Showing posts with label Karya Islamik. Show all posts
Showing posts with label Karya Islamik. Show all posts

Wednesday, 17 July 2013

Didiklah Mereka Sebaiknya









Empat tahap mendidik anak mengikut Sunnah Rasulullah

Umur 1-7 tahun
Pada tahap umur kanak-kanak itu, Rasulullah saw menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak terbatas. Biarkan anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.


Friday, 12 July 2013

Kekasihnya Adalah al-Quran



Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba, dia terpandang suatu cahaya yang terang benderang yang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu, dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada dia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kubur yang bercahaya itu.

Wednesday, 20 June 2012

Karya Islamik | Kesejukkan Mata Hati


Berfirman Allah SWT di dalam al-Quranul Kareem :-

'' Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakanmu '' al-Alaq : 1

Wednesday, 30 May 2012

Karya Islamik | Rezeki

Laju menjunam mencari makan. Itulah lagak stunt yang ditunjukkan oleh seekor burung Raja Udang a.k.a King Fisher ketika menjumpai mangsanya. Apa yang menariknya di sini, burung berbulu cantik ini berburu di sebuah kolam beku, kesejukkan airnya bak air batu. 

Asyik meneliti gambar di atas, ingin Abang Bisu utarakan satu soalan. Berkenaan hasil yang berjaya disambar oleh King Fisher ini. Berapa ekor ikankah yang berjaya disambar olehnya? Adakah Satu? Dua? Tiga? Atau ia keluar daripada air itu tanpa mendapat apa-apa pun? Cuba kalian teka.. HOho !!

Monday, 21 May 2012

Karya Islamik | Sesungguhnya..

''Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku.. Hanya kerana Allah, Tuhan Sekalian Alam''

Seorang kanak-kanak lelaki tetap tidak mengabaikan kefardhuan solat Jumaatnya apabila kawasan solat dipenuhi jemaah. Keazaman untuk dia menunaikan solat Penghulu Segala Hari itu berakhir di pagar besi yang menjadi tempat sujudnya. Allahu Rabbi !!Gambar dirakam oleh Mohamed al-Sayaghi semasa menghadiri perhimpunan anti-kerajaan di Sanaa, Yaman pada 18 Mei lalu.

Wednesday, 9 May 2012

Karya Islamik | Sayangilah Mereka . .


Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : '' Seorang wanita diseksa kerana ia mengurung seekor kucing hingga mati dan wanita itu pun masuk neraka : wanita tersebut tidak memberi kucing itu makan dan minum saat dia mengurungnya dan tidak membiarkannya untuk memakan buruannya '' [ Hadis riwayat Bukhari & Muslim ]

Daripada hadis di atas, dapatlah difahami bahawa perbuatan mengurung mana-mana binatang tanpa memberikannya makan dan minum adalah haram. Perbuatan tersebut akan mengundang padah kepada si pelaku. Wal'iyazabillahi min zalik.. Oleh itu, bagi semua penternak, jagalah haiwan ternakan kalian seperti kalian menjaga diri kalian sendiri. Sayangilah mereka. Ganjaran pahala yang amat besar akan Allah anugerahkan buat mereka yang mengasihi makhluk ciptaan-Nya.

Sumber : HasnulHadiAhmad

Friday, 4 May 2012

Karya Islamik | Rahmatilah Mereka . .

Berkata Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW : 
اِرحَمُوا مَن فِي الأَرْضِ يَرحَمُكُم مَن فِي السَّمَاءِ
'' Rahmatilah mereka yang berada di bumi, nescaya kamu akan dirahmati Mereka yang berada di langit ''
Terkadang, timbul satu persoalan di fikiran " Bagaimanakah rahmat @ kasih sayang yang sepatutnya kita berikan kepada mereka yang berada di sekeliling kita ?? " dan di sini, Abang Bisu ada selitkan jawapannya :- 
Rahmatilah si Jahil dengan Ilmu,
Rahmatilah si Hina dengan Kemuliaan,
Rahmatilah si Miskin dengan Harta,
Rahmatilah si Lemah dengan Kekuatan,
Rahmatilah Kanak-Kanak, Orang Tua & Binatang dengan Kasih Sayang,
Nescaya Seluruh Alam akan merahmati Kamu.

