Showing posts with label Karya Arkitek. Show all posts
Showing posts with label Karya Arkitek. Show all posts

Wednesday, 2 May 2012

Karya Arkitek | Papan Iklan Lutsinar

Papan iklan lutsinar yang dihasilkan Syarikat Lead Pencil Studio ini mempunyai motifnya yang tersendiri. '' Apa motifnya ? '' bisik hatiku sendirian. Begitu kreatif dan mampu menarik perhatian orang ramai, seni binaannya adalah simple dan bersahaja. Bagi mereka yang memandangnya dengan sekali imbas, pasti akan memandangnya sekali lagi dan akan memikirkan apakah tujuan pihak berkenaan mendirikan papan iklan 'kosong' di tepi jalan Vancouver, sempadan  Amerika Syarikat dan Kanada ini. '' Apa tujuan nya ? '' diriku tertanya-tanya lagi sekali.

Baiklah. Bagi menjawab segala pertanyaan yang tergantung di minda kalian, meh sini Abang Bisu nak bagitahu jawapannya. Papan iklan lutsinar ini dibina adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya menjaga kebersihan atmosfera serta udara yang dihirup hari-hari. Ia adalah tender yang diberikan oleh kerajaan AS kepada Syarikat Lead Pencil Studio untuk membuat iklan menerangkan kepada orang ramai tentang kepentingan atmosfera dan udara bersih. 

Oleh sebab kedua-dua elemen tersebut tidak dapat dilihat, idea membina ruang kosong dihiasi keluli-keluli tahan karat disekelilingnya tercetus. So, mereka yang lalu lalang di situ dapat melihat kebersihan atmosfera,langit dan udara tanpa sebarang halangan dan berfikir sendiri sejauh mana bersihnya 'mereka' dari pencemaran.



Thursday, 12 April 2012

Karya Arkitek | Bangunan Jarum

''Bangunan Jarum ? Diperbuat daripada jarum ke ? Macam tak percaya je..'' Pelbagai persoalan bermain di minda ? Bagi merungkaikannya, jom ikuti pengembaraan bersama Abang Bisu untuk membongkar apakah rahsia disebalik bangunan unik ini.

Nama asal bagi bangunan ini ialah Cathedral Seed. Terletak di perkarangan astaka Pavillion UK, London, ia menjadi tumpuan ramai sejak ditubuhkan. Berdiri di atas tapak seluas 6,000 meter persegi, ia kelihatan seperti sebuah kiub yang dipacak padanya ribuan jarum. Objek yang kelihatan seperti jarum tersebut sebenarnya ialah sejenis wayar gentian optik yang lutsinar. Setiap satunya berukuran 7.5 meter. Sebanyak 60,000 gentian dilekatkan pada 'badan' bangunan.

Syarikat yang bertanggungjawab mendirikan kiub unik ini ialah Studio Heatherwick yang mana merupakan pemenang pertandingan Reka Bentuk Astaka UK untuk Ekspo Shanghai 2010. Menelan belanja sebanyak 13.2 juta Euro, mereka menganggarkan seramai 70 juta pelawat akan memenuhi astaka berkenaan apabila Ekspo Shanghai berlangsung yang melibatkan 200 buah negara yang mengambil bahagian.



Saturday, 7 April 2012

Karya Arkitek | Papan Gelungsur Gergasi Universiti Teknikal Munich

Terletak di Fakulti Matematik / Infomatik, 2 papan gelungsur gergasi menawarkan sedikit keseronokkan bagi menghilangkan stress mahasiswa Universiti Teknikal Munich, German. Berketinggian 4 tingkat aras bangunan universiti berkenaan, mahasiswa tidak perlu lagi menggunakan tangga ataupun lift untuk ke tingkat bawah. Cukup dengan hanya masuk ke dalam 'terowong' ajaib ini, dalam beberapa saat mereka akan mendapati diri mereka sudah berada di 'alam baru' ( ground floor ). Bestnyaaa..




Thursday, 22 March 2012

Karya Arkitek | Keceriaan Tebing Maut Manarola

Perkampungan Manarola yang terletak di Kota Cinque Terre , Itali ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Melalui pemerhatian sekali imbas, fikiran kita pasti mampu menafsirkan apakah data tarikan yang terdapat di sini. Ya, tepat sekali. Pertama :- Rumahnya yang berwarna-warni. Kedua :- Perumahan tersebut terletak di atas bukit batu yang tiada sempadan untuk memisahkannya dari terus terjunam ke dalam laut.

