Wednesday 1 October 2014

Maafkan Mama Sayang..


"Kakak sayang Mama sampai bila-bila."

Masih terngiang-ngiang patah perkataan itu. Seolah semalam kejadian itu baru berlaku. Sungguh, jika mampu diundurkan waktu, saya tidak mahu apa-apa dari dunia ini. Melainkan dirinya. Seorang anak yang baik.. Yang menyenangkan.. Yang menggembirakan hati sesiapa sahaja yang mengenalinya.

********

Sunday 11 May 2014

Kerana Dia Seorang Ibu..


Nama aku Ibrahim. Aku dilahirkan oleh seorang mak yang pada aku dia sangat sukar untuk memahami hati orang lain. Ayah? Aku tak tahulah dia di mana. Dia menghilangkan diri sejak aku berumur lima tahun. Kami lima beradik dibesarkan oleh mak. Mungkin dengan sebab ayah tak ada, aku menjadi seorang yang nakal, degil dan cepat memberontak.
Bermula dari sekolah rendah, aku menjadi seorang yang tak suka belajar. Kalau ke sekolah, kerja aku ialah mengacau dan mengganggu kawan-kawan. Bertumbuk dan bergaduh sudah menjadi 'makanan ruji' aku. Dan setiap kali itu, mak akan dipanggil untuk datang ke sekolah.
Keadaan yang sama juga berlarutan bila aku di sekolah menengah. Malah, kenakalan aku semakin menjadi-jadi. Ponteng kelas, lawan cakap cikgu, merokok, tak payah cerita. Itu semua perkara biasa bagi aku. Dan untuk kesekian kalinya, mak dipanggil lagi.

Saturday 22 March 2014

Nabi dan Kijang


''Bebaskan aku Ya Rasulullah..'' 

..rayu satu suara kepada Nabi Muhammad saw. Baginda yang ketika itu sedang dalam perjalanan menuju ke Thoif, mencari cari dari mana datangnya arah suara berkenaan. Setelah Baginda mengamatinya, tahulah Baginda bahawa suara itu datang dari semak samun berhampiran dan ia adalah kepunyaan seekor kijang.

''Kamukah yang bercakap wahai kijang?'' soal Nabi meminta kepastian

''Benar ya Rasulullah.. Tolonglah bebaskan aku'' rayunya lagi

Nabi yang menyedari bahawa kijang tersebut telah terkena jerangkap, kembali bertanya

''Kenapa kamu ingin aku bebaskan kamu?''

Wednesday 19 February 2014

Diari Seorang Kakak Kecil



Saya mempunyai 3 orang anak. Dua perempuan satu lelaki. Yang sulung, kakak, berusia tujuh tahun. Yang kedua abang, 4 tahun dan yang bongsu, adik perempuan berusia 1 tahun 6 bulan. Ketiga-tiga mereka ini boleh dikatakan anak yang soleh dan solehah. Cuma si kakak ni, sering membuatkan sayang pening kepala.
Tak dinafikan, kakak memang seorang budak yang pandai. Dia seorang yang fast learner. Seawal umur 5 tahun dia dah pandai mengeja dan membaca. Dan dia juga seorang yang petah berkata-kata. Apa yang membuatkan saya sering 'bergaduh' dengan dia adalah kerana dia sukar mendengar kata. Dia akan cuba mengambil perhatian saya walaupun berulang kali saya memberitahunya yang saya penat bekerja.
Ya. Saya dan suami semuanya bekerjaya. Jadi, anak-anak, kami akan hantar pada pengasuh bila kami beransur ke office masing-masing.

Monday 10 February 2014

''Maafkan Papa Nak..''


Malam tadi, masa nak makan nasi, anak aku ni sibuk datang nak panjat kerusi, nak makan nasi dengan aku.

Setelah dinasihati oleh pembaca budiman jangan bersangka buruk, aku pun bersangkalah baik. 

''Lapar agaknya anak aku ni..''

Lalu, aku angkat dia dan letakkan di riba. Bila aku nak suapkan nasi untuk dia, dia tolak. Tunjuk-tunjuk nak ayam. Jadi, aku ambillah ayam. Bila nak suap ayam, dia tunju
k-tunjuk pulak nak fish ball. Aishh.. My beteh ni betul-betul menguji kesabaran aku.

Baik. Aku letakkan ayam dan aku ambil bebola ikan. Masa bebola ikan tu nak masuk mulut dia, dia tolak skali lagi. Kali ni tunjuk-tunjuk nak air milo pulak.

