Thursday 25 July 2013

Tiadaku Dinanti, Hadirku Dimarahi..








Pagi itu, aku tidak mampu untuk meneruskan puasaku lagi. Akibat keletihan melawan cirit-birit dari malam tadi, aku benar-benar tidak larat. Mukaku yang putih kelihatan semakin ‘berseri’ kerana kehilangan banyak air dalam badan. Entah apalah yang aku makan ketika berbuka semalam. Setahu aku, apa yang suami makan itulah yang aku makan. Tapi, dia takdelah pulak terkena cirit-birit macam aku. 

‘’ Mungkin Allah ingin menguji aku agaknya,’’ getusku di dalam hati.

Jam 10 malam tadi, selepas siap bertarawih, perutku memulas-mulas. Kesakitan ini tidak hilang setelah sekali aku ke tandas. Bahkan, setelah berkali-kali pun, ia masih degil untuk pergi.

12.00 tengah malam : toilet..
1.30 pagi : toilet..
2.15 pagi : toilet..
3.30 pagi : toilet..

Sehinggalah ke waktu sahur, aku masih ke toilet. Tidurku terganggu dengan ketidakselesaan ini. Terima kasih ku ucapkan kepada suamiku kerana telah memberi segala macam ubat padaku. Bermula dari menelan gugusan pil Chi Kit Teck Aun sehinggalah meminum teh pekat, aku kisar semuanya dalam perutku. Namun natijahnya.. negatif.

Wednesday 17 July 2013

Bawa Anak Ke Masjid

Anida Aswani Abdul Hadi, 35, berkata membawa anak menunaikan solat Tarawih di masjid adalah amalan mulia, Cuma ibu bapa perlu memastikan anak mereka berkelakuan baik untuk mengelak mengganggu jemaah lain.

‘’Kita tidak mahu ibu bapa bawa anak ke masjid kerana tiada siapa yang ingin menjaganya di rumah. Jika anak nakal dan membuat bising, ia boleh jadi punca perselisihan faham antara jemaah lain. Tarawih adalah sunat dan jika terpaksa, lakukan saja di rumah,’’ katanya.

Bagi Lenny Herlina Agus Syariff, 37, ibu bapa perlu menerangkan kepada anak tujuan membawa mereka ke masjid adalah untuk beribadah bukan tempat bermain. Katanya, ada ibu bapa yang membiarkan anak mereka bermain dan tidak menghiraukan sensitiviti jemaah yang lain.

Didiklah Mereka Sebaiknya









Empat tahap mendidik anak mengikut Sunnah Rasulullah

Umur 1-7 tahun
Pada tahap umur kanak-kanak itu, Rasulullah saw menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak terbatas. Biarkan anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.


Sunday 14 July 2013

Izinkanku Pergi..


Aku ada abg.. Dah lama berpisah.. Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampung.. Satu pun x berbalas..

2 Tahun lepas.. Aku menikah tanpa izin abang.. Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia.. Sepanjang perkahwinan aku.. Aku x tenang.. Cuti sekolah yang lepas.. Aku ajak suami aku balik kampung.. Aku nak bersihkan rumah pusaka mak dan ayah.. Semasa membersih rumah usang tu.. Aku tersapu surat yang aku kirimkan pada abangku 2 tahun yang lalu.. Sebelum aku menikah suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Friday 12 July 2013

Kekasihnya Adalah al-Quran



Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba, dia terpandang suatu cahaya yang terang benderang yang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu, dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada dia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kubur yang bercahaya itu.

Thursday 11 July 2013

Karya Sayu | Andai Ini Takdirku..






















Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah payu dara.... dia dah mula cari spare tyre, dapat plak student IPTA..muda lagi. wife dia kena buang sebelah payu dara... kawan saya ni dah geli untuk bersama dengan wifenya. Bulan 12 tahun lepas, kawan saya kahwin dengan 2nd wife dia yang baru berumur 21 tahun....

Masa cuti Thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wife no.1. Dan yang paling kejam... wife no.1 kena keluar dari bilik master bed room.. untuk beri laluan kepada wife no.2... kejam kejam !! 

Friday 5 July 2013

Ketika Cinta Bertasbih




Pagi itu, selesai sarapan bersama, aku mengajak suami menonton tv. Filem Ketika Cinta Bertasbih. Filem romantik islamik simbolik cinta kami. Cewahhh.. Dia setuju. Kami sama-sama mengambil tempat di sofa yang baru dibeli. Bersandar kekenyangan menghadap TV.

45 minit berlalu. Tiba-tiba suamiku bangkit. Berdiri lalu melangkah menuju ke bilik. 

‘’Abang nak ke mana tu ?’’ tanyaku lembut.

‘’Jap. Abang nak ambil something..’’ jawabnya sambil tersenyum. 

Wednesday 3 July 2013

Karya Sayu | Terimalah Seadanya



..2 tahun dahulu, aku selamat melahirkan seorang puteri yang amat kami nanti. Alhamdulillah. Berkat kesabaran aku dan suami, Allah s.w.t akhirnya mengurniakan kami bayi comel ini. Namun, disebalik keriangan itu, tersembunyi di sudut hatiku satu perasaan yang amat aku tidak senangi. Ia datang tanpa aku undang. Ia timbul bilamana aku menyaksikan setiap suami yang datang menziarahi isteri masing-masing, datang dengan membawa hadiah. Ya. Sebagai tanda penghargaan buat mereka yang telah berjuang berhabis-habisan bertarung nyawa demi melahirkan zuriat keturunan sang suami ke dunia nyata.

Ada yang datang membawa hamper pakaian. Ada juga yang datang membawa sebakul buah-buahan. Tetapi, suamiku ?? Dia hanya datang membawa beg pakaianku dan baju baby yang baru aku lahirkan. Baju baby itu pun adalah ‘sedekah’ pemberian dari kakaknya. Baju yang tidak muat dipakai oleh bayinya dan telah pun usang.

Monday 1 July 2013

Karya Sayu | Kerana Dia Seorang Isteri










Subuh itu, sebelum bangkit dari pembaringan, aku merasa dahi dan leher isteriku yang demam. Masih panas. Dengan keadaan dia yang tak lalu makan dan ‘datang bulan’, dirinya lesu, lemah dan tak bertenaga. Aku capai cool fever malam tadi di dahinya lalu aku gantikan dengan yang baru. ‘’Semoga cepat sembuh ya Sayang’’ bisikku di telinganya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...