Tuesday 27 March 2012

Karya Kreatif | Potret 3D dari Skru

Seorang lagi pereka kreatif dan berinovasi tinggi telah berjaya dijejaki oleh squad Abang Bisu. Walau di mana sahaja anda bersembunyi, dengan izin Allah nescaya akan terselongkar jua tempat persembunyiaan mu. HOho !! Scary tak ayat Abang Bisu ?? :-P. Bernama Encik Andrew Myers, beliau ini ialah seorang anak jati Jerman tetapi sayang telah dibesarkan di Ciudad Real, Sepanyol. Tapi takpelah, tak jadi isu pun sebenarnya. 

Mula berjinak-jinak dengan dunia seni ini sejak zaman kanak-kanak lagi. Membesar dalam seni, darah seninya semakin dahagakan ilmu untuk berkembang lebih jauh. Maka masuklah olehnya akan Institut Art of Southern California ( sekarang dikenali sebagai Kolej Laguna Seni dan Reka Bentuk ). Beliau yang semakin dewasa dari hari demi hari mula mencipta nama melalui karyanya yang dipaparkan di dalam majalah terkemuka Eropah antaranya H Magazine dan NBC San Diego.  

Popularitinya semakin laris. Sahamnya pun makin naik. Maklumlah, orang berbakat kan. Hasil gabungan idea klasik dan moden di dalam karyanya, beliau banyak memenangi anugerah-anugerah seni antaranya pemenang pertandingan Laguna Beach Public Sculpture dan pertandingan Sculpture 2008. Saksikan karyanya yang terbaik ini iaitu.. Potret 3D dari Skru.. Holllaa..






Monday 26 March 2012

Karya Islamik | Bersyukurlah..

Seorang kanak-kanak sedang meminum air dari lopak air yang diminum haiwan. Bertempat di kampung Duba Bule, pinggir bandar Moyale, berhampiran Oroma dan Somalia, dia terpaksa meminum air tersebut kerana sumber air yang terdapat di sana amat terhad.

 لَئِنْ شَكَرْتُمْ َلأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

“ Sekiranya kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu, sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azabKu amatlah pedih ”. Surah Ibrahim : ayat 7

* Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami dari kalangan mereka yang bersyukur seperti yang dinyatakan di dalam firman Mu di atas dan janganlah Engkau jadikan kami dari kalangan mereka yang kufur akan ni'mat Mu. Sesungguhnya kami tidak mampu menanggung azab seksa Mu yang amat pedih itu.

Karya Foto | Mentari Gua

Kecantikkan gabungan air, cahaya dan gua. Karya hebat ciptaan Allah SWT ini berlokasi di Xkeken, Mexico. SubhanAllah !!

Karya Foto | Saya, Baldi dan Air

Lihatlah sahabat-sahabatku, kecomelan baby-baby ini semakin terserlah apabila mereka di masukkan ke dalam baldi yang berisi air. Teringat pula zaman kecil-kecil dulu ketika menangis-nangis nak bersiram dalam baldi tetapi emak tak bagi. Huhu !!

DOA UNTUK MENDAPATKAN YANG ANAK SOLEH

ربِ هَب لِي مِن لدُنكَ ذريةً طيبةً إنكَ سَميعُ الدعَاء

“ Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan ” :- al-Imran : 38 


Saturday 24 March 2012

Karya Islamik | Terima Kasih Ya Allah


Busuk dan kotor. Hanya dua perkataan ini yang dapat menggambarkan sumber air minuman yang mereka mampu perolehi. Kehidupan penduduk setinggan Mirpur di Dhaka,Bangladesh menidakkan mereka untuk memilih sumber bekalan air bersih selain daripada air daripada paip-paip pecah yang mereka temui. Disebabkan jumlah penduduknya yang terlalu ramai, mereka perlu beratur berjam-jam lamanya sekiranya mereka ingin mendapatkan bekalan air yang bersih.

Begitulah kehidupan manusia di negara yang susah. Sama-samalah kita muhasabah diri, adakah kehidupan kita sesukar itu sehinggakan terpaksa makan dan minum dari sumber yang kotor? Sudah tentu tidak, bukan? Kita sepatutnya bersyukur kerana negara kita dilimpahi dengan rahmat dan ni'mat kehidupan yang jauh lebih sempurna dari mereka yang berada di negara-negara yang susah. Jangan disebabkan kesenangan yang kita peroleh sekarang ini menyebabkan kita lalai dengan kurniaan yang diberikan itu. 

Bersyukurlah duhai saudara-saudaraku sekalian. Berimanlah dengan firman Allah yang bermaksud " Sekiranya kamu bersyukur, akan Ku tambahkan nikmat Ku untukmu. Dan sekiranya kamu kufur (tidak bersyukur) sesungguhnya azabku amat pedih. "

Nota kaki : Gambar ini telah memenangi tempat pertama pertandingan Water Integrity Network  2 (WIN 2) sempena Hari Air Sedunia.


