Wednesday 30 May 2012

Karya Islamik | Rezeki

Laju menjunam mencari makan. Itulah lagak stunt yang ditunjukkan oleh seekor burung Raja Udang a.k.a King Fisher ketika menjumpai mangsanya. Apa yang menariknya di sini, burung berbulu cantik ini berburu di sebuah kolam beku, kesejukkan airnya bak air batu. 

Asyik meneliti gambar di atas, ingin Abang Bisu utarakan satu soalan. Berkenaan hasil yang berjaya disambar oleh King Fisher ini. Berapa ekor ikankah yang berjaya disambar olehnya? Adakah Satu? Dua? Tiga? Atau ia keluar daripada air itu tanpa mendapat apa-apa pun? Cuba kalian teka.. HOho !!

Karya Info | Bakteria Pemakan Daging


**Amaran keras saya berikan kepada sesiapa yang fobia, geli, takut darah dan allergic supaya tidak klik untuk paparan seterusnya. Dibimbangi anda tidak dapat melupakan gambar yang anda pandang. 

Saturday 26 May 2012

Karya Sukan | Pengayak Berani Mati

Kecut perut kita memandang dari sini, kecut lagi perut mereka yang memandang sendiri kat sana. Tapi, mereka bertiga ni masih ada rasa gayat lagi ke? Dah bertaraf profesional kayakers.. Mungkin perasaan gayat tu mereka dah imune (lali) dah kot. Yelah.. Kalau asyik gayat je memanjang, macam mana nak ceburkan diri dalam bidang extreme seperti ini kan.

Friday 25 May 2012

Demimu.. Nyawa Ku Pertaruhkan

Apakah perkara pertama yang terlintas di fikiran anda apabila melihat gambar di atas? Tangan orang frust cinta bunuh diri? Tangan mangsa mati lemas? Mangsa banjir lumpur? Andai salah satu daripada pilihan jawapan di atas menjadi pilihan anda, anda sudah tersilap. Gambar di atas sebenarnya adalah tangan milik Boonchu Tiengtan yang berasal dari negara gajah putih ; Thailand.

Thursday 24 May 2012

Karya Sayu | Jangan Ambil Rumah Kami






Berat mata kita memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul. Berbuktikan gambar di atas sahaja, lihatlah bagaimana seorang abang kecil yang sedang menatang adiknya menangis, seolah-olah sudah mengetahui nasib diri mereka nanti; terbelakah ataupun tidak. 


Sekurang-kurangnya 1000 orang yang tinggal di perkampungan Kathmandu menjadi pelarian di bumi sendiri ekoran pihak polis merobohkan setinggan mereka. Perobohan itu berikutan  Kerajaan India memutuskan untuk mengusir hampir 10,000 orang yang telah mendirikan kem setinggan sepanjang sungai Bagmati, Nepal.


''Saya menangis apabila meihat jentolak merobohkan rumah kami,'' luah Manju Adhikari, 34 tahun, ibu kepada dua anak perempuan yang berusia 15 dan 17 tahun.


''Apabila anak-anak saya pulang dari sekolah, dia bertanya - di mana kita akan hidup ??- Saya tidak mempunyai jawapan untuk itu. Kami tiada tempat untuk dituju''


Tuesday 22 May 2012

Karya Foto | An Apple

An apple a day keeps the doctor away.. Tapi, ke mana gigi hadapan adik menghilang? Tertelan sekali dengan isi apple ke? Kalau tertelan, confirm kena pergi jumpa doktor juga (^_^)


Karya Foto | Sayu.. Bantulah Saya..

Lihatlah saudara-saudara seIslamku sekalian.. Bagaimana kanak-kanak perempuan ini berehat setelah penat mencari 'sesuap nasi' untuk dirinya sendiri.. Adakah kesusahan yang kita alami sama seperti apa yang dia alami?? Tepuk dada tanyalah diri sendiri..

