Selepas dikejutkan dengan berita kezaliman penduduk China terhadap kemalangan tragis yang menimpa arwah Yue Yue, kali ini kita digemparkan pula tentang kehebatan negara yang berfahaman komunis itu dengan pencapaian bertaraf dunianya membina bangunan setinggi 30 tingkat hanya dalam tempoh 15 hari atau 360 jam sahaja. Memang Perghh!!
Hotel Ark. Itulah namanya. Bertempat di Beijing, bangunan seluas 17,000 meter persegi itu, dibina oleh syarikat China Broad Industrial Group hanya memerlukan masa 15 hari sahaja untuk disiapkan. Struktur bangunan itu juga kalis bunyi dan mampu menebat arus udara panas selain mempunyai pemantau kualiti udara di setiap bilik hotel.
Sebelum ini, syarikat tersebut juga telah berjaya mencipta rekod membina bangunan setinggi 15 tingkat hanya dalam masa kurang dari 4 hari (siap sepenuhnya). Bangunan itu juga merupakan sebuah hotel iaitu Hotel Ark China (Hotel Arca), abang kepada hotel 30 tingkat tu.
CEO syarikat China Broad Industrial Group, Mr. Zhang Yue berkata ''Bangunan itu dibina bagi merealisasikan hasrat kerajaan China yang bersungguh-sungguh mengetengahkan konsep Vertical City atau dalam BMnya 'bandar menegak'. Tegak menongkat langit. Menurut kerajaan China, konsep tersebut dapat membantu mengurangkan tekanan kesesakkan di bandar serta menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Ia juga dapat mengurangkan pencemaran udara dan menjimatkan penggunaan tanah. Konsep tersebut telah berjaya direalisasikan melalui projek Shanghai Tower beberapa tahun lalu
Bangunan tersebut juga adalah berdasarkan Vertical City yang disarankan oleh negaranya . Perghh!! Memang dah nak dekat kiamat dah ni. Semua manusia berlumba-lumba untuk membina bangunan tinggi mencakar langit. Semoga kita sentiasa berada di jalan yang diredhaiNya.. Amiin.
Sumber : Agensi
No comments:
Post a Comment