Thursday, 15 August 2013

Kenangan Terindah..


di aidilfitri ini, bila melihat kad-kad kahwin kiriman rakan2, hatiku terimbau mengingati kembali kenangan terindah diriku bersama arwah suami. sebelum terlupa, aku rasa ada baiknya aku kongsikan kisah ini bersama sebagai pedoman untuk kita.

-----------------

4 haribulan 6 - itulah tarikh keramat rumahtangga kami dibina. dalam diam, sudah 2 tahun masa itu berlalu. Alhamdulillah.. walaupun masih banyak kekurangan dalam mahligai itu, namun Alhamdulillah tetap ku panjatkan pada-Mu..

--------------

Pagi itu, aku mengharapkan sesuatu darinya. bukan banyak tapi cukuplah sekadar ucapan ‘selamat menyambut ulangtahun perkahwinan sayang..’ tapi.. semuanya hampa. dia berlalu ke tempat kerja tanpa sepatah kata. Huh !! Lelaki.. memang mudah lupa.

Petang itu,seusai dia pulang dari tempat kerja, tanganku hulur seperti biasa. dia sambut tanganku lalu dikucup dahiku. dalam pada itu dia berkata ‘abang tak lupa.. Cuma abang ada suprise untuk sayang..’’. aku yang kebingungan malu sendirian memikirkan getusan hati kotor ini pagi tadi.


selesai maghrib berjemaah, suamiku mengajakku keluar makan bersama. tempatnya tak adalah istimewa sangat. hanya di Restoran Seafood di BBS ni aje. tapi takpelah.. sekurang2nya dia mahu meraikan hari bersejarah kami ni.

ketika membonceng motosikal buruknya, aku perasan dia bawa sekali beg galasnya. dia letak dalam raga motor. aku dah dapat agak.. mesti ada hadiah kat dalam beg dia tu. supriselah sangat. haha. Cuma aku tak tahu apakah ‘hadiah’ yang bakal diberikan padaku. tang tu memang suprise. huhu

-------------

buat pengetahuan kalian.. suami aku ni bukanlah seorang yang berkerjaya sangat. berbekalkan sijil SPMnya, dia diterima bekerja sebagai penghantar notis di sebuah syarikat swasta. biarpun begitu, aku bahagia dengannya. nak dikatakan alim, takdelah alim mana pun tapi dia cukup menjaga solatnya. seorang yang merdu suaranya dalam lantunan alunan kalamullah. seorang yang lemah lembut dalam pertuturan. dan seorang yang mempunyai hati yang cukup syahdu.

----------

ikan goreng tiga rasa kami order. sambil menunggu makanan tiba, dia bersuara ‘’ Selamat ulangtahun perkahwinan sayang. semoga sayang happy dengan hadiah yang tak seberapa dari abang ni.’’

‘’ terima kasih abang. semoga rumahtangga kita kekal bahagia selama-lamanya, ameen ’’ ameen.. sambutnya lembut.

aku sebenarnya tak sabar ingin melihat hadiah kedua kat dalam beg dia tu. namun, bagi melicinkan perjalanan plan dia.. aku kuatkan kesabaran. bak kata Puan Sammaituha ‘ sesungguhnya sabar itu indah..’’. aku akur. makan jelah dulu. nanti sampai masa, dia bagilah tu.

------------

ketika nak naik motor ingin pulang ke rumah, dia membuka beg galasnya. ‘’ sayang.. terimalah hadiah yang tak seberapa dari abang ni. harap sayang suka..’’ .  dalam samar senyumanya, sekuntum bunga rose berwarna peach dihulurkan kepadaku. Waaahh.. terharunya aku. mana taknya, walaupun hadiahnya tak seberapa.. tapi dia tahu kesukaanku. hadiah ni memang suprise ‘’ terima kasih abang ’’. nak menangis pun ada masa tu. huhu

---------------

dalam kedinginan malam itu, aku rasakan cukup indah sekali. aku dakap suamiku erat2. harapanku.. agar ikatan ini takkan terlerai sampai bila2. dalam melayan perasaan sendirian, suamiku bersuara..

‘’ sayang.. abang ada hadiah ketiga untuk sayang.. ‘’

hadiah ketiga? aihh.. atas moto pun ada hadiah? dia nak wheeli ke apa? uish.. minta jauhlah..

‘’apa hadiahnya abang ?’’ tanyaku meraikan

‘’abang ada satu lagu untuk sayang. "dengarlah bintang hatiku..."

 

ohhh.. dia nak nyanyikan sebuah lagu untukku. you are so sweet my hubby. tanpa disuruh dia terus bersuara.. melontarkan intonasi merdu ini yang takkan aku lupakan sampai bila2..

‘’ aku akan menjagamu..
semampu dan sebisaku..
walau ku tahu..
ragamu tak utuh..

kuterima kekuranganmu..
dan ku tak akan mengeluh..
karena bagiku..
engkaulah nyawaku.. ‘’



saat itu dan ini juga, air mataku mengalir laju. al-fatihah buatmu duhai suamiku yang tercinta. semoga kita kan berjumpa kembali di Jannah Ilahi.. ameen

via : abang bisu

4 comments:

  1. letak la ruangan chat kat sebelah..boleh nak komen@ kutuk2..
    waza

    ReplyDelete
  2. bila nak update blog ni..tak sabar nak baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa dan ketika free xdatang kunjung lagi.. tengok a.. suatu hari nanti.. ada la tu ;-)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...