P/S : Gambar dirakamkan di lorong Sufi Haji Ali, Dargah, India. 

Sumber : shadow dancing with mind

Karya Sayu | Bantu Kami..

Sayu hati ini bila melihatkan gambar seorang ibu bersama 2 anaknya; seorang terbaring di atas tanah yang basah ditimpa hujan. Ya, benar.. gambar yang diambil bukanlah bertempat di negara tercinta, Malaysia tetapi ia dirakamkan di jalan Jalalabad, Kota Nangahar di timur Kabul, Afghanistan.

Apa yang telah terjadi? Kenapa sampai begitu sekali? Di manakah suami yang memberi nafkah? Kemanakah saudara lelaki yang gagah? Di manakah kerajaan yang memerintah? Apakah benar Afghanistan sudah sedia seperti ini sebelum Amerika datang menjajah? Allaaaaahhu Rabbiii..

Andai di Malaysia, hati kecil ini mampu lagi berbisik mereka yang datang meminta-minta terdiri daripada sindiket [ berdalilkan khutbah Imam masjid besar Nilai yang menegaskan, jangan diberikan simpati kepada mereka yang meminta kerana kebanyakkannya terdiri daripada penipuan ] tetapi hati kecil ini tidak mampu melintaskan bisikkan mengatakan gambar yang disaksikan hanyalah lakonan.  

Ya Allah.. Aku hanya mampu berdoa dari kejauhan.. Bantulah setiap umat Islam yang berada di dalam kesusahan.. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Pertolongan..  


P/S : Bagi mereka yang yakin bahawa mereka yang memerlukan bantuan serta pertolongan itu bukanlah terdiri daripada sindiket yang tidak bertanggungjawab.. Ikhlaskan bantuan anda kerana Allah SWT. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui.

Monday 21 May 2012

Karya Islamik | Sesungguhnya..

''Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku.. Hanya kerana Allah, Tuhan Sekalian Alam''

Seorang kanak-kanak lelaki tetap tidak mengabaikan kefardhuan solat Jumaatnya apabila kawasan solat dipenuhi jemaah. Keazaman untuk dia menunaikan solat Penghulu Segala Hari itu berakhir di pagar besi yang menjadi tempat sujudnya. Allahu Rabbi !!Gambar dirakam oleh Mohamed al-Sayaghi semasa menghadiri perhimpunan anti-kerajaan di Sanaa, Yaman pada 18 Mei lalu.

Saturday 12 May 2012

Karya Sayu | Jangan Bunuh Saya Ibu ..

Marah. Sedih. Terkilan. Semua naluri itu bercampur baur di dalam hati kecil Abang Bisu sewaktu melihat rakaman video menyayat hati ini. AB tahu, kalian jua mempunyai perasaan yang sama. Mungkin jua kalian berfikir

"Mengapa dilepaskan geram terhadap anak yang tidak berdosa ini? Yang hanya mengerti dia dijanjikan bahagia oleh bidadari syurga sebelum ia dilahirkan ke dunia. Mengapa?"

Sebak tertahan akhirnya terjatuh jua air mata lelaki AB. Begitu sayu apabila melihatkan bayi yang dipukul ibunya sendiri itu masih merangkak mendapatkannya. Mungkin untuk meminta perlindungan daripada makhluk yang pernah mengandungkannya dulu. Mungkin juga ingin mengingatkan kembali tentang janji bidadari kepadanya bahawa ibu adalah pelindungku bukan yang membinasakanku.. :,-((

Ya Allah.. Selamatkanlah kami semua daripada perkara keji lagi terkutuk ini. Hanya pada-Mu kami memohon perlindungan.



P/S : Foto di atas tiada kena mengena dengan video yang ditayangkan. Kanak-kanak yang terlantar sedang tidur di atas tanah di kem pemindahan mangsa banjir di Sindh, Pakistan. Abang Bisu terpanggil untuk berkongsi perasaan sedih ini apabila terlihat gambar kanak-kanak berkenaan dan teringatkan kanak-kanak yang didera di negara kita.