Sumber : transparency

Karya Haiwan | Keajaiban Beluncas

Beluncas atau Ulat Bulu sememangnya terkenal dengan teknik penyamaran yang unik. Selain bermodalkan rupa yang bengis, ia juga mampu membuatkan pemangsa yang mengancamnya terseksa dengan kegatalan yang amat apabila bendalir berbisanya terkena kulit. 

Apabila memikirkan perihal si Beluncas ini memprtahankan diri, maka teringatlah akan Abang Bisu satu Hadis Kekasih Allah SAW tentang kewajipan mempertahankan diri yang bermaksud :-

" ..Sesiapa yang mati kerana mempertahankan dirinya, maka dia syahid. Sesiapa yang mati kerana mempertahankan keluarganya, maka dia syahid. Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya, maka dia syahid.."




Friday 23 March 2012

Karya Foto | Terusan Ais

Gambar ini telah dirakamkan oleh seorang jurufoto bernama James Balog. Gambar ini diberi nama "Chasing Ice" yang menunjukkan perubahan struktur ais di Artik. Biar sehebat manapun karya seorang jurufoto, hanya kuasa Allah SWT yang mampu mencipta fenomena ini.

Karya Foto | Grafitti Pertama Alaska

Angkara Geng Beruang Kutub, grafitti pertama di Kutub Utara, Alaska berjaya direkodkan. Hasil kerja tangan geng tersebut, sejarah telah tercipta di dalam dunia grafitti. Pihak polis yang mengawal pengairan di sana juga seolah-olah kebuntuan idea mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menangani 'kekeretifan' geng berkenaan. 

Karya Foto | Kapal Selam Peluncur Ombak

Sama ada Realiti atau Adobe Photoshop atau Super Impose.. Pihak KB tidak dapat memastikannya. Tapi, foto ini telah berjaya meraih tempat permulaan di dalam Karya Foto Karyawan Bisu. Tahniah !! 

Karya Lucu | Tembikai Oh Tembikai

Seorang peniaga tembikai di Bangladesh menahan perahunya daripada melanggar perahu peniaga lain.
Tembikai (nama botani: Citrullus Lanatus) atau dikenali dengan Timun Cina di Pantai Timur, Semangka merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika dalam famili Cucurbitaceae.
Penjelajah Afrika, David Livingstone, melaporkan bahawa terdapat banyak tembikai di padang pasir Kalahari, di mana ia tumbuh meliar dan dinamakanTsamma.
Tumbuhan berbunga ini mengeluarkan buah aksesori yang dipanggil 'beri palsu'. Buah tembikai ini mempunyai kulit yang licin dan isi (selalunya merah) yang berair dan manis. Nama Citrillus vulgaris juga kadangkala digunakan untuk merujuk kepada buah ini (vulgaris bermakna biasa).
Buah tembikai mengandungi vitamin A, kukurbisitrin yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan buang air kecil dan merawat masalah ginjal.
Setelah penat menelaah perihal tembikai, di sini Abang Bisu ingin berkongsi bersama kalian semua mengenai gambar-gambar lucu mencuit hati gelagat manusia dan si ' timun cina '. Holllaaa.. 

'' Bila mau kaya maaa.. '' Mungkin itulah bunyi keluhannya di dalam hati


Khusyuk menyusun tembikai. Peniaga di Hyderabad ini menimbulkan tanda tanya kepada Abang Bisu.. Macam mana dia menyusun buah tersebut ? Adakah dia memijaknya ? Misteri..

Kepenatan. Remaja Brazil tertidur keletihan di atas tembikai selepas seharian bekerja mencari rezeki.
Lelaki 3 kepala. HOho !!
Sumber : Wikipedia

Thursday 22 March 2012

Karya Arkitek | Keceriaan Tebing Maut Manarola

Perkampungan Manarola yang terletak di Kota Cinque Terre , Itali ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Melalui pemerhatian sekali imbas, fikiran kita pasti mampu menafsirkan apakah data tarikan yang terdapat di sini. Ya, tepat sekali. Pertama :- Rumahnya yang berwarna-warni. Kedua :- Perumahan tersebut terletak di atas bukit batu yang tiada sempadan untuk memisahkannya dari terus terjunam ke dalam laut.

Perkampungan yang mula dibina pada tahun 1338 dikatakan merupakan perkampungan tertua yang terdapat di Kota Cinque Terre. Sejak akhir-akhir ini, perkampungan menjadi tarikan pelancong dari dalam ataupun luar negara. Ini disebabkan oleh dua faktor di atas selain faktor tambahan iaitu kejernihan lautnya, trek berbasikal mencabar dan jaraknya yang berhampiran dengan ladang anggur segar.

