Wednesday 20 June 2012

Karya Haiwan | Perbarisan 5,000 Itik

Akibat kawanan itik yang dianggarkan sebanyak 5,000 ekor membanjiri jalan raya, keadaan sesak teruk melanda Timur Taizhou, China. Itik-itik yang ingin dibawa oleh tuannya Mr. Hong ini ke sebuah kolam terpaksa 'memakan' bahagian jalan pengguna lain kerana jumlah mereka yang terlalu banyak.

Karya Islamik | Kesejukkan Mata Hati


Berfirman Allah SWT di dalam al-Quranul Kareem :-

'' Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakanmu '' al-Alaq : 1

Monday 18 June 2012

Karya Auto | Basikal Halimunan

HOho !! Rekaan terbaru basikal dari China. Basikal Halimunan. Kreatif dan Kritis. Berkemungkinan akan berada di pasaran Malaysia Oktober ini. Harga berpatutan. Tiada sebarang AP atau cukai Kastam akan dikenakan kerana ia adalah halimunan. Seronok kan ??Theeee.. Peace Semua (^_^)v

Sunday 17 June 2012

Kesilapan Teknik Yang Membawa Padah

Scary

Menyeramkan. Begitulah yang mampu AB olahkan setelah melihat sendiri bagaimana seorang sensei yang tersilap teknik dengan secara tidak sengaja telah 'mencederakan' muridnya. Kalian tengoklah sendiri kesudahannya. Semoga pakcik mangsa tak apa-apa. HOho !!



P/S : Tuntutlah ilmu daripada guru-guru yang mursyid. Nescaya selamat dunia dan akhirat kita (^_^)

Karya Info | Tradisi Pelik Lompat Bayi


Tradisi pelik melompat bayi ini berlangsung di sebuah desa yang terletak di Sepanyol iaitu  desa Castrillo de Murcia. Tradisi pelik yang dijalankan oleh penganut Kristian aliran Katholik ini dinamakan El-Colacho -yang bermaksud syaitan-. Mereka mendakwa tradisi El-Colacho sudah diamalkan sejak tahun 1620-an.

Mengikut kepercayaan mereka, El-Colacho mampu menyelamatkan bayi-bayi kecil yang dilangkah oleh lelaki berkostum kuning daripada gangguan segala hantu dan syaitan. Ini kerana, syaitan-syaitan yang mendampingi bayi-bayi yang dibaringkan di atas tanah itu akan melekat pada lelaki berkenaan sebaik sahaja lompatan dilakukan.


Karya Kreatif | Arca Dari Dawai

Wahh !! Hebat sehh !! Tahukah anda sculpture yang dipaparkan di skrin media elektronik anda ini berasal daripada apa ?? Dah tahu ?? Alaa.. Tak suprise la macam ni. Ooo.. A ah. Lupa pulak beta. Tajuk kat atas nun, dah bagi tahu asal usul bendalah ni. Tak perasannn.. HOho !! (^_^)

Takpelah weh. Sekurang-kurangnya korang tak tahu lagi siapakah yang merekacipta barang baik ni kan?? Yeah.. Tu dia. Berpihak juga 1 kemenangan kepada beta. HOho !! Baiklah. Insan yang berkepala otak kreatif ini bernama David Oliveira. Beliau mencipta arca-arca seni kreatif berkenaan hanya menggunakan dawai. Kreatif bukan??

Thursday 14 June 2012

Karya Kreatif | Potret Pin Kayu

Dengan hanya melihat lakaran gambar yang tak berapa nak siap ni, pasti anda sudah mengenali wajah siapa yang dilakarkan oleh fotografi berbakat yang dirahsiakan dahulu namanya di sini. Siapa ?? Pirate of The Carribean ?? Kapten Jack Sparrow?? Aiwahh.. Betul tu. Dialah Johny Deep, hero lanun-lanun lautan dalam. HOho !! 

Wednesday 13 June 2012

Karya Kreatif | Potret Dari Rumput

Apa yang kita ketahui, rumput hanyalah berguna kepada haiwan ternakan seperti lembu, kambing, kerbau dan seumpamanya lagi. Dalam arena sukan pula, rumput merupakan satu komponen penting bagi menjamin kualiti permainan tersebut. Lihat sahaja permainan kegemaran ramai, bola sepak contohnya. Seandainya padang bola tersebut mempunyai kualiti rumput yang kurang menyenangkan, pasti gol sukar dijaringkan. Begitu juga dengan keaslian rumput itu sendiri. Jika ianya sintetik, feeling untuk beraksi 100% sukar dicapai. Tak gitu Harimau Malaya ?? (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...