Friday, 27 April 2012

Karya Islamik | Ukhuwwah Itu Indah

'' Sekali kita bersahabat, Syurga adalah muaranya '' 

Mungkin itulah kata-kata hikmah yang menjadi prinsip hidup bagi kawanan burung ini. Walaupun berada di musim dingin, ke mana sahaja mereka pergi, pasti akan bersama. Contohilah perlakuan mulia mereka, kerana tinggi balasan yang akan Allah SWT berikan kepada mereka yang bersahabat kerana-Nya.

Dinukilkan di dalam Sahih Bukhari, bahawa Nabi SAW telaha bersabda :

“Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya di hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. (1) Pemimpin yang adil (2) Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya (3) Orang yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid (4) Dua orang yang saling mengasihi karena Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah, (5) Seorang lelaki yang diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yang cantik untuk melakukan kejahatan tetapi dia berkata, ‘Aku takut kepada Allah!’, (6) Seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kiri tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kananya, (7) Seseorang yang mengingati Allah di waktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dari kedua matanya”

P/S - Foto dirakamkan di Pembrooke, New York

Tuesday, 10 April 2012

Karya Islamik | Bacalah.. Walau Nyawamu Kan Tergadai


Tahukah kalian, siapakah mereka yang membaca kitab al-Quran di dalam foto-foto yang Abang Bisu postkan ? Dari manakah asal mereka ? Apa yang berlaku di negara mereka ? .. Bagi kalian yang tidak mengetahui jawapan-jawapan yang dilontarkan, di sini ingin Abang Bisu menjawab segala persoalan tersebut. 

Mereka ialah kanak-kanak perempuan Palestin. Negara mereka tidak pernah aman daripada pergolakkan berdarah sejak lebih 60 tahun yang lalu. Tetapi, apa yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada mereka tidak pernah mereka abaikan. Apa yang Baginda ajarkan ? Adakah Baginda tidak mengajarkannya kepada kita ? Bacalah petikkan sabdaNya di bawah..

Sabdaan keramat di atas takkan mereka lepaskan dari genggaman biarpun  nyawa mereka yang akan melayang. Tuntas.. Di manakah terletaknya kesungguhan diri kita sebagai rakyat yang berdaulatkan negara aman tiada perperangan ? Seringkalikah kita menta'amul al-Quran dan Hadis Nabi SAW ? Tepuk dada jawablah sendiri. Tiada siapa yang lebih mengenali diri kita melainkan kita jua, tuan peminjam jasad sementara. 



Saturday, 7 April 2012

Karya Islamik | Masjid Puncak Gunung

Masjid E Khizar, di Qum, Iran.. Subhanallah !!

Karya Islamik | Hilangnya Ni'mat Setitis Air

Yunnan, China : 2012 telah menggenapkan tempoh hampir 3 tahun wilayah ini mengalami masalah kemarau. Dianggarkan kira-kira 2.4 juta penduduknya terpaksa mencatu kadar air yang diperlukan kesan daripada 'ujian kehausan' yang melanda. Bagi mendapatkan bekalan air bersih, rata-rata penduduk yang bekerja sebagai petani terpaksa mengharungi perjalanan sejauh 6 batu ( 10 kilometer ) dari sumber berdekatan. Para petani yang dahulunya mengusahakan tanaman basah seperti padi dan sayur-sayuran, kini telah mula beralih kepada tanaman kering tetapi usaha mereka tampak sukar seperti sebelumnya.


