Friday, 11 May 2012

Kapal Solar Terbesar Dunia

Hasil sentuhan kejuruteraan Swiss, perekanya Mr. Raphael Domjan berjaya mencipta sebuah kapal solar terbesar dunia ( setakat laa ni ) yang diberi nama Turanor Planet Solar. Hasil kejuruteraan hebat ini, ia telah berjaya mencipta rekod dunia kapal solar pertama mengelilingi dunia bermula 27 September 2010

Kapal yang berukuran 537 meter persegi lebar dan 31 meter panjang ini disokong oleh enam blok besar bateri litium ion. Bateri ini berfungsi sebagai back up untuk dicas semula andai lautan tidak disinari cahaya matahari. Hampir 500 meter persegi badan kapal disaluti panel tenaga solar. Ia mampu mencecah kelajuan 14 knot, dan memuatkan seramai 40 orang penumpang.







Turanor yang berharga 12.5 juta euro ini, diberikan namanya bersempena novel The Lord of The Rings hasil karangan J.R.R Tolkien yang memberikan terjemahan Turanor kepada ' Kuasa Matahari '. Diberitakan, Encik Raphael mendapat ilham untuk mereka Turanor setelah melihat glasier mencair akibat dari pemanasan global.




Bilakah kejuruteraan hasil sentuhan jurutera Islam akan muncul mencipta ciptaan kreatif yang mengujakan manusia sekaligus mengajak mereka mengagungkan Tuhan ?? Gunakanlah al-Quran dan Hadis sebagai panduan agar tidak tersasar dari landasan. Karena, al-Quran dan Hadis telah lama mendahului pemikiran insan. Tinggal lagi si Muslim perlu meneliti dan membuat kajian tentang perihal sains yang dinyatakan.  Karyawan Bisu menyokong penuh jurutera-jurutera Islam tampil mereka ciptaan.

Sumber : daily mail

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...