Showing posts with label Karya Info. Show all posts
Showing posts with label Karya Info. Show all posts

Thursday, 13 September 2012

Karya Info | Jangan Tenggelamkan Kami

Apa sudah jadi? Adakah kerajaan India juga ingin meniru cara pemerintahan diktator zalim Bashar al-Assad? Si lelaki yang berwajahkan manusia tetapi sebenarnya syaitan. Andai Bashar mengarahkan 'anjing-anjing' nya menanam jasad insan bernyawa hidup-hidup di perut bumi Syria, kini barah itu telah merebak ke India tetapi dalam versi perut air. What happened??

Monday, 23 July 2012

Karya Info | Pohon Separa Merah

Jangan betulkan cermin mata atau screen PC anda. Mata anda memang tidak salah memandang. Sebagaimana diterangkan dalam tajuk di atas.. Pohon Separa Merah.. Fenomena ini berlaku di Ajka, daerah Veszprem, Hungary. Perkara ni dah lama terjadi iaitu  pada tahun 2010 dahulu kala. Tetapi, disebabkan kawan Abang Bisu baru emailkan gambar dan maklumat tentang perihal ini.. Dengan penuh minat Abang Bisu cuba olah untuk kalian sereme.

Sunday, 17 June 2012

Karya Info | Tradisi Pelik Lompat Bayi


Tradisi pelik melompat bayi ini berlangsung di sebuah desa yang terletak di Sepanyol iaitu  desa Castrillo de Murcia. Tradisi pelik yang dijalankan oleh penganut Kristian aliran Katholik ini dinamakan El-Colacho -yang bermaksud syaitan-. Mereka mendakwa tradisi El-Colacho sudah diamalkan sejak tahun 1620-an.

Mengikut kepercayaan mereka, El-Colacho mampu menyelamatkan bayi-bayi kecil yang dilangkah oleh lelaki berkostum kuning daripada gangguan segala hantu dan syaitan. Ini kerana, syaitan-syaitan yang mendampingi bayi-bayi yang dibaringkan di atas tanah itu akan melekat pada lelaki berkenaan sebaik sahaja lompatan dilakukan.


Wednesday, 30 May 2012

Karya Info | Bakteria Pemakan Daging


**Amaran keras saya berikan kepada sesiapa yang fobia, geli, takut darah dan allergic supaya tidak klik untuk paparan seterusnya. Dibimbangi anda tidak dapat melupakan gambar yang anda pandang. 

Friday, 25 May 2012

Demimu.. Nyawa Ku Pertaruhkan

Apakah perkara pertama yang terlintas di fikiran anda apabila melihat gambar di atas? Tangan orang frust cinta bunuh diri? Tangan mangsa mati lemas? Mangsa banjir lumpur? Andai salah satu daripada pilihan jawapan di atas menjadi pilihan anda, anda sudah tersilap. Gambar di atas sebenarnya adalah tangan milik Boonchu Tiengtan yang berasal dari negara gajah putih ; Thailand.

Sunday, 6 May 2012

Panel Terbaru Tenaga Solar

Bagi memelihara kehijauan bumi dan menyelamatkannya daripada bahana Global Warming, ciptaan terbaru panel tenaga solar oleh Syarikat Solar Ivy, Brooklyn telah terhasil. Alat yang juga dinamakan Solar Ivy ini jauh lebih kecil, ringan dan comel daripada panel yang biasa kita lihat. Ia boleh dipasang di mana-mana tempat asalkan kawasan berkenaan menerima pancaran matahri. Bersistemkan SMIT ( Sustainably Minded Interactive Technology ), panel ini bukan sahaja mampu menjana tenaga daripada cahaya matahari bahkan ia juga mampu menjananya daripada angin.

Disebabkan penggunaan elektrik juga menyumbang kepada pemanasan sejagat, para negara Eropah telah mengambil langkah mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Caranya ialah, mereka memasang Solar Ivy berbentuk dedaunan anggur ini di dinding rumah mahupun lot parking bertingkat mereka. Jamu penglihatan anda dengan gambar-gambar menarik di bawah.



Friday, 4 May 2012

Karya Info | Timbunan Makhluk Putih

Apakah makhluk putih yang menimbun tinggi di atas ?? Adakah ia salji ?? Atau batu kapur ?? Atau garam ?? Tidak. Semuanya salah. Yang sebenarnya ia adalah timbunan kekabu a.k.a kapas yang dikumpul oleh pekerja kilang kapas yang terletak di Xinjiang, China. 

Industri kapas di negara China meningkat hampir 80%. Hal ini berlaku disebabkan negara pengeluar kapas lain seperti Pakistan dan India tidak mampu memenuhi permintaan negara pengeluar pakaian. Kedua-dua negara tersebut dilanda bah yang teruk baru-baru ini. 