Perkampungan yang mula dibina pada tahun 1338 dikatakan merupakan perkampungan tertua yang terdapat di Kota Cinque Terre. Sejak akhir-akhir ini, perkampungan menjadi tarikan pelancong dari dalam ataupun luar negara. Ini disebabkan oleh dua faktor di atas selain faktor tambahan iaitu kejernihan lautnya, trek berbasikal mencabar dan jaraknya yang berhampiran dengan ladang anggur segar.

Tuesday, 20 March 2012

Karya Arkitek | Setinggan Kota Caracas

Antara dua darjat. Itulah pemandangan yang dapat kita lihat di kotaraya Caracas. Biarpun perumahan setinggannya hanya diselangi sebatang jalan raya, kerajaan Venezuela seakan tidak mempunyai perancangan untuk merobohkan perumahan rakyatnya. Begitu memahami dan berjiwa rakyat kerajaan mereka. HOho !!

Kawasan yang terletak berhampiran Laut Caribean ini dipisahkan oleh 2200 meter Gunung Cerro Avila dari laut tersebut. Pada tahun 2008, dianggarkan kira-kira 4 juta penduduk menetap di kotaraya bertaraf metropolitan ini. Bagaimanapun, jumlah populasi dan kepadatan penduduknya telah menyusut sebanyak 2 juta orang pada tahun berikutnya. Saksikan kepadatannya..



Wednesday, 7 March 2012

Karya Arkitek | Rumah Pelik Yang Jarang Kita Lihat

Di Malaysia kita biasa mendengar dan melihat rumah-rumah seperti rumah teres, rumah banglo, rumah semi-D, rumah flat, rumah kondo, rumah panjang dan sebagainya kan? Tapi pernah tak kita mendengar mengenai rumah dalam tanah dan rumah gua? Mesti jawapannya TAK kan? Okey hari ni KB nak share inforumah-rumah pelik ni dengan korang semua. Jom tengok!


1. Stunning Buried Houses in Vals, Switzerland
  • Direka khas oleh seorang arkitek bernama Kristian Müller
  • Hampir keseluruhan bahagian rumah ini terbenam dalam tanah kecuali pada satu bahagian di pintu masuk
  • Rumah ini sangat selesa didiami dalam musim sejuk atau panas tanpa menggunakan sebarang bantuan alat penghawa dingin atau pemanas badan.



2. 700 Year Old Iranian Caves Houses
  • Terletak di kaki Gunung Sahand, Timur Laut Iran
  • Rumah-rumah ini diukir daripada timbunan batu gunung berapi





3. Hidden Lair Tucked under Mounds of Green Grass
  • Terletak di 
  • Direka bentuk oleh Vaire Architektur
  • Terdiri daripada 9 buah rumah :-
    • 3 buah rumah 3 bilik
    • Sebuah rumah 4 bilik
    • Sebuah rumah 5 bilik
    • 3 buah rumah 6 bilik
    • Sebuah rumah 7 bilik
  • Rumah ini disusun membentuk kluster mengelilingi tasik













    4. Gourgeous Modern Home Built Inside Cave

    • Dibina di dalam gua batu pasir berukuran 15,000 kaki persegi
    • Gua ini terletak di Festus, Missouri
    • Reka bentuk oleh Curt dan Deborah Sleeper































    5.Gary Neville's Flower Shaped Zero Carbon Home
    • Dimiliki oleh bintang bola sepak British terkenal Gary Naville
    • Terletak di Bolton Council, United Kingdom
    • Rumah satu tingkat ini berkeluasan 8,000 kaki persegi


























    Thursday, 23 February 2012

    Karya Arkitek | Rumah Pokok Terkecil di Dunia

    Apabila disebut tentang rumah pokok, akan terbayang di minda kita rumah kayu yang dibina di atas dahan sebatang pokok gergasi yang besar dan kuat. Pada kali ini, pihak KB ingin mendedahkan penemuan terbaru dan unik tentang rumah pokok. Rumah pokok yang dimaksudkan tersebut ialah 'Rumah Pokok Yang Paling Kecil di Dunia' yang di cipta oleh bekas pengilustrasi majalah fesyen Jepun, Takanori Aiba. 