Kerajaan China terpaksa menanggung kerugian sebanyak 2 bilion Yuan ( $ 314 juta ) dalam bidang pertanian akibat kemarau panjang yang menimpa negaranya. Terkenal dengan kepadatan penduduk berskala tinggi, China hanya mempunyai akses sebanyak 7% jumlah air tawar dunia. Oleh itu, keupayaannya untuk menyediakan bekalan air bersih kepada warganegaranya amat kurang sama sekali. 




Monday, 2 April 2012

Karya Islamik | Keunikkan 'Permata' Puncak Bukit Khutayb

Mungkin ramai yang tertanya-tanya.. 'Siapakah' gerangan makhluk Allah yang terletak di puncak bukit batu ini? Di manakah letaknya? Bagaimana ia boleh berdiri utuh sedangkan berada di pinggir bukit? 

Soalan-soalan famous yang terpilih ini akan cuba dijawab oleh Abang Bisu sebaiknya. Jawapan bagi soalan Pertama :- Makhluk Allah yang terletak di puncak bukit batu ini bernama Masjid al-Hudhaib. Kedua :- Terletak di daerah Manakhah, Yaman. Ketiga :- Kemampuannya untuk berdiri utuh adalah kerana Allah SWT mengutuskan para malaikat-Nya untuk menjaganya dengan baik. Sama seperti apa yang terjadi di Indonesia apabila tsunami melanda Banda Acheh, semua binaan hancur berkecai melainkan masjid-masjid sahaja yang terselamat. 

Masjid ini biasanya diziarahi oleh umat Islam yang menjadi pengikut mazhab Ismaili dari negara India. Subhanallah !! Maha Hebat penjagaan-Mu terhadap makhluk terpilih ini. Saksikan foto-foto menarik Masjid al-Hudhaib yang berjaya dikumpul Abang Bisu. Allah..






Sumber : Mac.com

Monday, 26 March 2012

Karya Islamik | Bersyukurlah..

Seorang kanak-kanak sedang meminum air dari lopak air yang diminum haiwan. Bertempat di kampung Duba Bule, pinggir bandar Moyale, berhampiran Oroma dan Somalia, dia terpaksa meminum air tersebut kerana sumber air yang terdapat di sana amat terhad.

 لَئِنْ شَكَرْتُمْ َلأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

“ Sekiranya kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu, sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azabKu amatlah pedih ”. Surah Ibrahim : ayat 7

* Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami dari kalangan mereka yang bersyukur seperti yang dinyatakan di dalam firman Mu di atas dan janganlah Engkau jadikan kami dari kalangan mereka yang kufur akan ni'mat Mu. Sesungguhnya kami tidak mampu menanggung azab seksa Mu yang amat pedih itu.

Saturday, 24 March 2012

Karya Islamik | Terima Kasih Ya Allah


Busuk dan kotor. Hanya dua perkataan ini yang dapat menggambarkan sumber air minuman yang mereka mampu perolehi. Kehidupan penduduk setinggan Mirpur di Dhaka,Bangladesh menidakkan mereka untuk memilih sumber bekalan air bersih selain daripada air daripada paip-paip pecah yang mereka temui. Disebabkan jumlah penduduknya yang terlalu ramai, mereka perlu beratur berjam-jam lamanya sekiranya mereka ingin mendapatkan bekalan air yang bersih.

Begitulah kehidupan manusia di negara yang susah. Sama-samalah kita muhasabah diri, adakah kehidupan kita sesukar itu sehinggakan terpaksa makan dan minum dari sumber yang kotor? Sudah tentu tidak, bukan? Kita sepatutnya bersyukur kerana negara kita dilimpahi dengan rahmat dan ni'mat kehidupan yang jauh lebih sempurna dari mereka yang berada di negara-negara yang susah. Jangan disebabkan kesenangan yang kita peroleh sekarang ini menyebabkan kita lalai dengan kurniaan yang diberikan itu. 

