Wednesday 8 February 2012

Karya Hebat | Flamingo Tasik Nakuru [ 8 Gambar ]


Kenya. Salah sebuah negara benua Afrika yang kaya dengan pelbagai jenis hidupan liar. Keajaibannya juga terserlah pada bilangan 'flamingo' yang tidak putus-putus terbang menjengah Tasik Nakuru yang terdapat di sana. Terletak di dalam kawasan Taman Negara Kenya, 'Nakuru' bermaksud 'debu' atau lebih tepat 'tempat berdebu' dalam bahasa Maasai

Tasik cetek beralkali rendah ini berjaya menarik trafik jutaan burung bangau merah jambu datang 'melawat'nya saban tahun. Ini kerana, ia menjadi habitat kepada lebih 800 spesis ikan cichlid dan alga segar yang menjadi menu utama bagi 'flamingo'.










Jangan disangka negara yang mempunyai tanah yang tandus dan ekonomi yang kurang pesat tidak mampu untuk menarik 'pelawat' datang ke negaranya. Semuanya di bawah kekuasaan Allah SWT. MasyaAllah. Takbirr !!

Sumber : culture focus

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...