Thursday, 21 September 2017

Doa Majlis Ilmu

Susah betul nak google doa-doa untuk majlis rasmi ni. Jadi, dengan sedikit perahan otak, Abang Bisu up kan doa yang telah Abang Bisu create dan inovate kan sendiri, untuk majlis Seminar Kebangsaan Memperkasa Institusi Islam (SKMi) baru-baru ni (19 dan 20 Sept 2017). Siapa-siapa nak copy atau ambik silakan. Amal jariah untuk semua =)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, وَالصَّلاَة  وَالسَّلاَمُ عَلَى أشرف الانبيأ والمرسلين سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah Ya Kareem Ya Wadud,

Sesungguhnya pada pagi yang penuh bersejarah ini, kami berhimpun di sini, bagi menyatakan kesyukuran kami dan menjayakan (nama majlis). Justeru dengan itu Ya Allah, Kau rahmatilah majlis ini, berkatilah ia, kurniakanlah kepada kami kefahaman ilmu, sinarilah hati kami dengan cahaya hidayahMu. Semoga dengannya kami dapat menghayati dan mengamalkan apa yang kami pelajari.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Jika ada dikalangan kami pada hari ini yang diuji dengan kesusahan, maka Kau bantulah dia. Jika ada di kalangan kami yang diuji dengan kesakitan, maka kau sembuhkanlah dia. Jika ada di kalangan kami yang diuji dengan kesedihan, maka Kau khabarkanlah berita gembira buatnya. Jika ada dikalangan kami yang diuji dengan kesempitan, maka Kau lapangkanlah dia. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Memakbulkan.

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram

Kurniakanlah kepada kami hati yang tenang, jiwa yang tenteram serta ruh yang sentiasa mempunyai sifat syukur, sabar, ikhlas, dan amanah dalam melakukan setiap pekerjaan. Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, buruk sangka dan khianah. Sesungguhnya ia adalah penghalang kepada kami untuk menuju Syurga idaman.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ . اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ . رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة وَقِنَا عَذَابَ النَّار  .وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وبارك وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...