Friday, 13 January 2012

Askar Amerika Kencing Jenazah Syuhada' Afghanistan [V.I.D.E.O]

Mereka tidak mengenal erti peri kemanusiaan, apatah lagi menghormati jenazah yang sudah tidak berdaya melawan. Itulah yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat La'natullah ke atas jenazah kaku Syuhada' di Afghanistan. Video di bawah menunjukkan 3 orang askar Amerika mengencingkan mayat beberapa lelaki yang dipercayai pejuang Taliban. Astarghfirullah.. 

Didalam video tersebut askar Amerika boleh didengari mentertawakan mayat pejuang taliban sebelum kencing diatas mereka. Salah seorang diantara askar tersebut sempat berkata "Have a good day buddy" (Hari yang indah buatmu kawan)


Pihak Pentagon hari ini mengeluarkan kenyataan yang mereka akan melakukan siasatan bagi memastikan kesahihan video tersebut. Ini bukanlah skandal pertama membabitkan askar Amerika. Tahun lalu dunia dikejutkan dengan kewujudan "Death Squad" yang membunuh orang awam secara rawak bagi membalas dendam rakan mereka yang mati dibunuh pihak insurgen. Selepas itu insiden askar Amerika membunuh kambing dengan kayu baseball pula tersebar.Dan jangan lupa insiden Abu Gharib dan kekejaman di Guantanamo Bay.


Duhai Allah, Tuhan sekalian alam.. Kau bantulah Islam dan penganutnya.. Kau bantulah mereka yang dizalimi.. Kau bantulah para pejuang al-Mujahideen..  Agar syariat-Mu kembali tertegak di muka bumi ini.. Amin..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...