Showing posts with label Karya Lucu. Show all posts
Showing posts with label Karya Lucu. Show all posts

Saturday, 3 August 2013

Karya Lucu | Suamiku Seorang Pelupa


Malas aku nak ulas panjang2. senang cerita, suami aku ni memang susah nak ingat benda2 yang dia rasakan tak penting. nak kata nyanyuk umur baru 27 tahun. nak kata sakit, sehat je dia aku tengok. hmm.. entahlah labu.

Dari tutup lampu toilet, cari baju singlet hatta name tag nama dia, semua dia tak ingat letak kat mana. kalau nak tu, aku lah orang kanan dia yg menggeledah tempat persembunyian dan mencari barang2 yg ‘hilang’ tu.

Monday, 23 April 2012

Karya Lucu | Selamba Badak

Tanpa menghiraukan ribuan mata yang memandang, seorang jurukamera dengan selamba badaknya membawa sekaki tangga untuk tujuan penggambaran. Berlokasi di dataran Kim II Sung, Korea Utara, mereka berkumpul untuk mengecam Presiden Korea Selatan ; Lee Myung Bak dan menyatakan kesetiaan mereka kepada Presiden negaranya ; Kim Jong Un.

Friday, 13 April 2012

Bunuh Diri Tapi Tak Mati

Ngeri
Bagi mereka yang berumur 18 tahun ke bawah dinasihatkan supaya memanggil ibu bapa bersama andai ingin melihat paparan video ini. Ia mengandungi aksi seorang lelaki yang ingin membunuh diri tetapi tidak berakhir dengan kematian. Sebab mengapa dia ingin membunuh diri tidak dapat dipastikan. Saksikan kesudahannya..



Hehe.. Ngeri tak ? Peace (^_^)v

Karya Lucu | Lembu dan Kereta Control

Curiousity
Rupa-rupanya bukan dalam jiwa manusia sahaja yang menebal sikap ingin tahu, tetapi ia juga terdapat dalam jiwa haiwan. Lihatlah video di bawah, bagaimana kawanan lembu tersebut seolah-olah ingin mengkaji pendatang baru yang cuba menceroboh kawasan mereka. Begitu mencuit hati. ( ^_^ )



Berani-berani takut. Sungguh lucu melihat telatah mereka memerhatikan 'bendalah' apakah yang kecil dan bergerak pantas tu. Arnab ke? Ke Pingu? Hehe.. Apalah keputusan dari kajian mereka tu ek? ;-P

Friday, 23 March 2012

Karya Lucu | Tembikai Oh Tembikai

Seorang peniaga tembikai di Bangladesh menahan perahunya daripada melanggar perahu peniaga lain.
Tembikai (nama botani: Citrullus Lanatus) atau dikenali dengan Timun Cina di Pantai Timur, Semangka merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika dalam famili Cucurbitaceae.
Penjelajah Afrika, David Livingstone, melaporkan bahawa terdapat banyak tembikai di padang pasir Kalahari, di mana ia tumbuh meliar dan dinamakanTsamma.
Tumbuhan berbunga ini mengeluarkan buah aksesori yang dipanggil 'beri palsu'. Buah tembikai ini mempunyai kulit yang licin dan isi (selalunya merah) yang berair dan manis. Nama Citrillus vulgaris juga kadangkala digunakan untuk merujuk kepada buah ini (vulgaris bermakna biasa).
Buah tembikai mengandungi vitamin A, kukurbisitrin yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan buang air kecil dan merawat masalah ginjal.
Setelah penat menelaah perihal tembikai, di sini Abang Bisu ingin berkongsi bersama kalian semua mengenai gambar-gambar lucu mencuit hati gelagat manusia dan si ' timun cina '. Holllaaa.. 

'' Bila mau kaya maaa.. '' Mungkin itulah bunyi keluhannya di dalam hati


Khusyuk menyusun tembikai. Peniaga di Hyderabad ini menimbulkan tanda tanya kepada Abang Bisu.. Macam mana dia menyusun buah tersebut ? Adakah dia memijaknya ? Misteri..

Kepenatan. Remaja Brazil tertidur keletihan di atas tembikai selepas seharian bekerja mencari rezeki.
Lelaki 3 kepala. HOho !!
Sumber : Wikipedia

Wednesday, 22 February 2012

Karya Sayu | Dalam Sekelip Mata Mereka Pergi Meninggalkanku


"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Sekian.

Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi Dipetik dari majalah UJANG.......
Hehe.. 1-0. Karya Lucu sebenarnya. Saja-saja nak kenakan korang. :p

Saturday, 18 February 2012

Karya Lucu | Budak Tembam Khusyuk Nyanyi Jatuh Kerusi

Comel Sangat!

Korang pernah tengok tak budak kecik menyanyi macam kat dalam konsert Opera? Rugi kalau korang tak tengok lagi. Budak ni dah la tembam, comel, debab pulak tu. Punyalah khusyuk dia nyanyi sampai tak perasan konsert yang dia buat sedang dirakam. Pentas dia cinonet je. Tapi cara dia nyanyi kalah artis yang nyanyi depan ribuan orang. Tak percaya? Tengok sampai habis. Confirm korang gelak golek-golek! Haha!