Karya Foto | Ayuh.. Selamatkan Bumi Kita

Seorang kanak-kanak perempuan Brazil bersama bapanya berusaha menyampaikan mesej kepada manusia dunia agar menyelamatkan bumi daripada tenggelam kesan daripada paras air yang semakin meningkat. Isu pemanasan global kini semakin hari semakin mendapat perhatian umum. 

P/S : Hendaklah disedari, betapa gigih dan jitunya usaha yang dilakukan manusia, andai tidak disertai dengan keimanan kepada Si Pencipta, pasti tiada gunanya. Keyakinan untuk menyelamatkan dunia kurang manfaatnya jika dibandingkan dengan satu usaha yang mereka abaikan. Mengapa dan apakah usaha yang diabaikan tersebut? Kerana suatu hari nanti, sang dunia pasti kan hancur binasa jua. Usaha yang diabaikan itu adalah usaha mereka untuk menyelamatkan diri mereka apabila dibicarakan dihadapan Pemilik Dunia, yang mana ketika itu ia telahpun tiada.

Friday 11 May 2012

Karya Haiwan | Sumpahan Biri-Biri Biru

Bahana dari menderhaka kepada ibu bapa mereka, biri-biri ini telah disumpah oleh kedua-dua orang tuanya. Warna bulu yang asalnya putih melepak sekarang telah bertukar kepada biru kebiruan. Mengerikan bukan ?? Cewwaahh !! Suspen tak korang baca ?? HOho !! Realiti sebenar bukan seperti apa yang dibaca. Meh sini Abang Bisu cerita sikit apa yang berlaku actually. (^_^)

Bertempat di luar Istana Schwerin, Jerman.. Arca biri-biri biru ini dikumpulkan oleh dua orang seniman Jerman :- Rainer Bonk & Bertamaria Reetz. Mereka berdua ni telah mengembara mengelilingi Eropah selama 3 tahun. Selama perjalanan mereka itu, sebanyak 50 Kedutaan Antarabangsa telah menjadi tempat persinggahan mereka. Oleh itu, sebanyak 50 ekor biri-biri dicreate simbolik bagi pengembaraan mereka itu.



Tapi, kenapa biri-biri tersebut diwarnakan dengan warna biru ?? Kenapa tak dibiarkan je mereka kekal dengan warna asal mereka iaitu putih ?? Haaa.. Kalian sedia maklumkan warna biru di dalam bendera Malaysia kita bermaksud apa ?? Perpaduan kan ?? So.. Biru pada badan patung biri-biri ini juga bermaksud 'keamanan dan perpaduan' di dunia. Salah satu perkara yang harus diberikan pujian kepada mereka di atas usaha mengamankan dunia yang semakin huru-hara. 

Karya Hebat | Kecantikkan Spiral Jetty

Foto yang diambil dari ruang legar terbuka udara ini cukup menarik perhatian Abang Bisu. Sekaligus ia merangsang jemari AB untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang amat terhad ini dengan kalian semua.

Apa yang mata kalian pandang ini adalah satu jeti yang dihasilkan daripada lumpur, garam, batu, tanah dan air. Terbentuknya ia hasil dari sentuhan seni arkitek Amerika Syarikat, Robert Smithson pada tahun 1970. Spiral Jetty ini terletak di Great Salt Lake berhampiran Rozel Point di Utah, AS. Berukuran sepanjang 1,500 kaki (460m) dan selebar 15 kaki (4.6m), gegelung seumpama tumbuhan batang resam ini hanya boleh dilihat apabila air tasik Great Salt surut pada 4,197.8 kaki.