Bersyukurlah duhai saudara-saudaraku sekalian. Berimanlah dengan firman Allah yang bermaksud " Sekiranya kamu bersyukur, akan Ku tambahkan nikmat Ku untukmu. Dan sekiranya kamu kufur (tidak bersyukur) sesungguhnya azabku amat pedih. "

Nota kaki : Gambar ini telah memenangi tempat pertama pertandingan Water Integrity Network  2 (WIN 2) sempena Hari Air Sedunia.


Sumber : transparency

Saturday, 25 February 2012

Karya Islamik | Azan Dikumandang Ketika Parlimen Bersidang

Islam itu indah

KAHERAH 8 Feb. - Sidang Dewan Parlimen Mesir menjadi gamat apabila seorang ahli Parlimen dari parti Salafi, Mamduh Ismail bertindak bangun dan melaungkan azan.

Speaker, Saad al-Katatni yang merupakan anggota Ikhwan Muslimin berkata, beliau tidak memberikan kebenaran untuk Mamduh berbuat demikian. Mamduh yang tidak menghiraukan arahan Saad kemudian bertindak menadah tangan dan berdoa.

''Mamduh Ismail melanggar peraturan dan melaungkan azan tanpa kebenaran Yang Dipertua Dewan. Kita ada masjid untuk berbuat demikian. Dewan ini untuk kita berdebat... Ia tidak menunjukkan anda lebih alim dan lebih mahu sembahyang berbanding orang lain,'' kata Saad sambil menerima senyuman daripada timbalan-timbalannya.

Mamduh yang merupakan anggota parti Islam kedua paling berpengaruh dalam pilihan raya umum baru-baru ini, bulan lepas diarahkan menjaga tingkah laku selepas beliau menyatakan tidak mahu melanggar peraturan Allah dengan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen. Takbirrr !!!

Sumber : utusan

Thursday, 16 February 2012

Karya Islamik | Ninja Wanita Iran [ V.I.D.E.O ]

Its awesome


Menafikan status wanita yang bertudung tidak boleh melakukan aktiviti lasak, wanita Republik Iran telah membuktikan kehebatan mereka dalam seni mempertahankan diri Ninja. Dinyatakan seramai 3000 wanita Iran mampu menguasai seni ini sepenuhnya. Bila ilmu ke'ninja'an di kuasai wanita, maka berhati-hatilah wahai lelaki otak belang untuk mempermainkan golongan yang seringkali ditindas ini. HOho !!


Wednesday, 15 February 2012

Karya Islamik | Kehebatan Arkitek Sang Pencipta [ 9 Gambar ]

Telah banyak kita saksikan kehebatan penciptaan dalam bidang arkitek ataupun kejuruteraan ciptaan manusia. Kebanyakkan dari mereka ingin mencipta sesuatau yang menakjubkan dan membuatkan manusia-manusia lain teruja dengan hasil rekacipta mereka. Sedar atau tidak, bagi kita umat Islam, kita sebenarnya memiliki Sang Pencipta yang begitu Mahir dalam seni rekaan. Apabila Dia mencipta sesuatu ciptaan, nescaya tiada siapa pun yang mampu menandingi kehebatan penciptaan-Nya. Dialah Allahu 'Azza wa Jalla, Our Great Creator.

Pada paparan kali ini, marilah kita sama-sama melihat kehebatan ciptaan Allah SWT yang bertempat di Utara Ireland. Tempat menarik ini dinamakan penduduk setempat sebagai The Giant Causeway. Keunikkan 'Giant' terpamer pada 40,000 batang tiang batu heksagonnya yang terpacak menghiasi muara pantai. 

Menurut pakar Geologi bumi, tiang ini terbentuk kesan dari letusan gunung berapi purba. Dianggarkan ketinggiannya setinggi 12m - 28m mengikut corak muka bumi didudukinya. Tempat unik berseni ini telah di'iktiraf UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1986. Tidak lengkap bagi lawatan mereka yang datang menziarahi Ireland sekiranya tidak berkunjung ke sini. 




