Wednesday, 20 June 2012

Karya Haiwan | Perbarisan 5,000 Itik

Akibat kawanan itik yang dianggarkan sebanyak 5,000 ekor membanjiri jalan raya, keadaan sesak teruk melanda Timur Taizhou, China. Itik-itik yang ingin dibawa oleh tuannya Mr. Hong ini ke sebuah kolam terpaksa 'memakan' bahagian jalan pengguna lain kerana jumlah mereka yang terlalu banyak.

Dengan hanya menggunakan kayu sebagai alat mengawal lalu lintas, pengusaha itik ini berjaya membawa haiwan ternakannya ke destinasi yang dijanjikan. Tahniah diucapkan kepada sang itik kerana memberikan kerjasama kepada Mr. Hong dan disiplin yang tinggi ketika menggunakan jalan raya. Apakah disiplin yang ditunjukkan??




Disiplin yang ditunjukkan :- Berjalan dalam barisan - [versi itik] dan tidak menggunakan telefon ketika menggunakan jalan raya. HakHak.. (^_^)

Sumber : dailymail

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...