Ketika pembinaanya, negeri Utah mengalami kemarau teruk sehingga air tasik Great Salt pun turut sama terjejas. Oleh sebab itu, mengambil kesempatan di ruang yang ada, Mister Robert telah mengambil langkah positif untuk membinanya sebagai hasil seni muka bumi. Selang beberapa tahun, air tasik kembali normal dan ia telah menenggelamkan Spiral Jetty.
  
Selama hampir 3 dekad ia tidak kelihatan. Sehingga akhirnya, pada tahun 2004, air tasik Great Salt kembali surut selama setahun. Pada masa itulah, ia mula kembali famous  a.k. a terkenal sehinggalah sekarang.


Sumber : wikipedia

Kapal Solar Terbesar Dunia

Hasil sentuhan kejuruteraan Swiss, perekanya Mr. Raphael Domjan berjaya mencipta sebuah kapal solar terbesar dunia ( setakat laa ni ) yang diberi nama Turanor Planet Solar. Hasil kejuruteraan hebat ini, ia telah berjaya mencipta rekod dunia kapal solar pertama mengelilingi dunia bermula 27 September 2010

Kapal yang berukuran 537 meter persegi lebar dan 31 meter panjang ini disokong oleh enam blok besar bateri litium ion. Bateri ini berfungsi sebagai back up untuk dicas semula andai lautan tidak disinari cahaya matahari. Hampir 500 meter persegi badan kapal disaluti panel tenaga solar. Ia mampu mencecah kelajuan 14 knot, dan memuatkan seramai 40 orang penumpang.



Thursday 10 May 2012

Karya Haiwan | Kekuatan Seekor Semut

Jika di Google di dalam internet, anda akan mendapati begitu banyak fakta yang menyatakan tentang kekuatan seekor semut. Ada yang mendakwa mereka mampu mengangkat sesuatu barang yang seberat 100x ganda berat badan mereka. Ada jua yang menyatakan 50x ganda. Tidak kurang yang mem'fatwa'kan 20x ganda. Sejauh manakah kebenaran dakwaan mereka ?? Mungkin setiap mereka mempunyai hujjah dan pendapat tersendiri melalui kajian, pembacaan atau copy paste info yang diberikan Encik Google sahaja. HOho!!

Bagi Abang Bisu, info yang AB perolehi dari web animal tracks ini dijadikan rujukan. Betul ke tak betul, minta maaf la banyak-banyak neh. Diminta pada mana-mana doktor pakar bab serangga ini mengesahkan kesahihan semua fakta di atas. Tapi, apa-apa pun, semut merupakan seekor serangga yang kuat. Berdasarkan foto-foto yang diambil oleh Encik Eko Adiyanto, 40, fakta mereka adalah serangga kuat semakin boleh dipercayai.

Wednesday 9 May 2012

Karya Foto | Lubang Ais

Penemuan sebuah lubang ais besar di Solheimajokull di selatan Iceland belum dapat diketahui secara terperinci tentang kewujudannya. Adakah ia kesan gempa bumi ?? Atau kesan daripada pergeseran isi bumi ?? Seorang ahli pengkaji bumi dengan beraninya turun ke dalam lubang besar tersebut untuk melihat dengan lebih dekat lagi isi kandungan yang terdapat di dalamnya. - Gambar oleh Jon Vidar.

Karya Islamik | Sayangilah Mereka . .


Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : '' Seorang wanita diseksa kerana ia mengurung seekor kucing hingga mati dan wanita itu pun masuk neraka : wanita tersebut tidak memberi kucing itu makan dan minum saat dia mengurungnya dan tidak membiarkannya untuk memakan buruannya '' [ Hadis riwayat Bukhari & Muslim ]

Daripada hadis di atas, dapatlah difahami bahawa perbuatan mengurung mana-mana binatang tanpa memberikannya makan dan minum adalah haram. Perbuatan tersebut akan mengundang padah kepada si pelaku. Wal'iyazabillahi min zalik.. Oleh itu, bagi semua penternak, jagalah haiwan ternakan kalian seperti kalian menjaga diri kalian sendiri. Sayangilah mereka. Ganjaran pahala yang amat besar akan Allah anugerahkan buat mereka yang mengasihi makhluk ciptaan-Nya.

