Wednesday, 30 May 2012

Karya Islamik | Rezeki

Laju menjunam mencari makan. Itulah lagak stunt yang ditunjukkan oleh seekor burung Raja Udang a.k.a King Fisher ketika menjumpai mangsanya. Apa yang menariknya di sini, burung berbulu cantik ini berburu di sebuah kolam beku, kesejukkan airnya bak air batu. 

Asyik meneliti gambar di atas, ingin Abang Bisu utarakan satu soalan. Berkenaan hasil yang berjaya disambar oleh King Fisher ini. Berapa ekor ikankah yang berjaya disambar olehnya? Adakah Satu? Dua? Tiga? Atau ia keluar daripada air itu tanpa mendapat apa-apa pun? Cuba kalian teka.. HOho !!



Ya. Sesiapa yang meneka ia berjaya menyambar tiga ekor ikan sekaligus, jawapan anda tepat. Bagi yang tak berjaya.. Lain kali cuba lagi ok. Relax. Tenang. Uji minda seterusnya akan menyusul. (^_^)


Benarlah apa yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam surah at-Talaq, ayat 2 dan 3 berkenaan sesiapa yang bertawakkal kepada-Nya akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka.

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجعَل لَهُ مَخرَجًا (۲) وَيَرزُقهُ مِن حَيثُ لَا يَحتَسِبُ  وَمَن يَتَوَكَّل عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسبُهُ  إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمرِهِ  قَد جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيءٍ قَدرًا)
Sumber : alim.org

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...