Monday, 9 April 2012

Karya Haiwan | Nostalgia Zaman Kanak-Kanak

Fikiranku mula menerawang, tatkala terpandang bingkisan gambar yang menarik perhatian. Gemersik kalbu mengajak diri kembali ke zaman silam. Bagi mereka yang dilahirkan era 80-an, pasti kan terasa titipan angin bayu kenangan lalu bersama anak ayam. Bukan ayam biasa tapi ayam warna warni lain dari biasa. Di sebalik gambar ini, akan ku kisahkan ceritaku tersendiri. 

Mengimbau sejarah zaman kanak-kanakku (di awal usia 11 tahun) , pertama kali aku melihat kelibat anak ayam comel ini ketikamana aku mengikuti ayahku ke pasar malam. Seumpama tarikan cinta pandang pertama, kakiku seolah dipaku. Berdiri tegak memandang kecantikkan bulu warna-warni anak ayam ajaib itu. Pandanganku seolah disihir menyebabkan mataku berhenti berkelip. Adakah aku berada di alam lain? Alam untuk anak-anak manusia dan ayam sahaja? Alam fantasi penuh warna-warni? Ahhh.. sama ada di alam realiti atau fantasi, secara diam dan sedar, aku mula memasang angan. Biarpun belum tahu peratus kejayaan, aku yakin anganku akan bertukar menjadi kenyataan. Memiliki 'mu' menjadi hala tuju setiap kali datang ke pasar malam.



Bermodalkan wajah yang comel serta kesungguhan yang padu, usahaku menemukan hasil. Ayahku yang amat aku kasihi telah menunaikan permintaanku. Tapi disertakan dengan syarat ; jaga ia elok-elok. Lafaz kesyukuran serta terima kasih tak terhingga buat ayahku, aku berjanji akan menjaganya 'mereka'  sebaik mungkin. Bak kata orang tua '' Jagalah binatang peliharaan kita seperti menjaga diri kita sendiri. Kerana mereka pun mempunyai perasaan seperti kita '' Wah.. Kecik-kecik pun dah pandai aku kan nak mengaplikasikan apa yang orang tua cakap. Biasalah, bila kehendak dah dipenuhi semua yang tak pandai kenalah dipandaikan. Huhu (^_^). 

Bermula dengan dua ekor ayam sahaja yang aku jaga dan bela, jumlahnya semakin bertambah kepada enam ekor. Ekoran prestasiku dalam bidang penternakan dan tak ketinggalan juga dalam bidang pelajaran. Bagaimanakah aku mampu mencapai dua kejayaan dalam satu waktu? Jawapannya mudah. Pengurusan masa berdasarkan jadual waktu yang mamaku tetapkan. Disiplin kerja dan disiplin ilmu mesti ada bagi mereka yang hendak berjaya pesannya.





Kedudukan rumahku adalah bersebelahan rumah nenekku. Disebabkan, mama dan ayah, kedua-duanya bekerja, jadi pada waktu tamat persekolahan, aku akan singgah makan dan tinggal di rumah nenek terlebih dahulu. Tidak lengkaplah jadual harianku andai aku seorang sahaja yang menginap di rumah nenek. 'Teman-teman karibku' mestilah juga dibawa bersama. Berbekalkan kotak yang besar, aku pindahkan tempat berteduh ayam-ayamku dari rumahkau ke ruang dapur rumah nenek. Ohhh..cukup gembira sekali aku ketika. Pasti kan indah petangku bersama mereka di sisi.

Tidak dinamakan kanak-kanak seandainya tiada kenakalan. Begitu juga dengan aku. Kenakalanku ketika bersama haiwan peliharaanku ini ialah aku suka mengangkatnya keluar dari kotaknya. Ke sana ke mari mereka di dalam laman dapur rumah nenekku. Mungkin puas dapat menghirup udara dari ruang yang lebih luas. Agaknya lah kan ?? Hehe. Akibat dibiarkan terlalu bebas, maka susahlah untuk mengawalnya. Risiko luar jangka tiba-tiba berlaku. Di sana di sini di ruang legar dapur berbau busuk. Adakah ?? Kerja ?? Si anak-anak ayam aku ?? Tepat dan benar tekaanku. Berketul-ketul 'tinggalan sejarah' dilepaskan mereka. Keenam-enam mereka mengambil peluang dan bahagian masing-masing untuk meninggalkan memori hari ini dalam sejarah. Natijahnya, telingaku dipiat tanganku berbau hapak. HOho !!




Setelah beberapa ketika berlalu, si anak-anak telah bertukar menjadi 'dara'. Saat sayu dan sedih bakal berlaku. Nasihat ayahku agar disembelih kesemua 'teman karibku' tidak mampu kuhalang. Beralasankan kita kan berpindah ke rumah baru dan tiada ruang untuk aku mengasuh mereka terpaksa aku redha dan terima dengan hati tertutup. Begitulah berakhirnya nostalgia indah zaman kanak-kanakku bersama ayam berwarna-warni yang tidak akan aku lupakan. Sekian dari aku yang tiba-tiba terasa sedih.. :,-(




Sumber dan Jalan Cerita : Orang Rumah Abang Bisu

2 comments:

  1. dlu mse kecik ayh belikn kmi adik bradik ank aym warna warni camni..tp byk yg mti sbb kami ske mndikn ank aym tu..hehe .Yg hidup plak bile aym tu bsr sume tukar colour putih...^__^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...