Monday, 9 April 2012

Karya Hebat | Himpunan 1000 Basikal

Bertemu kembali. '' Aik, kenapa bertemu kembali ?? ''. Mungkin ungkapan pertama Abang Bisu meninmbulkan persoalan sedemikian di benak pemikiran kalian. Ungkapan tersebut bukan kosong tiada makna tapi berisi penuh infomasi. HOho !! Baiklah. Sessi penerangan dimulakan. Bagi mereka yang pernah membaca post Abang Bisu yang bertajuk ' Himpunan Jutaan Kuaci ', pastinya nama karyawan terkenal China; Ai Wewei tidak asing bagi kalian. Bagi yang belum membacanya lagi, bolehlah mengkliknya disini - Himpunan Jutaan Kuaci - untuk mengenali dan melihat sendiri kehebatan sentuhan seni lelaki yang bernama Ai Wewei ini.

Pada post kali ini, satu lagi karya Ai Wewei berjaya ditemukan oleh Squad Jejak Abang Bisu. Tidak kurang hebatnya berbanding karya sebelum ini, Ai Wewei menjadikan basikal sebagai hasil seninya. Bertempat di Muzium Taiwan, karya seni unik yang dinamakan ''Forever Bicycles'' mempamerkan 1000 rangka basikal bertayar disusun secara kemas dan sistematik. Bermula dari lantai hingga ke syiling, himpunan basikal tersebut kelihatan begitu menarik dan mempersonakan. Tujuan beliau menghasilkan karya seni ini adalah untuk memberitahu kepada dunia bahawa basikal merupakan pengangkutan biasa yang digunakan oleh penduduk China setiap hari. Singkapi gambar-gambar menarik pameran basikal Ai Wewei di bawah..









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...