Wednesday 21 March 2012

Karya Kreatif | Mengukur Alam Semesta


Seorang artis kelahiran Slovakia, Roman Ondák telah melahirkan sebuah karya kreatif tanpa memerlukan usaha yang keras. Percaya atau tidak beliau tidak perlu menggunakan sebarang kemahiran tetapi hanya menggunakan buah fikiran.

Beliau telah membuat pameran di Museum of Modern Art di bandar New York pada 2007. Bermodalkan sebuah bilik putih kosong tanpa sebarang perabot dan juga beberapa batang marker pen dakwat hitam. Apa yang beliau lakukan hanyalah dengan menjemput orang ramai hadir ke pameran tersebut dan mereka dikehendaki mengukur ketinggian seterusnya menandakan ketinggian mereka di dinding kosong tersebut.

Bermula dari sebuag bilik kosong berdinding putih, lama kelamaan bilik tersebut bertukar menjadi sebuah bilik karya kreatif yang mempamerkan pelbagai ukuran ketinggian ribuan pengunjung yang datang ke pameran itu sendiri. Dari jauh tulisan-tulisan yang ditulis dengan menggunakan format nama dan juga tarikh ukuran ketinggian itu dicatatkan kelihatan seperti ribuan lebah yang sedang berterbangan mengelilingi bilik tersebut. 







Tuesday 20 March 2012

Karya Arkitek | Setinggan Kota Caracas

Antara dua darjat. Itulah pemandangan yang dapat kita lihat di kotaraya Caracas. Biarpun perumahan setinggannya hanya diselangi sebatang jalan raya, kerajaan Venezuela seakan tidak mempunyai perancangan untuk merobohkan perumahan rakyatnya. Begitu memahami dan berjiwa rakyat kerajaan mereka. HOho !!

Kawasan yang terletak berhampiran Laut Caribean ini dipisahkan oleh 2200 meter Gunung Cerro Avila dari laut tersebut. Pada tahun 2008, dianggarkan kira-kira 4 juta penduduk menetap di kotaraya bertaraf metropolitan ini. Bagaimanapun, jumlah populasi dan kepadatan penduduknya telah menyusut sebanyak 2 juta orang pada tahun berikutnya. Saksikan kepadatannya..



Monday 19 March 2012

Karya Hebat | Pelangi di Ladang Tulip

Seakan pelangi di bumi, Belanda berjaya menawan jutaan hati pencinta bunga apbila ia menyediakan satu kawasan ladang untuk projek penanaman Tulip. Tujuan utama projek ini adalah sebagai salah satu sumber pendapatan negara Belanda. Bunga-bunga yang ditanam ini akan dieksport ke kedai bunga dan pasaraya seluruh dunia untuk pelbagai tujuan tersendiri.

Dianggarkan lebih daripada 3 bilion pokok tulip ditanam di Lisse, barat Belanda ini. Projek penanaman yang bermula sejak 400 tahun dahulu di bumi Belanda ini bermula pada bulan Mac dan akan 'matang' pada bulan Ogos setiap tahun untuk dipetik. 

Penemuan warna tulip yang pelbagai ini mula berkembang pada kurun ke 17 apabila fenomena 'Tulipmania' menggila di Eropah. Namun, kekekalan warna ladang yang begitu menarik minat ini akan hilang apabila tapak tulip bertukar menjadi tapak penanaman sayur-sayuran selepas sessi penuaian.



Sunday 18 March 2012

Karya Hebat | Kecantikkan Grafik Alam

Jika mata anda mengatakan bahawa apa yang ia pandang ini adalah sebuah lukisan maka ia telah tersilap. Jika 'mereka' menyatakan bahawa ia adalalah cairan coklat berbentuk pokok, maka ia juga telah tersalah. Dan, jika mereka mentafsirkan bahawa ini adalah sebuah aliran sungai yang telah kekeringan airnya, maka itu adalah jawapan yang tepat. Seungkap tahniah wajar dikalungkan  buat 'mereka' yang berjaya membuat pentafsiran tepat itu.


Sungai kering yang bertempat di padang pasir Baja California Mexico ini, menampilkan satu kelainan yang amat menakjubkan. Seolah-olah seperti lakaran potret pohon kering, fotografi hebat Adriana Franco berjaya mengabadikan karya agung ciptaan Ilahi ini di dalam lensa kameranya. Beliau kemudiannya mengirimkan foto ini kepada pihak National Geografi untuk dikongsikan bersama. Walllaaahh.. 