    Encik Takanori Aiba berjaya mencatat rekod sebagai pembina rumah pokok terkecil dunia kerana beliau membina rumah berkenaan di atas pokok bonzai. Pokok kecil yang sememangnya menjadi pujaan ramai. Beliau menggunakan pelbagai jenis alatan seperti kertas, plastik, cat, resin akrilik dan bahan-bahan lain lagi untuk menghasilkan senibina menakjubkan ini.




    Karya Arkitek | Tiang Rezeki Nelayan Sri Lanka

    Bermodalkan sebatang tiang kayu dan joran klasik tradisional, nelayan Sri Lanka menjalankan rutin harian mereka menangkap ikan dengan hanya menunggu di 'kerusi malas' yang terpacak di tepi pantai. Kaedah yang diwarisi dari nenek moyang mereka ini tidak diketahui usianya tetapi didakwa mula diperkenalkan selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua. 

    Bertenggek umpama seekor pungguk yang rindukan bulan, cara ini dapat membantu nelayan 'menggoda' ikan supaya terus menetap di kawasan pantai sekitar. Sekiranya mereka menggunakan jala, ikan-ikan akan terasa terganggu dan seterusnya lari meninggalkan pantai cetek berkenaan. 

    Tiang tegak bersilang yang dikenali sebagai Petta ini dipacak di celah-celah terumbu karang dengan ketinggian 2 meter dari paras air laut. Kebiasaanya, para nelayan akan keluar mencari rezeki mereka di 'tiang keramat' tersebut 2 kali sehari. Sekali di awal pagi dan sekali lagi di waktu senja. Ia banyak terdapat disekitar pantai Kathaluwa dan Ahangama, Sri Lanka.




    Wednesday, 15 February 2012

    Karya Arkitek | Bandar Metropolitan Ubat 'Stapler'

    Bangunan pencakar langit ini dibina dari jutaan ubat 'stapler'. Dikenali sebagai Ephemicropolis, ia dicipta oleh Karyawan Peter Root. Beliau yang berasal dari New Jersey ini dilahirkan pada tahun 1978. Merupakan salah seorang pemegang  Ijazah Sarjana Muda Kesenian daripada Universiti Kolej Falmouth. Karyanya telah mendapat pengiktirafan dari banyak pihak termasuklah dari pihak Saatchi Galeri London.  



    Friday, 10 February 2012

    Karya Arkitek | Kewujudan Rumah Belon 'UP' [ 11 Gambar ]


    UP. Nama bagi sebuah filem animasi pengembaraan yang mengagumkan. Disertai unsur-unsur sayu menyayat hati serta pengembaraan lucu mencuit hati, filem ini amat sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. 

    Bermulanya kisah pengembaraan seorang pakcik yang berusia 78 tahun, Carl Fredricksen ; yang telah kematian isterinya dan tidak mempunyai seorang anak tanda pengikat kasih sayang antara mereka. Dia dan isterinya suatu ketika dahulu pernah bercita-cita untuk mendirikan rumah berhampiran 'Air Terjun Syurga'. Malangnya, isteri pakcik Fredricksen tidak sempat mencapai impiannya dan ini membuatkan Encik Pakcik berazam untuk melunaskan impian gemulah isterinya yang tercinta. Penampilan budak pengakap montel comel bernama Russell menambahkan lagi kehappyan jalan cerita ini. Sangat best. Korang tengok la sendiri.


    Rentetan itu, pihak National Geography telah melancarkan satu projek 'How Hard Can It Be' iaitu dengan mencipta rumah belon pakcik Fredricksen menjadi realiti. Lebih kurang 400 biji belon yang diisi gas Helium digunakan untuk menerbangkan rumah tersebut. Saksikan..




    Thursday, 9 February 2012

    Karya Arkitek | Taman Tema Tertinggi Dunia [ 8 Gambar ]


    Bagai nak tercabut jantung aku bila melihat gambar buaian tergantung tertinggi dunia ni. Begitu scary. Berketinggian 1149 kaki dari aras laut, bangunan yang dikenali sebagai Stratosphere Tower ini menjadi tarikan pelancong yang bertandang di Vegas, Amerika Syarikat. Mereka bukan sahaja datang untuk menikmati permandangan indah di sana, bahkan mereka datang untuk mencuba permainan 'berani mati' yang disediakan. Saksikan..




    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...