Sumber : HasnulHadiAhmad

Sunday 6 May 2012

Karya Haiwan | Adakah Saya Seekor Penguin ??

''Adakah saya seekor penguin ?'' Begitulah agaknya persoalan yang bermain di benak otak  seekor ayam betina ini. Mengalami krisis identiti sejak dilahirkan, ayam yang diternak di Jinhu, wilayah Jiangsu di timur China ini tidak berjalan seperti rakan-rakannya yang lain. Sebaliknya, ia lebih selesa dengan berjalan lagak seekor penguin. Pengaruh Pingu agaknya ayam ini ?? Tak tahulah Abang Bisu pun. HOho !!

Penternak kepada ayam istimewa ini, Encik Liu Yong, seorang nelayan berkata, ''Ia memang begitu sejak menetas lagi. Akibat keanehan yang dialaminya, ayam-ayam lain tidak begitu rapat dengannya.'' Liu menambah lagi ''Paling ketara apabila malam menjelma. Rakan-rakannya yang lain akan terbang ke atas bumbung untuk tidur. Tetapi, ia tidak mampu terbang dan hanya akan tidur di atas tanah sahaja'' 

Panel Terbaru Tenaga Solar

Bagi memelihara kehijauan bumi dan menyelamatkannya daripada bahana Global Warming, ciptaan terbaru panel tenaga solar oleh Syarikat Solar Ivy, Brooklyn telah terhasil. Alat yang juga dinamakan Solar Ivy ini jauh lebih kecil, ringan dan comel daripada panel yang biasa kita lihat. Ia boleh dipasang di mana-mana tempat asalkan kawasan berkenaan menerima pancaran matahri. Bersistemkan SMIT ( Sustainably Minded Interactive Technology ), panel ini bukan sahaja mampu menjana tenaga daripada cahaya matahari bahkan ia juga mampu menjananya daripada angin.

Disebabkan penggunaan elektrik juga menyumbang kepada pemanasan sejagat, para negara Eropah telah mengambil langkah mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Caranya ialah, mereka memasang Solar Ivy berbentuk dedaunan anggur ini di dinding rumah mahupun lot parking bertingkat mereka. Jamu penglihatan anda dengan gambar-gambar menarik di bawah.



Karya Kreatif | Lukisan Tembok Batu [V.I.D.E.O]

Jika di Malaysia, mereka yang menconteng dinding dilabelkan sebagai vandalisme maker, tetapi di luar Malaysia mereka digelar artis. Label itulah yang diperolehi Alexandre Farto, pemuda kelahiran negara C.Ronaldo, Nani serta Deco, Portugal bumi star bola sepak dunia. Hoho !!

Membesar di Kota London, beliau 'menghidupkan' dinding-dinding batu yang 'mati' dengan sentuhan tangan ajaibnya. Bermula dengan semburan cat pada dinding tersebut, langkah seterusnya dibegar dengan tukul, pahat dan gerudi sebagai penanya.

Selain menghidangkan potret kreatif kepada orang ramai secara outdoor, beliau juga banyak menyertai pameran seni secara dalaman.. antaranya pameran di Muzium San Diego. Saksikan rakaman video karya beliau di akhir siaran post ini. Enjoy.. 




Saturday 5 May 2012

Karya Haiwan | Penyamaran Hebat

Cicak Gecko




Kehebatan penyamaran 'diorang' memang telah mencapai tahap profesionalisme kerjaya samar-menyamar. Sniper-sniper kelas dunia pun tidak mampu melakukan penyamaran sehebat mereka. Andai diperhatikan sekali lalu, sebagai contoh.. cicak Gecko di atas, pasti disangka daunan kering.