Karya Islamik | Sejadah Bercahaya Bila Mengadap Qiblat

Alhamdulillah. Akhirnya satu lagi masalah bagi mereka yang beralasankan susah untuk mendirikan solat kerana tidak tahu manakah arah qiblat telah terjawab. Nukilan objek mengagumkan ini adalah hasil ciptaan Karyawan Islam berbakat Soner Ozenc. Beliau yang menggabungkan teknologi Electroluminescent Fosfor dan seni artistik ini berjaya membantu umat Islam seluruhnya untuk mendirikan solat walau di mana jua mereka berada. 

Sejadah yang diberi nama 'Sajjadah 1426' ini akan menampakkan 'riak-riak' terang warnanya bilamana ia semakin bertepatan dengan arah Ka'abah di Kota Mekah. Cahaya 'hidayah'nya akan kembali beransur pudar jika ia terlebih atau terkurang skala ketepatan ukuran arah qiblat. Rahsia keunikkan yang tersembunyi pada Sajjadah terletak pada kompas canggih yang tertanam di dalamnya. SubhanAllah !!





Maka sesungguhnya, mereka yang menunaikan solat itu adalah terdiri daripada golongan orang yang berjayaSebagaimana firman Allah Taala dalam Surah al-Baqarah ayat 5 :-

'' Mereka itulah yang mendapat hidayah daripada Tuhan mereka ( Allah ) dan mereka jualah orang-orang yang berjaya''

*Walaupun, aku baru menjumpai 'produk' berharga ini, tak salah rasanya untuk aku berkongsi kebanggaan hasil karya seorang muslim dan kebanggaan AKU menjadi seorang MUSLIM. =)

Tuesday, 14 February 2012

Karya Islamik | Pancutan Pasir dari Bumi [ V.I.D.E.O ]

Subhanaka Rabbi Subhanak

Kekuasaan Allah SWT memang tiada siapa yang mampu menandingiNya. Kejadian yang berlaku di bumi Arab Saudi ini betul-betul memeranjatkan saya. Air pancut yang biasanya keluar dari perut bumi biasanya terdiri daripada zarah-zarah air itu sendiri tetapi kini ia telah dinafikan dengan kekuasaan milik kekal Allahu 'Azzawajalla. Pancuran yang keluar adalah pasir dan bukannya air. Saksikan kehebatan ciptaan Maha Perkasa ini. 


Dan benarlah apa yang Allah SWT firmankan di dalam Surah al-Zalzalah pada ayat yang ke-2
 '' Dan bumi mengeluarkan segala isinya ( dari dalam ) ''.
 Ternyata segala yang diceritakan di dalam Kitab Suci al-Quran adalah benar semuanya. Rugilah bagi mereka yang mendustakan dan menolak kebenaran yang dinyatakan di dalam mukjizat agung Nabi Muhammad SAW ini.

Saturday, 11 February 2012

Karya Islamik | Kesuburan Padang Pasir Jordan


Ma'an, Jordan. Andai dahulunya padang pasir terkenal dengan ketandusan dan kekeringan, realiti terbalik kongkang telah berlaku sekarang. Tanaman hijau subur membiak seakan padang pasirlah tempat yang paling sesuai untuk bercucuk tanam.

Nah, sekarang telah terbukti betapa benarnya apa yang disabdakan oleh Baginda Nabi SAW tentang peristiwa akhir zaman. Antara mafhumnya "padang pasir yang tandus kan bertukar menjadi subur". Sudah banyak terbukti tentang apa yang dikhabarkan Baginda SAW berkenaan keadaan akhir zaman kepada kita. Tetapi, alertkah kita akan peringatan Baginda tersebut ? Fikir-fikirkan..

Teknik pengairan yang dinamakan "pengairan pangsi" atau dalam BI nya "pivot irrigation" telah diaplikasikan di Ma'an. Corak dan design tanaman juga boleh dibentuk menggunakan kaedah pengairan ini. Banyak negara-negara timur tengah yang telah memanfaatkan sistem pengairan canggih ini ke atas padang pasir milik tadbirnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...