Showing posts with label Karya Sukan. Show all posts
Showing posts with label Karya Sukan. Show all posts

Friday, 3 August 2012

Karya Sukan | Demi Sebutir Pingat

Mungkin ramai yang teruja dengan kemampuan China meraih begitu banyak pingat emas di Temasya Olimpik 2012 hinggakan mampu mendahului Amesika Syarikat - 020812-. Tetapi mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana mereka melatih anak-anak kecil mereka demi meraih sebutir pingat. Berpandukan reaksi yang ditunjukkan anak-anak kecil di dalam gambar dipaparkan, ulasan tentangnya tidak diperlukan lagi. Gambar-gambar mereka seolah-olah mengeluarkan bunyi tangisan akibat kesakitan yang perlu dikorbankan untuk mencapai cita-cita negara mereka.. China Is The Greatest. Kesian.. But what can i do.. (-_-)

Saturday, 26 May 2012

Karya Sukan | Pengayak Berani Mati

Kecut perut kita memandang dari sini, kecut lagi perut mereka yang memandang sendiri kat sana. Tapi, mereka bertiga ni masih ada rasa gayat lagi ke? Dah bertaraf profesional kayakers.. Mungkin perasaan gayat tu mereka dah imune (lali) dah kot. Yelah.. Kalau asyik gayat je memanjang, macam mana nak ceburkan diri dalam bidang extreme seperti ini kan.

Monday, 13 February 2012

Karya Sukan | 110M Lari Merempuh Pagar [ V.I.D.E.O ]

Hahaha


Tiada kata yang layak dikeluarkan melainkan Haha. Tiada ayat yang sesuai dizahirkan melainkan HOho. Tiada ungkapan yang patut diucapkan melainkan Wahkahkah. Begitu lucu. Dah lah tak mampu nak lompat pagar, main rempuh pulak tu. Tak cukup rempuh pagar sendiri, pagar orang lain pun dibelasahnya. Kalau menang berbaloi lah jugak usaha dia tapi kalah. Hahaha. Korang layan la dulu. Aku nak sambung gelak. HOho !!


Karya Sukan | Perejam Lembing Merejam Manusia [ V.I.D.E.O ]

Mentahkutkan


Bagi atlet-atlet yang berada di luar sana, berhati-hati lah bila korang berjaya menempatkan diri ke Olimpik atau Komanwel atau Sea Games atau mana-mana games yang ada dipertandingkan acara 'Rejam Lembing'. Hatta kat sekolah sekalipun. Mengapa ? Kerana, dibimbangi akan terjadi insiden seperti dalam video yang bakal korang tonton nanti ni. Untuk makluman, video ini mengandungi unsur-unsur ngeri kelas pertengahan yang secara tidak sengaja dingerikan. Saksikan.. 

Saturday, 11 February 2012

Karya Sukan | Bila Ahli 'Wrestling' Minta Kerusi [ V.I.D.E.O ]

Extreme Bai..


Setiap kali ditayangkan WWE, pasti kedai-kedai kopi akan dipenuhi peminatnya daripada pelbagai lapisan. Nak tengok kat rumah, orang rumah pulak tak minat. So, lepak kat kedai mamak la lagi best. Ada yang mengatakan bahawa mereka yang beraksi dalam arena wrestling ni hanyalah berlakon semata-mata. Hentakkan kaki lebih kuat dari penumbuk yang singgah di kepala lawan. Bagi mereka yang fanatik gusti mania mesti marah bila baca post aku ni. Tetapi, macamana pulak aksi yang siap ada luka, darah, patah.. ?? Entahlah, aku pun tak tahu sejauh mana kebenarannya. Nak taip panjang-panjang pun tak dapat duit, so korang tengoklah sendiri apa yang terjadi bila ahli gusti minta kerusi.. Layan..

Karya Sukan | Misi Mustahil Athletic Bilbao [ V.I.D.E.O ]

Menggeletek Hati


Perlawanan amal antara kelab Sepanyol, Athletic Bilbao menentang 200 pelajar sekolah  (termasuk 3 orang penjaga gol ). Sesak satu padang. Bilamana pemain pro Athletic nak tunjuk skill dan menggelecek, bola dah pun hilang dari kaki. Sungguh melucukan. Perlawanan ini diadakan adalah bertujuan untuk mengenang jasa pemain lagenda mereka, Joseba Etxeberria yang berkhidmat selama 15 tahun bersama kelab. Walaupun video ni agak panjang - hampir mencecah 10 minit-, aku yakin mereka yang kaki bola sanggup tengok sampai habis. HOho !!

Thursday, 9 February 2012

Karya Sukan | Tenis di Langit Tinggi


Burj al-Arab, Dubai - Tidak cukup menempah nama sebagai salah satu hotel yang paling mewah  dan tertinggi dunia, ia kini berjaya meraih satu lagi rekod baru dengan mempunyai gelanggang tenis paling tinggi di dunia

Bertapak di atas pulau buatan manusia, hotel berketinggian 1053 kaki dari aras laut ini mempunyai sebuah gelanggang tenis seluas 415 meter persegiGelanggang tenis ini di 'hampar' di atas tapak pendaratan helikopter. 

Untuk merasai kehebatan bermain di ruang terbuka tanpa dinding, pemain terkemuka dunia Andre Agassi dan Roger Federer di jemput untuk beraksi. 










  • Persoalan 1 : Kalau bola tenis tu jatuh, macamana ? Sape nak pungut balik ?
  • Persoalan 2 : Tak kena kepala orang kat bawah ke nanti ? 

Monday, 30 January 2012

Karya Sukan | Skill Hebat Josh Womack


Josh Womack. Pemain bola lisut daripada pasukan Long Beach Armada, California ini mempunyai kemahiran menakjubkan bersama kayu pemukulnya. Dia menjadi terkenal selepas beberapa video hits tentang teknik memutarkan kayu bola lisutnya berjaya menarik perhatian ramai. Memang cool !!!




Practice make perfect

Sunday, 15 January 2012

Dirempuh Ahli Sumo, Pengadil ke Hospital.. Perghh!! [V.I.D.E.O]


Akibat rempuhan kuat oleh seorang ahli sumo; Wakakoyu Yoshikaze, pengadil pertarungan berkenaan ; Shozaburo terpaksa di masukkan ke hospital. Insiden itu terjadi secara tidak sengaja dan tidak mempunyai unsur-unsur dendam, tidak puas hati ataupun sabotaj.

Kejohanan Grand Sumo yang bertempat di Ryogoku, Tokyo itu menjadi kecoh setelah pengadil yang dirempuh, terpelanting jatuh dari pentas perlawanan. Lawannya ; Baruto Kaito juga seolah-seolah tidak perasan ketika menolak Wakakuyo keluar gelanggang. kesan dari tindakannya itu, menyelamatkan pengadil malang berkenaan yang menjadi mangsa keadaan.

Kesan dari sondolan ahli sumo seberat 175kg itu, pengadil Shozaburo terus tidak sedarkan diri. Dia dihantar ke hospital menggunakan ambulans biarpun IA lewat tiba di tempat kejadian akibat kesesakkan lalu lintas. 

Sumber : Bernama


Perghh!! Takutnya.. Lagak seperti seekor lembu Louis yang naik angin je. HOho..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...