Penahkah anda mendengar mengenai sebuah pantai ber'pasir'kan kaca? Anehkan? Pantai ini benar-benar wujud di Fort Bragg, California. Glass Beach (Pantai Kaca) dikatakan unik dan juga pelik.Pada pandangan pertama melihat pantai ini, pasti tiada banyak bezanya dengan pantai-pantai lain, tetapi jika kita mengambil segenggam dari pasirnya, anda akan melihat butiran-butiran kaca yang cantik ditapak tangan anda. Ya, sememangnya dipantai tersebut, pasir-pasirnya kebanyakannya adalah kaca dan sebab itulah dikatakan ianya unik.
Info mengenai pantai ini :-
- Asalnya pantai ini sama seperti pantai-pantai berpasir yang lain
- Pada awal tahun 1949, kawasan pantai itu dijadikan tempat untuk melupuskan sampah secara terbuka
- Pelbagai jenis sampah-sampah ke situ termasuklah bertan-tan kaca, barangan rumah, dan juga kereta!
- Pada tahun 60-an, terdapat beberapa percubaan untuk mengawal pembuangan sampah secara berleluasa dan bagi pembuangan sisa toksik, dilarang sama sekali.
- Akhirnya pada tahun 1967, kerajaan telah melarang pembuangan sampah ke situ dan juga menutup tempat itu serta-merta setelah menyedari perkara itu merupakan satu kesilapan yang besar.
Kini, lebih 40 tahun telah berlalu alam semula jadi telah mengubah semula keadaan pantai itu. Bertahun-tahun ombak yang memukul telah menghakis sampah-sampah yang terdapat disitu dan telah merubah kaca-kaca menjadi kecil, lembut dan berwarna yang meliputi pantai itu ketika ini. Walaupun begitu masih terdapat kesan-kesan sampah yang masih tidak terhakis contohnya spark plug.
Tetapi anda masih boleh lihat jutaan kaca kecil yang berwarna-warni melitupi seluruh pantai tersebut. Pantai ini unik bukanlah ianya hasil buatan manusia, tetapi ianya unik kerana dengan kuasa Allah SWT alam semula jadi ciptaanNya telah merubah kesilapan manusia sebagaimana ombak yang memukul tebing pantai itu selama bertahun lamanya telah menghakis sampah dan seterusnya menjadikan ia 'hidup' kembali.
Sumber : funnyfunda.com
No comments:
Post a Comment