Tuesday, 14 February 2012

Karya Haiwan | Pukauan Garang Si Cilik Hijau [ 8 Gambar ]

~ Lompat si katak lompat, 
Lompatlah tinggi-tinggi, 
Cepatlah adik cepat, 
Cepatlah bangun pagi-pagi ~

Alunan muzik klasik ku alunkan sendirian mencari ilham untuk mencoret perkataan karya haiwan untuk dikongsikan. Waa.. Puitisnya saya (^_^) HOho !! Bersesuaian dengan lirik lagu nasihat di atas, katak hijau bermata merah datang memperkenalkan diri kepada kita siapakah gerangan 'beliau' sebenarnya. 

Agalychnis Calidryas adalah nama saintifik bagi katak yang berketurunan Hylidade ini. Katak yang berhabitat di kawasan tropika Selatan Mexico dan Amerika Tengah ini tidak beracun seperti sebilangan saudaranya yang lain. Senjatanya terletak pada kemerahan mata besar bulat yang dimilikinya. Ia mampu memukau, menakutkan serta memberi amaran kepada musuh bahawa ia adalah beracun walhal sama sekali tidak. 

Keunikkannya juga dapat dilihat ketika ia sedang tidur. Seumpama mempunyai sepasang mata kedua, ia tidak akan menutup rapat matanya. Sebaliknya, matanya akan sentiasa dibiarkan terbuka dan akan diselaputi membran 'nictitating' bercorak sebagai langkah penyamaran bahawa ia sentiasa terjaga.









Kepada peminat-peminat katak, bolehlah mendapatkan katak special ini di kedai haiwan berhampiran tempat tinggal korang. Itupun, kalau stock masih ada la. Bagi mereka yang satu group dengan aku ( geli geleman dengan spesis ni.. Eeeyyekk !! ) carilah alternatif lain untuk dipelihara. Tetapi, apakah haiwan alternatif tersebut ? Aku pilih Ikan Kaloi. Korang ??

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...