Wednesday 24 October 2012

Karya Kreatif | Keajaiban 'Makhluk Halus'

Terpinga-pinga? Tertanya-tanya? Apakah yang pakcik ni sedang buat? Bendalah apakah yang berwarna putih kesuci-sucian tu? Enough !! Katakan enough kepada setiap persoalan yang melanda minda kalian. Tujuan anda datang ke sini adalah untuk mencari jawapan bukan untuk mencari soalan. So, Abang Bisu akan berikan jawapannya kepada kalian. HOho !!

Karya Kreatif | Lukisan Hidup

Sungguh kreatif hasil seni beliau. Bagaikan hidup setiap lukisan yang dihasilkannya. Biarpun hanya menggunakan pensel dan pensel warna sebagai medium penyampaian karyanya, beliau mampu memberi ekspresi maksima terhadap produk keluarannya.

Tuesday 23 October 2012

Karya Kreatif | Keceriaan Sweater Tumbuhan

''Yarn Bombing''.. Begitulah bunyinya aktiviti mengait benang pada badan tumbuh-tumbuhan gergasi ini. Biarpun aktiviti ini diharamkan oleh pihak berkuasa Eropah.. Namun setakat la ni belum ada lagi 'penjenayah' Yarn Bombing yang ditangkap dek perbuatan comel mereka ini.

Saturday 13 October 2012

Karya Haiwan | Berlian Milik Haiwan

Subhanallah !! Kalimah tasbih ini wajib ku lafazkan tanda mengagumi kehebatan penciptaan-Nya. Maha Agung Dirimu Allah, mampu melakukan apa sahaja yang Kau kehendaki.

Friday 12 October 2012

Karya Haiwan | Serangan Kupu-Kupu Biru

Bilangannya hampir mencecah ratusan ekor.. Kumpulan kupu-kupu ini akan menyerang mana-mana besi yang menarik perhatiannya. Apabila mereka menghinggapi sesuatu objek berkenaan, bentuk-bentuk unik akan mereka landskapkan. Ada kalanya bentuk bulatan. Adakalanya juga bentuk ombak rindu. Dan adakalanya bentuk rawak. Apakah ini suatu petanda dari mereka? 

Mereka seolah-olah ingin memberitahu sesuatu kepada kita semua. Tetapi, siapakah yang mampu memahami bahasa mereka? Kata orang-orang klasik.. Jika ada haiwan melakukan perkara-perkara pelik, ini bermakna.. Dunia kita akan ditimpa sesuatu. Betul ke? Sejauh mana kebenaran kata-kata mereka itu? Satu kajian harus dilakukan bagi mengkaji sejauh mana kebenarannya.

Thursday 11 October 2012

Karya Hebat | Keindahan Pergunungan Tabriz

Maka.. Segala Kecantikkan dan Keindahan itu adalah milik Dia Yang Mencipta.. Subhanallah !! Begitu Agung dan Indah ciptaan-Mu duhai Tuhan. Foto-foto menakjubkan yang disnap oleh jurugambar Ali Shukri ini bertempat di Tabriz, Iran.

Wednesday 10 October 2012

Karya Hebat | Warna-Warni Bumi Ibaraki

Subhanallah !! Indahnya ciptaan-Mu. Bagaikan tak percaya apa yang dilihat oleh mata. Bagaikan ingin menjadi helang untuk terbang ke sana. Itulah perasaan yang terpancar dari lubuk hati ini setelah melihat keindahan Taman Hitachi di Ibaraki, Jepun

Karya Kreatif | Mural Dari Butang Dan Pin


Adakalanya benar apa yang dikatakan oleh pepatah Melayu '' Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia''. Inilah, salah satu contoh kreatif, karya seorang wanita dari Korea Selatan yang mampu membuatkan mulut penduduk dunia ternganga, tergamam melihat keindahan ciptaannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...