Saturday, 7 April 2012

Karya Islamik | Hilangnya Ni'mat Setitis Air

Yunnan, China : 2012 telah menggenapkan tempoh hampir 3 tahun wilayah ini mengalami masalah kemarau. Dianggarkan kira-kira 2.4 juta penduduknya terpaksa mencatu kadar air yang diperlukan kesan daripada 'ujian kehausan' yang melanda. Bagi mendapatkan bekalan air bersih, rata-rata penduduk yang bekerja sebagai petani terpaksa mengharungi perjalanan sejauh 6 batu ( 10 kilometer ) dari sumber berdekatan. Para petani yang dahulunya mengusahakan tanaman basah seperti padi dan sayur-sayuran, kini telah mula beralih kepada tanaman kering tetapi usaha mereka tampak sukar seperti sebelumnya.


Kerajaan China terpaksa menanggung kerugian sebanyak 2 bilion Yuan ( $ 314 juta ) dalam bidang pertanian akibat kemarau panjang yang menimpa negaranya. Terkenal dengan kepadatan penduduk berskala tinggi, China hanya mempunyai akses sebanyak 7% jumlah air tawar dunia. Oleh itu, keupayaannya untuk menyediakan bekalan air bersih kepada warganegaranya amat kurang sama sekali. 








Lihatlah, betapa besarnya ni'mat Allah SWT yang bernama air ini. Akan tetapi, apabila ada ia senang dibazirkan. Apabila tiada, barulah berputik bunga penyesalan. Sesuai dengan firman-Nya di dalam surah al-Anbiya' ayat 30 yang menerangkan tentang keperluan makhluk bernyawa kepada air ''.. dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman ? '' Jauhilah pembaziran. Belajarlah bersyukur dengan anugerah Allah SWT yang tidak ternilai ini. Biarpun setitis air membasahi kerongkong, pujilah Dia dengan mentahmidkan kalimah Alhamdulillah.

Sumber : ibtimes

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...