Saturday 7 April 2012

Karya Hebat | Himpunan Jutaan Kuaci

Seorang karyawan seni berdarah Cina ; Ai Wewei telah berjaya mencipta nama apabila 'Projek Himpunan Jutaan Kuaci'nya mendapat perhatian dunia. Bertempat di Tate Modern Turbine Hall, UK London, karyanya telah dipertontonkan kepada umum. Mereka yang datang ke pameran tersebut tidak melepaskan peluang untuk meni'mati 'juadah' yang dihidangkan dengan gaya dan cara tersendiri. Berguling. Bergolek. Berendam. Bersantai. Namun, tiada yang memakannya. Kenapa? Kerana kuaci tersebut bukanlah kuaci asli biji matahari tapi ia adalah kuaci yang diperbuat dari porselin. Hebat bukan ?





Kuaci yang mencecah bilangan hampir 100juta unit ini, memerlukan ruang selebar 1000 meter persegi untuk dimuatkan dan 1600 tenaga kerja untuk disiapkan. Bentuk dan jalur warnanya adalah hasil dari handmake para pekerja itu sendiri. Kerja-kerja penghasilan biji-biji ajaib ini bermula di wilayah Jingdezhen, Selatan China.

Berpewatakkan tenang, berjanggut panjang, berkot hitam ; CEO projek ini, Ai Wewei menjelaskan bahawa para pekeja yang menjayakan projek ini terdiri daripada suri rumah. Mereka membawa balik kerja yang diamanahkan dan menyiapkannya di rumah masing-masing. Kesan daripada mendapat perhatian beliau berjenaka '' Pemandu teksi pun bercakap mengenainya''



Projek yang pada mulanya mendapat bantahan pekerja beransur-ansur disukai mereka. Keadaan ini barlaku kerana bayaran yang diberikan tidak setimpal dengan bebanan kerja yang diberikan. " Saya cuba untuk menerangkan kepada mereka apa yang kami mahu daripada projek ini tetapi mereka sukar untuk difahamkan. Apabila semuanya telah berjalan lancar dan projek telah berjaya, mereka mula bertanyakan ''bilakah kita akan memulakan projek baru pula ? '', jelas Ai Wewei dengan lirik senyuman bangga di wajahnya.






P/S : Gambar last - Rupa sebenar kuaci yang dihasilkan oleh Karyawan Ai Wewei dan AJK beliau.

Sumber : the guardian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...