Tuesday 31 January 2012

Karya Arkitek | Sarang Burung Gergasi untuk Manusia


Rumah sarang burung Tempua yang dapat dilihat bergantungan di pohon-pohon tinggi, sekarang telah mampu didiami oleh manusia. 'Nestrest' rekaan kreatif Daniel Pouzet dan Fred Frety ini ditenun daripada bahan fiber kukuh yang mampu menampung berat kira-kira 6 lelaki dewasa pada satu-satu masa.

Syarikat DEDON, Paris merupakan pengeluar utama kepada produk unik ini. Bagi mereka yang inginkan kelainan untuk bersantai atau berehat di luar kediaman, Nestrest adalah pilihan terbaik.




Karya Kreatif | Lukisan dari Paku


Mungkin korang sukar untuk mempercayai apa yang korang baca kan? Begitu juga dengan aku. Aku pun macam tak berapa percaya jugak dengan tajuk yang aku taip kat atas tu. HOho !! Tapi, realiti is realiti. Itulah yang berjaya dilakarkan oleh seorang Mamat Salleh di negara orang putih sana yang tak dapat aku kenalpasti kat mana. Layanz..

Karya Info | Perbandingan Harga Barang di Pasaraya

TEPUNG GANDUM CAP SAUH 1KG


  • Pasaraya G  = RM 2.69
  • Pasaraya T  = RM 2.40
  • Pasaraya Ns = RM 2.20
* Harga semasa bertarikh 310112. Kebetulan aku pergi survey harga tadi, dapatlah bagi info kat korang sikit. Pilihan di tangan anda.

Bijak Membeli Menang Memakai

Sumber Halal : Terbakor.com

Monday 30 January 2012

Karya Hebat | Lebuhraya Merentasi Lautan Anlantik


Lebuhraya yang menghubungkan dua tanah besar Norway ini dibina pada 1 Ogos 1983. Ia merentasi Laut Atlantik dan sepanjang 8.274 KM. Ia mula dibuka kepada orang ramai pada 7 Julai 1989

Mengambil masa selama lebih kurang 6 tahun untuk disiapkan, laluannya menempuh 8 jambatan bagi menghubungkan pulau-pulau kecil yang terdapat di permukaan lautan luas Atlantik itu. Lebuhraya yang dipercayai mempunyai permandangan tercantik di dunia ini juga menjadi tumpuan pelancong bilamana mereka datang ke negara Norway. 



Karya Kreatif | Lukisan dari Pita Selofon

Bakat dan kemahiran yang dikurniakan kepadanya memang menakjubkan. Berbekalkan pita selofon coklat dan pisau pemotong kecil, pemuda yang dikenali sebagai Max Zorn ini berupaya mengolah sebuah potret indah. Menakjubkan. Bagi mereka yang belum pernah menyaksikan karya kreatif ini [termasuk aku], di bawah ini aku ada sediakan video beliau melukis wajah seorang lelaki tampan. Saksikan..


Menarik bukan?? When you think out of the box you also can do it. 

Sumber : Maxzorn

Karya Sukan | Skill Hebat Josh Womack


Josh Womack. Pemain bola lisut daripada pasukan Long Beach Armada, California ini mempunyai kemahiran menakjubkan bersama kayu pemukulnya. Dia menjadi terkenal selepas beberapa video hits tentang teknik memutarkan kayu bola lisutnya berjaya menarik perhatian ramai. Memang cool !!!




Practice make perfect

Karya Islamik | Kehebatan Penciptaan Hujan


''Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarakan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, mereka serta merta bergembira'' Surah Ar-Rum : Ayat 48
                                                                                                                                           





SubhanAllahi wa Bihamdihi SubhanAllahil 'Azimi

Karya Auto | Keretapi Peribadi


The ULTra (Urban Light Transport) - Itulah nama yang diberikan khusus buat keretapi peribadi mini ini. Kenderaan yang dibangunkan oleh Advanced Transport System, Britain ini beroperasi di lapangan terbang Heathrow, London pada tahun 2008. Ia berupaya memuatkan 4 individu dalam  satu-satu masa perjalanan. 


Berkelajuan 40 Km/J, 10 saat masa menunggu berjaya dijimatakan dengan kehadirannya. Penumpang boleh menentukan destinasi mereka sendiri dengan menggunakan kad pintar yang disediakan. Sistem kawalan pusat akan menghantar 'The ULTra' berhampiran untuk kemudahan pelanggan mereka. 








Agak-agak korang, bilalah lapangan terbang Malaysia kita akan ada bendalah macam ni sebiji  kan ?? Ada la tu kot satu hari nanti =)


Sumber : Ultra Global

Friday 20 January 2012

Karya Sayu | Demi Cahaya Ilmu, Nyawa diPertaruhkan




Mengharukan. Itulah yang dapat aku rasa melalui apa yang dipandang oleh sepasang mata ini. Sofiah dan kawan-kawannya sanggup menyeberangi sebatang sungai menggunakan jambatan gantung yang telah rosak dan berbahaya kesan daripada banjir hanya untuk menimba ilmu. Itulah satu-satunya jambatan yang ada di Kampung Sanghiang Tanjung, Jawa Barat yang menghubungkan kampungnya dan sekolah terdekat di daerah Lebak.

