Wednesday, 25 July 2012

Karya Kreatif | Permaidani Hijau

Sekiranya Hollywood terkenal dengan permaidani merahnya : Red Carpet :maka Malaysia pula terkenal dengan permaidani birunya : Blue Carpet : tajaan Celcom ketika anugerah festival filem negara baru-baru ini. Akan tetapi, kelainan tercipta di sebuah perkampungan lama Jaujac yang berlokasi di Perancis Selatan. Green Carpet diperkenalkan di sini. Seumpama laluan pejalan kaki di raja yang 'hidup', ia dihamparkan sepanjang denai perkampungan tersebut. Ia membuatkan serinya semakin bertambah. Perkampungan yang terletak di pinggir sungai Lignon dan mempunyai tembok batu itu merupakan bandar seni Perancis dan pelopor program denai semula jadi.

Penggiat seni kelahiran Marseille, Gaelle Villedary melakukan semua ini sempena menyambut ulangtahun perkampungan tersebut yang ke-10. Permaidani sepanjang 1500 kaki itu seberat kira-kira 3.5 tan dan menggunakan 168 penggelek rumput Turf untuk membuatkannya rata dan cantik.




Kalaulah Malaysia bumi bertuah kita mampu melakukan sebegini.. Alangkah damainya. Hmmm.. Marilah sama-sama kita bermimpi dulu sebelum tercapai impian. HOho !!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...