Sumber : National Geographic

Karya Haiwan | Kambing Pokok

Perihal kambing. Jenis-jenis kambing yang sinonim di telinga kita adalah seperti kambing gurun, kambing gunung, kambing biri-biri dan tidak ketinggalan juga kari kambing.. Nyum nyum.. HOho !! Apa yang menarik di dalam post Karyawan Bisu pada kali ini ialah mengenai Kambing Pokok

Kambing yang menghuni negara Maghribi ini dikurniakan kemahiran untuk memanjat pokok mengalahkan gaya seekor harimau kumbang. Pokok yang selalu menjadi mangsa keadaan si kambing ini ialah Pokok Argan. Kemahiran yang dianggap luar biasa ini terevolusi terhadap diri si kambing kerana keadaan muka bumi tempat mereka digembalai kering kontang, tandus tidak berumput. 

Sebelum ada mulut-mulut gatal memprotes dan mendakwa bahawa gambar yang di 'upload' kan ini adalah Adobe Photoshop atau Super Impose, saksikan rakaman visualnya di akhir artikel ini. Panasss..  




Sumber : Mail Online

Monday 12 March 2012

Karya Haiwan | Ikan Pembawa Petanda

Beribu-ribu ikan sardin seolah-olah 'hilang akal' apabila secara sukarela datang menyerah diri kepada nelayan. Fenomena yang jarang berlaku ini terjadi di pantai Acapulco, Mexico. Keganjilan sikap kawanan sardin ini telah menarik perhatian penduduk setempat turun 'melawat' kawasan pantai. Apatah lagi para nelayan, semestinya mereka tidak akan melepaskan peluang yang terhidang di depan mata mereka. Jala-jala dan joran diletakkan di tepi dan baldi menjadi alat utama untuk menangkap ikan kali ini. 

Menurut nelayan tempatan, Carlos Morales, fenomena ini memang amat jarang terjadi. Ia mungkin di sebabkan dari kesan gempa bumi yang terjadi di Jepun. Menurut salah seorang ahli Geologi Amerika Syarikat pula, Kaya Briggs, beliau tidak dapat memastikan apakah sebab sebenarnya ikan-ikan sardin tersebut datang membanjiri pesisir pantai Acapulco. Beliau juga tidak menolak pendapat nelayan tempatan bahawa fenomena itu terjadi ekoran tsunami di Jepun.





Binatang kebanyakkannya mengetahui bencana alam yang bakal berlaku lebih dahulu daripada manusia. Sama seperti apa yang terjadi di Acheh, ribuan ekor ikan datang membanjiri pesisir pantainya sebagai peringatan kepada manusia bahawa tsunami dahsyat akan melanda. SubhanAllah..

Sumber : daily mail

Wednesday 7 March 2012

Karya Arkitek | Rumah Pelik Yang Jarang Kita Lihat

Di Malaysia kita biasa mendengar dan melihat rumah-rumah seperti rumah teres, rumah banglo, rumah semi-D, rumah flat, rumah kondo, rumah panjang dan sebagainya kan? Tapi pernah tak kita mendengar mengenai rumah dalam tanah dan rumah gua? Mesti jawapannya TAK kan? Okey hari ni KB nak share inforumah-rumah pelik ni dengan korang semua. Jom tengok!


1. Stunning Buried Houses in Vals, Switzerland
  • Direka khas oleh seorang arkitek bernama Kristian Müller
  • Hampir keseluruhan bahagian rumah ini terbenam dalam tanah kecuali pada satu bahagian di pintu masuk
  • Rumah ini sangat selesa didiami dalam musim sejuk atau panas tanpa menggunakan sebarang bantuan alat penghawa dingin atau pemanas badan.



2. 700 Year Old Iranian Caves Houses
  • Terletak di kaki Gunung Sahand, Timur Laut Iran
  • Rumah-rumah ini diukir daripada timbunan batu gunung berapi





3. Hidden Lair Tucked under Mounds of Green Grass
  • Terletak di 
  • Direka bentuk oleh Vaire Architektur
  • Terdiri daripada 9 buah rumah :-
    • 3 buah rumah 3 bilik
    • Sebuah rumah 4 bilik
    • Sebuah rumah 5 bilik
    • 3 buah rumah 6 bilik
    • Sebuah rumah 7 bilik
  • Rumah ini disusun membentuk kluster mengelilingi tasik













    4. Gourgeous Modern Home Built Inside Cave

    • Dibina di dalam gua batu pasir berukuran 15,000 kaki persegi
    • Gua ini terletak di Festus, Missouri
    • Reka bentuk oleh Curt dan Deborah Sleeper































    5.Gary Neville's Flower Shaped Zero Carbon Home
    • Dimiliki oleh bintang bola sepak British terkenal Gary Naville
    • Terletak di Bolton Council, United Kingdom
    • Rumah satu tingkat ini berkeluasan 8,000 kaki persegi


























    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...