Belum reda dengan berita kehidupan janin berusia 15 minggu yang hidup di luar rahim ibunya, diriku dikejutkan lagi dengan penemuan terbaru (khas buat aku) tentang kelahiran bayi yang mampu hidup biarpun jantungnya berada di luar badannya.. Subhanallah !!
Kejadian yang berlaku di Ethiopia ini membuktikan kehebatan Allah SWT mampu menghidupkan apa sahaja walaupun dalam sebarang keadaan yang bagi kita ianya tampak mustahil. Apatah lagi untuk mematikan. Dia Maha Berkuasa untuk mencabut nyawa makhluk-Nya seorang demi seorang ataupun secara ramai-ramai serentak.
Penyakit ini dinamakan 'Ectopia Cordis' iaitu sejenis kecacatan kelahiran di mana jantung berada di luar rongga abdomen pesakit. Ia akan bertapak di atas bahagian dada sebelah kiri dan degupannya adalah seperti bayi normal ..berdegup dengan sihat. Antara rawatan terkini yang pernah dilakukan pakar ialah melalui teknik pembedahan menanam kembali jantung ke tempat asalnya. Akan tetapi, cara ini amat berisiko. Seperti apa yang ditakuti, bayi yang pernah menerima rawatan dengan cara berkenaan telah meninggal dunia setelah 22 hari pembedahan dijalankan akibat kegagalan jantungnya untuk kembali berfungsi. Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Roji'un.
Di bawah, aku ada sediakan satu video klip yang memaparkan bagaimana jantung seorang bayi berdegup walaupun berada di luar rongganya. Subhanallah !!
*Peringatan khusus buat diri aku umum buat korang :
''Banyakkanlah berdoa kepada Allah SWT agar bayi yang bakal kita timang nanti, lahir dalam keadaan sihat wal'afiat. Jagalah 'akidah, akhlak, serta tingkah laku kita supaya Allah SWT memandang kita dengan pandangan Rahmah dan mengurniakan kita rezeki yang melimpah ruah termasuklah anak-anak yang soleh dan solehah. Amin.''
Sumber : wikipedia
seram nyer,,subhanallah
ReplyDeleteso parents dye ade decide x nk operate or x? kesian, kecik2 dah dpt sakit.
ReplyDeleteselamat kenal! balqis dtg cni. :)
keputusan parent dia belum diketahui. lost contact
ReplyDelete