W+O+W = WOW !! Begitu mengagumkan. Seolah berada di dunia fantasi, karya kreatif ini berjaya diterjemahkan ke alam nyata oleh Encik Oscar Diaz. Karya yang mampu memukau setiap mata yang memandangnya. Ciptaan kalendar dakwat yang berupaya 'bergerak' menentukan tarikh dengan sendirinya ini dihasilkan dari dakwat jenis 'D65' yang bertindakbalas secara semulajadi kepada cahaya matahari.
Botol dakwatnya dibiarkan 'berkampung' pada tarikh 1 di setiap bulan. Hari demi hari, dakwat ajaib tersebut akan berjalan 'menziarahi' jiran-jiran tetangga angka 1 satu-persatu. Kalendar ini telah dibangunkan secara berperingkat-peringkat. Ia mula dipertontonkan kepada umum di Design Festival, London pada tahun 2007. Kini, ia boleh didapati dalam pelbagai warna menarik lagi seperti hijau, biru, oren dan merah.
Kepada mereka yang berminat untuk membuat tempahan, tak usah segan tak usah malu, order je kat ruangan komen kat bawah tu. Penghantaran akan dibuat secara PERCUMA terus ke alamat yang diberi. Bergembiralah. HOho !!
Sumber : oscar diaz
smart=))
ReplyDeleteWahh, ni memang betul-betul ajaib ni.
ReplyDeletedakwat akan menresap masuk ke angka2 lain ikut turn diorang sehari2. macamanalah saya boleh tak terfikir nak buat bendalah ni ek ?? hehe ;-)
ReplyDeletemantap3 ink nie (^-^)
ReplyDeletesalam kenal. hebat betul ciptaan nie.
ReplyDeleteSalam perkenalan jua buat pemilik blog seindah salju. comel2 anak abang =)
Delete