat bawah ni. Hehe...
Subscribe to:
Posts (Atom)











































