Wednesday, 15 February 2012

Karya Islamik | Sejadah Bercahaya Bila Mengadap Qiblat

Alhamdulillah. Akhirnya satu lagi masalah bagi mereka yang beralasankan susah untuk mendirikan solat kerana tidak tahu manakah arah qiblat telah terjawab. Nukilan objek mengagumkan ini adalah hasil ciptaan Karyawan Islam berbakat Soner Ozenc. Beliau yang menggabungkan teknologi Electroluminescent Fosfor dan seni artistik ini berjaya membantu umat Islam seluruhnya untuk mendirikan solat walau di mana jua mereka berada. 

Sejadah yang diberi nama 'Sajjadah 1426' ini akan menampakkan 'riak-riak' terang warnanya bilamana ia semakin bertepatan dengan arah Ka'abah di Kota Mekah. Cahaya 'hidayah'nya akan kembali beransur pudar jika ia terlebih atau terkurang skala ketepatan ukuran arah qiblat. Rahsia keunikkan yang tersembunyi pada Sajjadah terletak pada kompas canggih yang tertanam di dalamnya. SubhanAllah !!





Maka sesungguhnya, mereka yang menunaikan solat itu adalah terdiri daripada golongan orang yang berjayaSebagaimana firman Allah Taala dalam Surah al-Baqarah ayat 5 :-

'' Mereka itulah yang mendapat hidayah daripada Tuhan mereka ( Allah ) dan mereka jualah orang-orang yang berjaya''

*Walaupun, aku baru menjumpai 'produk' berharga ini, tak salah rasanya untuk aku berkongsi kebanggaan hasil karya seorang muslim dan kebanggaan AKU menjadi seorang MUSLIM. =)

1 comment:

  1. begitu mengagumkan.. artikel yang menarik. tahniah karyawan bisu ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...