Saturday, 25 February 2012

Karya Hebat | Peringatan Akan Hari Kebangkitan

Apakah pengajaran yang anda dapat daripada gambar di atas? Ya, tepat sekali. Ia merupakan salah satu tanda dari kekuasan Allah SWT yang ditunjukkan melalui alam ciptaanNya. Tahukah anda, gambar yang anda lihat di atas merupakan satu fenomena kejadian alam yang berlaku di Chile. Gunung berapi Puyehue-Cordon-Caulle. Kehebatan letusannya telah menyebabkan langit di bumi Chile bergelap bermandikan kepulan debu tebal. 




Ledakkan besar ini berketinggian enam batu ke udara dan berkeluasan tiga batu lebarnya. Ekoran ledakkan maha hebat ini, pihak penerbangan Amerika Selatan, New Zealand dan Australia terpaksa membatalkan segala jadual trafik udaranya. Di samping itu, lebih kurang 3000 penduduk Chile diarahkan pihak berkuasa untuk berkurung di rumah masing-masing bagi tujuan keselamatan.





Mengikut pendapat ahli Geologi, mereka berpendapat fenomena gunung berapi yang disertai kilauan kilat adalah fenomena biasa. Tetapi, apabila kita merujuk kepada Pencipta fenomena ini, kita akan mendapati bahawa ia adalah satu tanda kehebatanNya mencipta dan menghancurkan sesuatu benda pada bila-bila masa sahaja yang Dia ingini. Dengan sifat kasih dan sayangNya kepada hamba, Dia telah memberi peringatan dan gambaran kepada kita tentang keadaan bilamana dunia berada diambang kehancuran. Ia dinyatakan di dalam Kitab Suci al-Quran :-
  
''Dan pada hari ditiup sangkakala maka terkejut takut semua yang di langit dan yang di bumi, kecuali yang dikehendaki Allah'' Surah an-Naml ayat 87. 


''Pada hari itu manusia adalah seperti anai-anai yang bertebaran (4). Dan gunung-ganang adalah seperti batu yang dihambur-hamburkan'' Surah al-Qari'ah ayat 4 dan 5

Masihkah ada ruang waktu untuk kita bertaubat dan berbuat kebajikan sebelum datangnya kiamat kecil kepada kita (kematian)? Jawapannya..






Jawapannya.. Ya, masih ada. Selagi manusia itu bernafas dan berakal selagi itulah ruang dan waktu untuk manusia bertaubat serta kembali berbuat kebajikan di jalan Allah SWT terbuka luas. Jangan ditunggu sehingga Sang Pencabut Nyawa datang menjemput kerana pada masa itu taubat nasuha dan segala amal kebajikan tidak akan diterimaNya lagi.


Sumber : the sun

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...