Tuesday, 1 May 2012

Karya Info | Permaidani Mawar Merah


Apakah perkataan pertama yang keluar daripada mulut kalian apabila melihat gambar di atas? Adakah '' Waaa.. '' Atau '' Mak aii.. '' Atau '' Wawiduwiduu.. '' Apa-apa sahaja perkataan yang keluar daripada celorong mulut kalian, ia sememangnya menakjubkan bukan? HOho !!

Baiklah. Kejadian bertempat di Lahore, Pakistan ini dilakukan kerana.. Sedikit teka-teki ingin Abang Bisu berikan kepada para pembaca sekalian. Untuk siapakah permaidani mawar merah ini dibentangkan? Adakah untuk majlis perkahwinan anak perdana menteri mereka? atau Adakah untuk perdana menteri mereka sendiri, datang melawat kawasan? atau Adakah ia arahan ketua kampung mereka untuk memenangi pertandingan kampung bersih? atau Adakah ia jalan baru yang dihadiahkan kerajaan Pakistan untuk kebajikan rakyatnya? Haaa.. Jawab. Jangan tak jawab ye..

Monday, 23 April 2012

Karya Info | 2 Minit Israil Membeku

Kaku
Warga negara haram Israil

Sejak lebih 65 tahun lamanya, mereka mengamalkan 'pembekuan' serentak. Selama 3 hari dalam satu minggu yang sama, 'pembekuan' tersebut dilakukan atas alasan memperingati 3 perkara. (1) Hari Holocaust (2) Tentera yang terkorban (3) Rakyat yang menjadi mangsa keganasan. Sesibuk mana sesebatang lebuhraya, warganya tetap akan patuh berdiri dan memberhentikan kenderaan masing-masing apabila laungan siren dibunyikan. Video dirakamkan di Tel Aviv, Palestin


P/S : Sepatutnya, diorang kena buat hari memperingati kezaliman dan keganasan kami pada orang Islam. Yang tu baru betul.

Thursday, 12 April 2012

Karya Info | Mandi-Manda di Laut Hijau

Kejernihan laut pelabuhan Quingdao, wilayah Shandong, China bertukar wajah apabila airnya yang berwarna biru bertukar hijau. Punca berlakunya fenomena ini tidak dapat diketahui. Apa yang pasti, kehijauan lautnya itu adalah disebabkan alga segar yang dulunya menghuni dasar laut timbul ke permukaan.

Segelintir pengunjung seolah berpesta dengan kehadiran alga hijau tersebut terutamanya kanak-kanak. Tetapi sebahagian yang lain tidak tergamak untuk menyentuh air. Mereka telah membuat laporan mengenai bau busuk yang didakwa berpunca dari alga berkenaan. Pihak berkuasa wilayah Shandong telah melakukan opersai besar-besaran bagi membersihkan penularan alga seluas saiz padang bola itu.



Monday, 27 February 2012

Karya Info | Muzium Anatomi Manusia


Awesome! Itu sahaja perkataan yang boleh dizahirkan. Muzium ini dinamakan Muzium Corpus merupakan sebuah muzium interaktif biologi manusia terletak Oegstgeest di Netherlands. Muzium ini telah dirasmikan oleh Ratu Elizabeth pada tahun 2008. Pelbagai koleksi anatomi yang kekal dan diubah dari semasa ke semasa terdapat di sini. Muzium ini digelarkan muzium pengembaraan manusia dibina khas untuk pembelajaran dan juga hiburan. 

Sedikit info mengenai stadium ini :-
  • 55 minit diperlukan untuk pengembaraan dalam tubuh badan manusia 
  • Mempunyai 8 bahasa perantara audio
  • Pusat maklumat perubatan 
  • Bayaran masuk EUR 16.50

Jom layan gambar-gambar di dalam muzium ni. Check it out!








 
Medical students mesti teruja nak datang sini kan? Senang la nak study anatomi kalau lepak kat dalam stadium ni. ^_^

Friday, 24 February 2012

Karya Info | Subhanallah... Pantai Pasir Bertukar Menjadi Pantai Kaca

Penahkah anda mendengar mengenai sebuah pantai ber'pasir'kan kaca? Anehkan? Pantai ini benar-benar wujud di Fort Bragg, California. Glass Beach (Pantai Kaca) dikatakan unik dan juga pelik.Pada pandangan pertama melihat pantai ini, pasti tiada banyak bezanya dengan pantai-pantai lain, tetapi jika kita mengambil segenggam dari pasirnya, anda akan melihat butiran-butiran kaca yang cantik ditapak tangan anda. Ya, sememangnya dipantai tersebut, pasir-pasirnya kebanyakannya adalah kaca dan sebab itulah dikatakan ianya unik.


