Wednesday 13 June 2012

Karya Kreatif | Potret Dari Rumput

Apa yang kita ketahui, rumput hanyalah berguna kepada haiwan ternakan seperti lembu, kambing, kerbau dan seumpamanya lagi. Dalam arena sukan pula, rumput merupakan satu komponen penting bagi menjamin kualiti permainan tersebut. Lihat sahaja permainan kegemaran ramai, bola sepak contohnya. Seandainya padang bola tersebut mempunyai kualiti rumput yang kurang menyenangkan, pasti gol sukar dijaringkan. Begitu juga dengan keaslian rumput itu sendiri. Jika ianya sintetik, feeling untuk beraksi 100% sukar dicapai. Tak gitu Harimau Malaya ?? (^_^)


Apa yang kalian perhatikan di dalam gambar yang terpapar, potret tersebut sebenarnya dilukis menggunakan rumput. Wahh !! Hebat bukan ?? Inilah hasil sentuhan kreatif warga England Heather Ackroyd dan Dan Harvey. Mereka menggunakan kadar cahaya untuk mempengaruhi pigmen warna yang terdapat pada rumput umtuk menghasilkan lukisan yang diingini.


Mengakui bahawa mereka bukanlah pencetus kepada idea kreatif ini, mereka memberitahu bahawa idea asal karya kreatif ini adalah milik jurugambar William Henry Fox Talbot yang hidup pada tahun 1844. Mereka berdua menghabiskan masa selama lebih sedekad untuk mempelajari serta menyelidiki proses sensitif pigmen warna rumput pada cahaya ini. Kini, kedua-duanya sedang berkhidmat di Institut Padang Rumput dan Penyelidikan Alam Sekitar di Wales.


Sumber : ackyordandharvey

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...