Misteri yang berlaku di sebuah hutan yang dikenali sebagai 'Crooked Forest' di Poland ini masih belum terungkai. Hutan Pohon Bengkok yang terletak di luar perkampungan Nowe Czarnowo barat Poland ini dianggarkan mengandungi 400 batang pohon pain yang kesemuanya bengkok.
Berdasarkan cerita dari penduduk setempat, pohon pain itu menjadi bengkok disebabkan timbunan salji yang berat yang 'berkampung' di atasnya pada setiap musim dingin. Akan tetapi, kesahihan daripada cerita tersebut diragui kebenarannya. Ini kerana tiada siapa yang mengikuti perkembangan pohon tersebut sejak 'mereka' dilahirkan.
SubhanAllah !! Tiada siapa yang mampu menyekat apa yang Allah kehendaki untuk berlaku. Semua yang ada di dunia mahupun di akhirat sana adalah miliknya. Bagi mereka yang pakar dalam bidang Botani, bolehlah menyelidik apa yang berlaku di Poland sana. Agar keteguhan dan keimanan kita semakin bertambah kepada-Nya.
Sumber : republica update
Subhanallah
ReplyDelete