Info mengenai pantai ini :-
  • Asalnya pantai ini sama seperti pantai-pantai berpasir yang lain
  • Pada awal tahun 1949, kawasan pantai itu dijadikan tempat untuk melupuskan sampah secara terbuka
  • Pelbagai jenis sampah-sampah ke situ termasuklah bertan-tan kaca, barangan rumah, dan juga kereta!
  • Pada tahun 60-an, terdapat beberapa percubaan untuk mengawal pembuangan sampah secara berleluasa dan bagi pembuangan sisa toksik, dilarang sama sekali.
  • Akhirnya pada tahun 1967, kerajaan telah melarang pembuangan sampah ke situ dan juga menutup tempat itu serta-merta setelah menyedari perkara itu merupakan satu kesilapan yang besar.

Kini, lebih 40 tahun telah berlalu alam semula jadi telah mengubah semula keadaan pantai itu. Bertahun-tahun ombak yang memukul telah menghakis sampah-sampah yang terdapat disitu dan telah merubah kaca-kaca menjadi kecil, lembut dan berwarna yang meliputi pantai itu ketika ini. Walaupun begitu masih terdapat kesan-kesan sampah yang masih tidak terhakis contohnya spark plug.




Tetapi anda masih boleh lihat jutaan kaca kecil yang berwarna-warni melitupi seluruh pantai tersebut. Pantai ini unik bukanlah ianya hasil buatan manusia, tetapi ianya unik kerana dengan kuasa Allah SWT alam semula jadi ciptaanNya telah merubah kesilapan manusia sebagaimana ombak yang memukul tebing pantai itu selama bertahun lamanya telah menghakis sampah dan seterusnya menjadikan ia 'hidup' kembali.



Sumber : funnyfunda.com

Thursday, 23 February 2012

Karya Info | Hidangan Terakhir Penunggu Maut

Inilah antara gambar hidangan terakhir yang diminta oleh penjenayah lagenda Amerika Syarikat sebelum mereka dijatuhkan hukuman mati. Bagi peminat setia drama bersiri penuh kejutan ; Prison Break, pasti mengingati babak permintaan terakhir Michael Scofield Lincoln Burrows  (abang kepada Micheal Scofield) sebelum beliau dijatuhkan hukuman mati di atas kerusi elektrik. Tetapi, itu adalah lakonan semata-mata. Gambar-gambar makanan yang dipertontonkan oleh Abang Bisu ini adalah real dan benar-benar terjadi. Saksikan.. 




Sunday, 12 February 2012

Karya Info | Tamadun Pertanian Yahudi [ 7 Gambar ]


Sekali pandang seolah-olah seperti perkampungan UFO di bumi. Tetapi, bila diamati, diperhati dan dibacai maklumat yang tertera di bawah nanti, barulah kita tahu apakah jenama 'makhluk' Allah yang terdapat di Tanah Haram Israil ini.

Moshav. Itulah nama bagi projek pertanian Yahudi yang terletak di lembah Yizreel, Nahalal-PALESTIN. Diberitakan dari Wikipedia, tapak pertanian ini dibina sekitar tahun 1921 oleh seorang arkitek bernama Richard Kauffman. Beliau merancang pembangunan serta pertanian Nahalal mengikut corak bulatan berpusat.

Projek pertanian sayur-sayuran dan buah-buahan ditanam dikawasan petak tanah yang telah dikhaskan kepada para petani. Walaupun ia diduduki secara haram, konsep Moshav mempunyai rahsia dan keunikkannya yang tersendiri.




Wednesday, 1 February 2012

Karya Info | Perbandingan Antara Peel Fresh & Sunkist

Jus Oren 1 Liter


Bagi penggemar oren ; termasuklah juga diriku, pemilihan dari segi kapasiti, harga serta kepuasan apabila meminum amat dititkberatkan. Setelah mencuba kedua-dua jenama jus oren terkenal ini, 9/10 aku berikan kepada Sunkist dan 6/10 untul Peel Fresh

Kelebihan Sunkist mengalahkan Peel Fresh terletak pada kesegaran isi dan harganya. Pulpa oren dapat dirasa dan dikunyah ketika jusnya yang manis menerpa ke ruang rongga mulut. Berharga +- RM 4.39 berjaya  mengatasi pesaingnya, +- RM 4.90. Perbezaan +- 50sen. (Banyak tu bagi aku). 

Jika korang kurang bersetuju dangan pendapat aku, cubalah buat sedikit kajian untuk mengetahui kebenarannya. Mungkin juga citarasa kita berlainan. Apa-apapun, sebagai pengguna, kita mestilah Bijak Membeli Menang Memakai. Adios =).   

Sumber : Own Research

Tuesday, 31 January 2012

Karya Info | Perbandingan Harga Barang di Pasaraya

TEPUNG GANDUM CAP SAUH 1KG


  • Pasaraya G  = RM 2.69
  • Pasaraya T  = RM 2.40
  • Pasaraya Ns = RM 2.20
* Harga semasa bertarikh 310112. Kebetulan aku pergi survey harga tadi, dapatlah bagi info kat korang sikit. Pilihan di tangan anda.

Bijak Membeli Menang Memakai

Sumber Halal : Terbakor.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...