Friday 12 October 2012

Karya Haiwan | Serangan Kupu-Kupu Biru

Bilangannya hampir mencecah ratusan ekor.. Kumpulan kupu-kupu ini akan menyerang mana-mana besi yang menarik perhatiannya. Apabila mereka menghinggapi sesuatu objek berkenaan, bentuk-bentuk unik akan mereka landskapkan. Ada kalanya bentuk bulatan. Adakalanya juga bentuk ombak rindu. Dan adakalanya bentuk rawak. Apakah ini suatu petanda dari mereka? 

Mereka seolah-olah ingin memberitahu sesuatu kepada kita semua. Tetapi, siapakah yang mampu memahami bahasa mereka? Kata orang-orang klasik.. Jika ada haiwan melakukan perkara-perkara pelik, ini bermakna.. Dunia kita akan ditimpa sesuatu. Betul ke? Sejauh mana kebenaran kata-kata mereka itu? Satu kajian harus dilakukan bagi mengkaji sejauh mana kebenarannya.

Akan tetapi.. Kupu-kupu biru yang ditayangkan kepada kalian semua ini bukanlah kupu-kupu asli. Mereka adalah kupu-kupu magnet yang dilekatkan oleh tuan punya idea kreatif iaitu Tasha Lewis. (^_^). Beliau yang mempunyai idea kreatif ini bertanggungjawab menyusun kupu-kupu biru mengikut kehendak hatinya. Hasilnya.. Nah.. Apa yang kalian lihat? Kecantikkan bukan.. HOho !!







 Ada je idea diorang nih.. Hesh!! Kreatif sungguh. Bilalah agaknya Abang Bisu nak postkan hasil kreatif warga Malaysia agak nya ek ?? - Abang Bisu.. Sukakan kekreatifan (^_^)

Sumber : the beacon

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...