Friday, 17 February 2012

Karya Sayu | Sentuhan Terakhir




Terasa sayu bila menonton iklan ini. Seorang isteri sanggup mempercepatkan proses kelahiran anaknya melalui proses 'caesarean' semata-mata untuk memberi peluang kepada si suami menyentuh buah hati tanda cinta mereka sebelum meninggalkan dunia untuk selama-lamanya.

Jelas kelihatan, kasih sayang seorang isteri tidak berbelah bahagi kepada si suami. Kasihan mengenangkan seorang anak yang baru lahir bakal membesar tanpa mengenali kasih sayang seorang ayah. Pilu melihat air mata si ayah bergenang menandakan hati hiba untuk meninggalkan keduanya. Tapi apakan daya, takdir penentu segalanya. 

Oleh yang demikian, hargailah setiap detik bersama insan-insan tersayang. Selagi mereka masih berada di dunia. Jika ditakdirkan suatu hari nanti mereka meninggalkan kita. Usahlah menyesal meratap hiba.

Sayangilah dan hargailah Ibu, Bapa dan Anak-anak kita kerana mereka adalah anugerah Allah SWT yang tidak terhingga buat kita semua. Baik buruk mereka, terimalah dengan seadanya. 

5 comments:

  1. Ya Allah.. Sedihnya.. Menitis air mata saya

    ReplyDelete
  2. Iklan insuran je nih.. laku la syarikat dia nanti.. ceh !! ;-)

    ReplyDelete
  3. iklan yang sgt bermakna :)
    da follow your blog! hope u drop by & being my followers 2!
    ^_^v

    ReplyDelete
    Replies
    1. trimas diatas comment cik khalilah. saya dah pun menjoinkan diri sebagai ahli di blog cik. tq again =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...