Kelebihan ini dianugerahkan Allah SWT kepada mereka sebagai protector agar keselamatan diri terjamin daripada pemangsa dan musuh-musuhnya di luar sana. Al-maklumlah, diri mereka ni kecil dan lemah. Jadi, kelebihan bertukar rupa ini adalah senjata terakhir mereka untuk mempertahankan diri.
Cicak Gecko

Cicak Gecko

Ikan

Friday 4 May 2012

Karya Haiwan | 'Mangsa' Beruang Kutub

Tersentak dengan tajuk karya di atas ? Keadaan sama juga dialami Abang Bisu apabila pertama kali melihat rakaman foto manusia 'dibaham' beruang kutub tersebut. Bagi meredakan perasaan dup dap dup dap yang bermain di dada, marilah kita sama-sama beristighfar ke hadrat Allah SWT.. Semoga dengan keberkatannya, kita diberikan ketenangan untuk menyingkap realiti sebenar apa yang berlaku di sebalik tirai gambarajah dipaparkan --- Astaghfirullahal'azim --- (^_^)

Baiklah. Apa yang berlaku sebenarnya tidaklah separah tajuk dan foto yang kalian lihat. Lelaki yang menjadi 'mangsa' kepada beruang kutub 'ganas' itu sebenarnya ialah Mr. Mark Dumas : individu yang bertanggungjawab menjaga serta membesarkan Agee, si polar bear sejak ia berumur 6 minggu. [Lihat gambar 3]
  

Karya Info | Timbunan Makhluk Putih

Apakah makhluk putih yang menimbun tinggi di atas ?? Adakah ia salji ?? Atau batu kapur ?? Atau garam ?? Tidak. Semuanya salah. Yang sebenarnya ia adalah timbunan kekabu a.k.a kapas yang dikumpul oleh pekerja kilang kapas yang terletak di Xinjiang, China. 

Industri kapas di negara China meningkat hampir 80%. Hal ini berlaku disebabkan negara pengeluar kapas lain seperti Pakistan dan India tidak mampu memenuhi permintaan negara pengeluar pakaian. Kedua-dua negara tersebut dilanda bah yang teruk baru-baru ini. 



Karya Foto | Kolam Garam

Sesiapa yang familiar dengan perkataan Trypophobia, pasti tidak asing lagi dengan foto-foto yang disiarkan. Akan tetapi, kalian jangan tersilap mentafsir. Foto-foto ini bukanlah dari spesis trypophobia tersebut sebaliknya ia adalah Teguidda n Tessoumt atau dalam bahasa Melayunya , kolam garam yang terletak di Nigeria. Kolam itu dibina bertujuan untuk proses pemejalwapan garam yang bertindak balas dengan terik matahari. Sumber : finedininglovers



P/S : Kepada sesiapa yang tak tahan geli-geleman, jangan klik link Trypophobia. Dibimbangi anda akan mengalami sindrom tak lalu makan pulak nanti.

Karya Islamik | Rahmatilah Mereka . .

Berkata Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW : 
اِرحَمُوا مَن فِي الأَرْضِ يَرحَمُكُم مَن فِي السَّمَاءِ
'' Rahmatilah mereka yang berada di bumi, nescaya kamu akan dirahmati Mereka yang berada di langit ''
Terkadang, timbul satu persoalan di fikiran " Bagaimanakah rahmat @ kasih sayang yang sepatutnya kita berikan kepada mereka yang berada di sekeliling kita ?? " dan di sini, Abang Bisu ada selitkan jawapannya :- 
Rahmatilah si Jahil dengan Ilmu,
Rahmatilah si Hina dengan Kemuliaan,
Rahmatilah si Miskin dengan Harta,
Rahmatilah si Lemah dengan Kekuatan,
Rahmatilah Kanak-Kanak, Orang Tua & Binatang dengan Kasih Sayang,
Nescaya Seluruh Alam akan merahmati Kamu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...