Tuesday, 17 January 2012

Adakah Telah Hilang Perikemanusiaan di China ?


Mutakhir ini, kita banyak digemparkan dengan kes-kes yang tidak berperikemanusiaan. Bunuh. Cincang. Potong. Sembelih. Perkataan-perkataan yang sememangnya tidak asing lagi didengari oleh telinga dan dibaca oleh mata kita. Kenapakah hal sedemikian terjadi? Adakah manusia telah mengalami proses evolusi untuk bertukar menjadi seekor Syaitan? Inilah yang terjadi pada dunia akhir zaman apabila manusia semakin melupakan Tuhan.

Disember lalu, Malaysia kita dikejutkan dengan berita dua orang anak dirantai bapanya sendiri didalam tandas akibat tiada siapa yang ingin menjaga mereka. Mungkin si ayah mendapat inovasi tentang apa yang dibuat oleh segelintir ibu bapa di China. Mereka merantai anak-anak mereka umpama anjing jadian di tempat kerja masing-masing agar anak-anak berkenaan tidak berkeliaran. Realistik tapi penuh dengan Kezaliman.





Bila manusia semakin lupakan Tuhan,
Setiap yang dilarang akan dibangkang,
Kekayaan, kemewahan itulah didepan,
Biarpun orang tersayang menjadi taruhan.

1 comment:

  1. Tapi adakan awda tefikir kenapa mereka di China TERPAKSA melakukannya - mungkin tidak ada orang yang dapat menjaga mereka. Ini bukannya kezaliman tapi terpaksa dilakukan daripada anak-anak berkenaan berada dalam keadaan bahaya. ini adalah perkara yang terbaik yang dapat mereka lakukan demi mencari rezeki untuk memberikan mereka makanan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...