LOL!!! Geramkan tengok aksi dia? Korang rasa-rasa si debab ni menyanyi lagu apa? Pada firasat aku, dia tengah menghayati lagu TITANIC! Haha!


Ulang tengok untuk yang ke 100++ kali. ^_^


Credit to : RahmanBashri

Thursday, 16 February 2012

Karya Lucu | Bahana Stress [ V.I.D.E.O ]

Siap kau !!


Bagi mereka yang bekerja makan gaji baik di sektor kerajaan atau swasta, tekanan kerja memang tidak dapat dielakkan. Cara terbaik untuk menyelesaikannya ialah menanganinya dan bukan menghindarinya. Dengan harapan agar video-video ini dapat membantu mengurangkan stress korang, layanlah seminit dua. Selepas itu, jangan lupa untuk menunaikan kewajipan terhadap Allah SWT terlebih dahulu sebelum menunaikan kewajipan amanah pekerjaan yang telah diberikan oleh majikan. Semoga terhibur. HOho !!






Seeloknya.. hilangkanlah tekanan yang datang dengan berwudhuk dan mengadu pada Allah. =)

Monday, 13 February 2012

Karya Lucu | Kenapa Wanita Tidak Patut Bersenjata [ V.I.D.E.O ]

Senapang Patah


Sinonim bagi masyarakat Malaysia, 'permainan' bagi golongan Hawa hanyalah berkisar di ruang legar dapur sahaja. Mereka haruslah mahir menggunakan senduk, sudip, periuk, kuali dan lain-lain kitchen utensils lagi. Andainya kemahiran tersebut tidak mampu dikuasai, wajarlah mereka dianggap sebagai failure. Tapi itu dulu. Sekarang, keadaan telah berubah. Ramai wanita yang telah berjaya menjawat jawatan polis dan tentera, RELA mahupun JPA. Kalah 'Adam'. Dan bilamana mereka diberikan senjata, lihatlah apa yang terjadi. HOho !!



Friday, 10 February 2012

Karya Lucu | Kelalaian Membawa Padah [ V.I.D.E.O ]

Lucu dan Kasihan


Kehebatan seekor kucing dalam bidang terjunan dan lompatan memang tidak dapat disangkal lagi. Sikap berhati-hati yang dipamerkan mengalahkan Special Force. Tetapi, apa yang telah terjadi kepada mamat kucing dalam video ni ? Sabar dan perhatikan till the end. Kalau korang tak dapat bersabar jugak skip video ke saat 0.24. HOho !! 


Wednesday, 1 February 2012

Karya Lucu | Lebihan Muatan Melampau [ 20 Gambar ]


Antara kesalahan jalan raya yang mampu mengundang pihak JPJ dan trafik PDRM menyaman korang ialah membawa muatan lebih dari had yang dibenarkan. Di sini adalah gambar-gambar contoh yang boleh korang jadikan pengajaran dan iktibar bagi mengelakkan kenderaan korang di kompaun mereka. HOho !!









Tuesday, 17 January 2012

Planking Yang Layak diPelangkung


Apakah yang dimaksudkan dengan 'Planking' ?

Planking ialah berbaring telungkup atau meniarap di lokasi-lokasi yang tidak rata permukaannya. Cara seperti ini telah banyak diaplikasikan dinegara barat ketika sesi fotografi. Tidak kurang juga, fahaman yang tidak berwarna ini sebenarnya telah wujud di bumi bertuah, Malaysia Tanah Tumpah Darahku - Planking atas motosikal (kredit buat Mat Rempit Malaya).

Dikesempatan yang ada ini, ingin aku bawakan sedikit gambar-gambar Hebat tentang perihal planking yang layak untuk dipelangkung.






Sunday, 8 January 2012

Perghh!! Gaya Rambut Mengalahkan Artis Korea

Adakah korang semua merupakan K-POP Fans?? Kalau jawapannya adalah Ya, maka cuba korang perhatikan persaingan sengit yang dihadapi oleh artis-artis kesayangan korang tu. Persaingan versi hair cutting ini mungkin akan menjatuhkan reputasi tertinggi Korean Artist ke tahap paling bawah.






Friday, 6 January 2012

Stress ?? 10 Wajah Pengubat Stress

Korang mesti pernah mengalami 'stress' atau dalam bahasa melayunya 'tekanan' kan?? Bohonglah kalau korang tak pernah kestressan. Kat sini aku ada bawakan untuk korang ubat-ubatnya untuk menghilangkan stress korang. Apa yang perlu korang buat ialah LAYAN.. 










Perghh!! Hilang stress aku. Hoho!!

Thursday, 5 January 2012

Perghh!! Golongan 'El-Clasico' Mengganas

Kalau korang rasa diri korang dah cukup ganas dan dahsyat,korang sebenarnya silap. Ini kerana, kat luar sana masih ramai lagi yang mempunyai kuasa tahap Supernatural yang boleh mengalahkan korang dengan satu penangan sahaja. LOL!!. Apa yang lebih mengujakan lagi,mereka semua ni terdiri daripada golongan kelas yang teratas sekali (warga emas). Amek kau!!





Amacam?? Ada bran?? Aku pun kalah. Haha..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...