Saturday, 14 January 2012

Kisah Sedih Penuh Motivasi | ''Duniaku Indah Biarpun Tak Bertangan''

Yoo Tae Ho. Itulah namanya. Dilahirkan pada Jun tahun 2000 di Korea Selatan, anak kecil ini ditinggalkan oleh kedua ibubapanya setelah mereka mengetahui dia tidak sempurna. Tae Ho mengalami 8 kecacatan serius semenjak dia dilahirkan. Antara kecacatan itu ialah tidak berlengan, sumbing, kekurangan jari kaki (4 jari setiap kaki) dan tidak berupaya mengawal aliran haba dalam tubuhnya. 

Pertubuhan Keselamatan Kanak-kanak Korea telah menyerahkan Tae Ho ke Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Seung-Ga-Won. Tae Ho telah dibesarkan di sana dengan penuh kasih sayang bersama rakan-rakan yang senasib dengannya. Tae Ho mempunyai teman karib yang sangat disayanginya iaitu Hong Sung Eel yang tidak mampu berjalan walaupun mempunyai sepasang kaki.

Oleh kerana kompilasi penyakitnya yang terlalu sukar untuk diubati, doktor yang merawatnya menjangkakan Tae Ho tidak akan berkesempatan untuk menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 10. Tetapi berbekalkan semangat juang yang tinggi, fikiran yang positif dan azam yang menggunung, Tae Ho kini sudah berusia 12 tahun

Lihatlah sendiri (VIDEO di bawah) betapa hebatnya kanak-kanak yang bernama Tae Ho ini  mengharungi pelbagai cabaran yang datang kepadanya tanpa mengenal erti putus asa.



Jadikan kisah ini sebagai sumber inspirasi kita semua. Teruskan kehidupan dengan tabah walau apa sekalipun dugaan melanda diri kita. Hadapilah ia dengan SENYUMAN seperti mana yang dilakukan oleh anak kecil bernama Yoo Tae Ho.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...