Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba, dia terpandang suatu cahaya yang terang benderang yang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.
Terpegun
dan kaku melihat kejadian itu, dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur
seseorang yang sangat istimewa. Samada dia seorang waliyullah atau ulamak atau
orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Tuhan. Diambilnya sebatang kayu
lalu dipacak di atas kubur yang bercahaya itu.
Keesokannya, lelaki itu datang lagi ke kawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidik dan mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.
Keesokannya, lelaki itu datang lagi ke kawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidik dan mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.
Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.
Bila
bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui
dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah
pondok di hujung kampung bersama isterinya.
Untuk
mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung ke rumah si mati dan bertemu
dengan isteri si mati. Dia lalu menceritakan keajaiban yang dilihat di perkuburan
suaminya.
Anehnya,
isteri si mati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenali suaminya. Suaminya
bukan siapa-siapa. Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan
seorang ahli ibadah, bukan seorang yang soleh, apa lagi imam atau muazzin ataupun
guru al-Quran di kampung itu. Malah suaminya tidak pandai membaca al-Quran dan dia tidak
pernah mendengar suaminya membaca al Quran. Hal ini benar-benar menimbulkan
kehairanan kepada lelaki tersebut dan isteri si mati.
Akhirnya,
lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara aneh yang si mati selalu lakukan
dalam kehidupannya seharian. Akhirnya isteri si mati teringat suatu perkara yang
selalu dilakukan oleh arwah suaminya, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya, setiap malam sebelum tidur, suaminya akan mengambil wudhu', kemudian masuk di
dalam suatu bilik lalu diambilnya al-Quran di atas rak, lalu dicium dan
dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.
Ia
akan duduk dan membelek al-Quran itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca,
sedangkan ia seorang yang buta al-Quran. Dia akan meraba ayat-ayat al-Quran
itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang
sangat dikasihi. Tambah isteri si mati lagi, dia pernah mendengar rintihan dan
esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.
“Tuhanku!
ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah-Mu. Janganlah Engkau
hukum aku di atas kebodohanku ini.”
“Wahai
Kalam Allah, maafkan kesalahan aku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak
dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat
mengasihi mu. Aku sangat mencintai mu. “
“Wahai
Kalamullah, janganlah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku di hadapanTuhan
di akhirat nanti”.
Cerita
isteri si mati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu
ditemani al-Quran buah hati kesayangannya.
Begitulah
suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat al-Quran
kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila dia melihat naskah
yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek
berkali-kali. Dan ada bekas-bekas air mata di kertasnya ,tanda seseorang yang sering
menangis, yang sering berjuraian air matanya tatkala membuka lembaran yang maha
suci ini.
Pastinya
lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh al-Quran.
Dia sangat mengasihi kalimah-kalimah Tuhan dengan sesungguh-sungguhnya. Ini bererti,
dia mengasihi Tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya.
P/S : Marilah sama-sama kita menghidupkan al-Quran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, dan di dalam diri kita, sepanjang bulan Ramadhan, bulan pengampunan ini. Semoga dengan sedikit amal yang kita lakukan ini, Allah s.w.t akan memandangnya dengan pandangan rahmat sekaligus menghadiahkan redha agung-Nya kepada kita. Ameen..
P/S : Marilah sama-sama kita menghidupkan al-Quran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, dan di dalam diri kita, sepanjang bulan Ramadhan, bulan pengampunan ini. Semoga dengan sedikit amal yang kita lakukan ini, Allah s.w.t akan memandangnya dengan pandangan rahmat sekaligus menghadiahkan redha agung-Nya kepada kita. Ameen..
via : iium.edu.my
No comments:
Post a Comment