Masa tu, aku dah hilang sabar. Dengan perut yang berkeroncong ni, aku angkat dia dan nak letakkan kat bawah. Tapi dia enggan. Menggeliat ke kiri ke kanan, meminta air milo tu jugak.

Serulah Dengan Kebaikan


Semalam, setelah azan Maghrib berkumandang, aku terus ke bilik air untuk berwudhu'. Selesai berwudhu', aku tengok anak aku yang dua orang ni masih lagi asyik dengan mainan masak-masak mereka.

Lantas, dengan suara yang lantang, aku mengeluarkan arahan '' Una.. Ana.. Dah dah la main tu. Pergi bilik air, ambik wudhu'. Kita solat sekali. Siapa yang tak solat nanti masuk NERAKA tau.. '' ugut aku di akhir arahan.

Namun, apa yang mendukacitakan, mereka boleh buat derk je. Macam tak dengar apa-apa. Aiii.. Ini boleh mendatangkan marah. Grrrr..!! Berkecamuk aku sendirian.

Belum sempat aku ulang suara sekali lagi, Ummi mereka yang dah siap bertelekung datang mendekati mereka. Dalam pada itu, kata-kata lembut berupa seruan diucapkan kepada kedua-dua anak kecil itu

3 Perkara Itu..



Setiap kali pulang ke rumah, suamiku pasti membawa sekali buah tangan bersamanya. Kadang-kadang, dia membawa pulang roti. Kadang-kadang pisang goreng. Dan kadang-kadang buah cempedak. Senang cerita, memang tak miss la hari-hari dia bersama buah tangan untuk kami.


Dan, setiap kali pulang juga, dia pasti meminta aku menghidangkan nasi untuknya. Lapar..

Suatu hari, sedang dia berselera menghadap hidangan, ringan mulut aku ingin bertanya sesuatu kepadanya..

'' Hmm.. Abang. Saya nak tanya something kat Abang ni..''

'' Ya sayang.. Apadia? Tanyalah.. '' jawab dia dengan mulut dipenuhi nasi dan ulam

'' Tengahari, Abang memang tak makan ea kat ofis..?? '' soalku lembut

'' Ermm tak. Kenapa sayang ?? '' pendek dan ringkas jawapan dia

'' Takdelah. Saya tengok abang hari-hari minta saya masak. Kalau boleh, saya nak juga berehat sehari dua. Kalau abang dah makan, untuk makan malam bolehlah saya masak ringan-ringan. Penatlah bang..

''Dengan si kenit ni yang tak duduk diam, rumah yang bersepah, kain baju berbakul-bakul yang nak kena basuh, jemur dan lipat.. Saya kadang-kadang stress..''

Satu-satu aku susun perkataan ini agar dia tidak terasa. Ustaz pun ada cakap, tugas memasak tu bukan tugas isteri tapi adalah tugas suami. Jadi, tak salah rasanya aku meluahkan perasaan. Lagipun, aku minta tak masak je. Tugas-tugas lain aku buat. Harap sangat dia faham.

Dia memberhentikan kunyahannya. Lantas, saki-baki nasi yang masih tersisa, ditelannya terus. Kali ni, dia fokus dan tepat memandang mataku. Sebelum dia berbicara, secangkir senyuman dia hadiahkan untukku. Manis..

'' Sayang, abang minta maaf kerana menyusahkan sayang. Abang tak tahu sayang penat. Kalau abang tahu, abang takkan minta sayang masak..''

Dia berhenti seketika mengambil nafas lalu menyambungnya kembali..

'' Hmm.. Ada 3 perkara yang abang rasa sayang perlu tahu kenapa abang tak makan tengahari..''

I Love You Dinda



Tadi.. Orang rumah mesej aku. Dia tanya aku nak makan apa malam ni. Tapi, bentuk pertanyaannya itu terus disertakan jawapan. Kira soalan berbentuk objektif la ni.

.......................

'' Abang.. Please choose one of the menu below.. ''

'' 1. Nasi goreng kampung + tempe goreng.. ''

'' 2. Ikan kembung asam pedas + tempe goreng + telur dadar.. ''

'' 3. Semua di atas (**pengsan) ''

Hehe. Pandai dia melawak . Tapi, susah jugak nak buat pilihan. Aku tahu, bila dia berbadan dua ni, penat dia berganda. Dan kalau boleh, aku taknak menyusahkan dia. So, aku jawab..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...