Sunday, 26 February 2012

Karya Hebat | Budak Lelaki China Berpenglihatan Kucing

Suatu lagi keajaiban yang terdapat di China. Seorang budak lelaki telah dilahirkan dengan penglihatan seperti seekor kucing. Nong Youhui dikurniakan sepasang mata berwarna biru dan mampu melihat dalam keadaan gelap tanpa menggunakan cahaya.

Hasil siri ujian mata yang dilakukan oleh doktor sejak dia masih kecil telah membuktikan mata Youhui merupakan kurniaan istimewa. Penglihatannya sedikit kabur dalam keadaan terang tetapi jelas dalam keadaan gelap. 

Bapa Youhui juga telah mengesahkan mengenai kelebihan Youhui. Pada suatu ketika dia telah bertanyakan kepada Youhui samada dia mampu menangkap seekor cengkerik pada malam ataupun tidak, Youhui telah menyatakan dia mampu menangkap cengkerik itu tanpa bantuan cahaya. Ajaib bukan?

Di dalam video ini juga turut menunjukkan beberapa ujian yang telah dijalankan ke atas Youhui. Dia telah disuruh untuk menjawab  beberapa soalan yang ditulis di atas sehelai kertas dalam keadaan gelap dan YA dia mampu menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan betul.

Sesetengah pakar berpendapat gen Youhui telah mengalami mutasi dan ada juga organisasi yang mengeluarkan teori, Youhui merupakan salah seorang generasi baru yang berkembang dilahirkan dengan kelebihan yang luar biasa di muka bumi.




No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...