Thursday, 23 February 2012

Karya Arkitek | Tiang Rezeki Nelayan Sri Lanka

Bermodalkan sebatang tiang kayu dan joran klasik tradisional, nelayan Sri Lanka menjalankan rutin harian mereka menangkap ikan dengan hanya menunggu di 'kerusi malas' yang terpacak di tepi pantai. Kaedah yang diwarisi dari nenek moyang mereka ini tidak diketahui usianya tetapi didakwa mula diperkenalkan selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua

Bertenggek umpama seekor pungguk yang rindukan bulan, cara ini dapat membantu nelayan 'menggoda' ikan supaya terus menetap di kawasan pantai sekitar. Sekiranya mereka menggunakan jala, ikan-ikan akan terasa terganggu dan seterusnya lari meninggalkan pantai cetek berkenaan. 

Tiang tegak bersilang yang dikenali sebagai Petta ini dipacak di celah-celah terumbu karang dengan ketinggian 2 meter dari paras air laut. Kebiasaanya, para nelayan akan keluar mencari rezeki mereka di 'tiang keramat' tersebut 2 kali sehari. Sekali di awal pagi dan sekali lagi di waktu senja. Ia banyak terdapat disekitar pantai Kathaluwa dan Ahangama, Sri Lanka.










Huwaaa.. Boleh berkematu bontot oi memancing macam ni. Hehe. Tetapi, bagi kaki pancing, apa pun sanggup diredah asalkan kepuasan merentap tarikan penghuni lautan luas tercapai.
 Sumber : environ mental graffiti

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...