Seorang karyawan seni berdarah Cina ; Ai Wewei telah berjaya mencipta nama apabila 'Projek Himpunan Jutaan Kuaci'nya mendapat perhatian dunia. Bertempat di Tate Modern Turbine Hall, UK London, karyanya telah dipertontonkan kepada umum. Mereka yang datang ke pameran tersebut tidak melepaskan peluang untuk meni'mati 'juadah' yang dihidangkan dengan gaya dan cara tersendiri. Berguling. Bergolek. Berendam. Bersantai. Namun, tiada yang memakannya. Kenapa? Kerana kuaci tersebut bukanlah kuaci asli biji matahari tapi ia adalah kuaci yang diperbuat dari porselin. Hebat bukan ?
Kuaci yang mencecah bilangan hampir 100juta unit ini, memerlukan ruang selebar 1000 meter persegi untuk dimuatkan dan 1600 tenaga kerja untuk disiapkan. Bentuk dan jalur warnanya adalah hasil dari handmake para pekerja itu sendiri. Kerja-kerja penghasilan biji-biji ajaib ini bermula di wilayah Jingdezhen, Selatan China.
Berpewatakkan tenang, berjanggut panjang, berkot hitam ; CEO projek ini, Ai Wewei menjelaskan bahawa para pekeja yang menjayakan projek ini terdiri daripada suri rumah. Mereka membawa balik kerja yang diamanahkan dan menyiapkannya di rumah masing-masing. Kesan daripada mendapat perhatian beliau berjenaka '' Pemandu teksi pun bercakap mengenainya''
P/S : Gambar last - Rupa sebenar kuaci yang dihasilkan oleh Karyawan Ai Wewei dan AJK beliau.
Sumber : the guardian
No comments:
Post a Comment