Seandainya mereka tidak menggunakan jambatan maut berkenaan, perjalanan sejauh 6 kilometer terpaksa mereka tempuhi. Jarak 6 kilometer bukanlah satu jarak yang pendek bagi si pejalan kaki. Tiada pilihan kedua, nyawa untuk ilmu terpaksa diperjudikan. 








Bangunlah duhai anak bangsaku. Jangan biarkan keselesaan dan kemewahan menghasut akalmu dari lalai untuk menuntut ilmu. Kerahkan mindamu. Disiplinkan deriamu. Agar kesusahan hari ini akan membawa 1001 kesenangan pada hari esok buat dirimu.

Wednesday 18 January 2012

Karya Kreatif | Kekretifan Guru Matematik


Guru matematik yang aku maksudkan itu ialah Dr. Barry Corey. Beliau merupakan Presiden ke-8 Universiti Biola yang terletak di selatan California. Apa yang akan korang saksikan nanti ialah video bagaimana cara beliau menarik minat pelajar-pelajarnya sebelum sesi P&P bermula. Aishh.. terkenang kembali guru-guru matematik yang mengajarku mengenal apa itu 1 2 3 suatu ketika dahulu. HUhu.. 


Mencuit hati kan ?? Bayang-bayang yang nakal. Jumpa dengan aku, aku ketuk kepala kau. HOho.. !!


Sumber : 3quarksdaily

Karya Kreatif | Lukisan Air Mengagumkan


Walaupun lukisan ini hanyalah sekadar iklan tentang kepentingan menjaga kebersihan air di muka bumi, pihak Solidarites telah berjaya menghasilkan satu karya yang mendapat tempat dalam kategori Karya Kreatif di dalam blog humble aku ini. HEhe.. So, cakap banyak pun tak guna, korang layan je lah..


Lagi paparan video seperti gambar burung di atas ( klik di sini )

Sumber : Obeca.fr

Karya Hebat | Jam daripada Air, Hanya di Jepun

Jam air. Belum pernah aku mendengar istilah mesin mengira masa seperti itu. Namun itulah kehebatan teknologi yang telah berjaya dibongkar oleh negara Jepun, tempat tumpah mangsa pedang Samurai. HOho !! Mungkin karya ini telah lapuk bagi korang, tapi bagi aku yang baru dalam kepompong karya ni, ia adalah satu 'keajaiban'.


Jam cecair yang terletak di Osaka Station City ini dibina oleh Syarikat Koei Industry. Ia mampu memaparakan masa, suhu dan karya seni yang menarik. Persembahan yang mengagumkan ini hanya dilakonkan oleh dua artis tersohor dunia iaitu air dan lampu. Air sebagai kertas dan pancaran cahaya lampu sebagai pensel. Hasilnya.. Wallahh.. !!


Sumber : Freshnessmag

Perfect Timing.. Perghh !!

Scroll and enjoy !!






Tuesday 17 January 2012

Adakah Telah Hilang Perikemanusiaan di China ?


Mutakhir ini, kita banyak digemparkan dengan kes-kes yang tidak berperikemanusiaan. Bunuh. Cincang. Potong. Sembelih. Perkataan-perkataan yang sememangnya tidak asing lagi didengari oleh telinga dan dibaca oleh mata kita. Kenapakah hal sedemikian terjadi? Adakah manusia telah mengalami proses evolusi untuk bertukar menjadi seekor Syaitan? Inilah yang terjadi pada dunia akhir zaman apabila manusia semakin melupakan Tuhan.

Disember lalu, Malaysia kita dikejutkan dengan berita dua orang anak dirantai bapanya sendiri didalam tandas akibat tiada siapa yang ingin menjaga mereka. Mungkin si ayah mendapat inovasi tentang apa yang dibuat oleh segelintir ibu bapa di China. Mereka merantai anak-anak mereka umpama anjing jadian di tempat kerja masing-masing agar anak-anak berkenaan tidak berkeliaran. Realistik tapi penuh dengan Kezaliman.





Bila manusia semakin lupakan Tuhan,
Setiap yang dilarang akan dibangkang,
Kekayaan, kemewahan itulah didepan,
Biarpun orang tersayang menjadi taruhan.

Planking Yang Layak diPelangkung


Apakah yang dimaksudkan dengan 'Planking' ?

Planking ialah berbaring telungkup atau meniarap di lokasi-lokasi yang tidak rata permukaannya. Cara seperti ini telah banyak diaplikasikan dinegara barat ketika sesi fotografi. Tidak kurang juga, fahaman yang tidak berwarna ini sebenarnya telah wujud di bumi bertuah, Malaysia Tanah Tumpah Darahku - Planking atas motosikal (kredit buat Mat Rempit Malaya).

Dikesempatan yang ada ini, ingin aku bawakan sedikit gambar-gambar Hebat tentang perihal planking yang layak untuk dipelangkung.






Karya Hebat Claire Morgan.. Perghh !!

Sekali pandang, gambar di atas seakan-akan hidup yang ditangkap menggunakan kamera berkuasa tinggi. Akan tetapi, jika anda mengamatinya betul-betul, ia hanyalah satu hasil seni kreatif hasil nukilan Claire Morgan yang berasal dari Belfast, Nothern Ireland. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...