Monday, 2 April 2012

Karya Kreatif | Lakaran Indah Pesisir Pantai

Berbekalkan pasir yang dah ada kat pantai dan sebatang kayu untuk dijadikan penanya, seorang karyawan kreatif berjaya mencipta hasil seni menakjubkan. Untuk mencari maklumat tentang karya beliau ini, Squad Abang Bisu terpaksa terbang ke San Francisco  ( tapi terbang pakai google chrome jeler.. Bajet kureng. HOho !! ). 

Baiklah. Mari kita berkenalan dengan pereka seni kreatif tepi pantai ini. Nama diberi Encik Andres Amador. Berusia 40 tahun. Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang seni. Bukan bidang seni yang biasa-biasa, tapi bidang seni yang unik. Andai ditaip nama beliau di kotak carian Google, beberapa lagi hasil tangan seni beliau yang tidak kurang hebatnya akan terpapar. Seni yang diberi nama " Earthscapes " ini adalah siri lakaran besar di atas pasir yang dapat dilihat dengan jelas bila berada di tempat yang tinggi. Kadangkala, skala lukisannya mampu mencecah 90,000 kaki persegi luas. Luaskan ?

Bagi melaksanakan visi dan projek seninya ini, Encik Andres terpaksa bangun di awal pagi untuk melakar potret ajaib beliau sebelum air pasang pagi melanda pantai. Menurut beliau pasir pantai di waktu subuhlah merupakan 'kertas lukisan' yang paling elok Quality nya berbanding waktu dhuha, zuhur, asar mahupun waktu yang dua lagi itu. Saksikan keunikkan sentuhannya.. Walllllahhhh..









Apabila dipandang akan kehebatan makhluk, sedarkah kita bahawa Pencipta makhluk itu lagi Maha Hebat? Bagi yang menyedarinya, Alhamdulillah. Bagi yang belum, sedarlah anda bahawa Dialah Yang Menciptakan makhluk itu dan mengilhamkan sesuatu yang unik untuk si makhluk mengkaryakan ilham Rabbil 'Izzati. Fikir-fikirkan..

Sumber : Andres Amador Art

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...