Malam tadi, masa nak makan nasi, anak aku ni sibuk datang nak panjat kerusi, nak makan nasi dengan aku.
Setelah dinasihati oleh pembaca budiman jangan bersangka buruk, aku pun bersangkalah baik.
''Lapar agaknya anak aku ni..''
Lalu, aku angkat dia dan letakkan di riba. Bila aku nak suapkan nasi untuk dia, dia tolak. Tunjuk-tunjuk nak ayam. Jadi, aku ambillah ayam. Bila nak suap ayam, dia tunjuk-tunjuk pulak nak fish ball. Aishh.. My beteh ni betul-betul menguji kesabaran aku.
Baik. Aku letakkan ayam dan aku ambil bebola ikan. Masa bebola ikan tu nak masuk mulut dia, dia tolak skali lagi. Kali ni tunjuk-tunjuk nak air milo pulak.
Masa tu, aku dah hilang sabar. Dengan perut yang berkeroncong ni, aku angkat dia dan nak letakkan kat bawah. Tapi dia enggan. Menggeliat ke kiri ke kanan, meminta air milo tu jugak.
Huh!! Apa lagi. Time tu, ringan tangan aku ni singgah ke pehanya.
''Prapp!!''
Sebiji cubitan aku hadiahkan. Terus, lepas kena tu dia meraung kesakitan. Ummi dia yang baru selesai potong buah limau terus mengangkatnya dan bawa ke depan. Tak lama lepas tu, selepas disusukan terus dia tidur.
Aku? Bagaimana dengan aku? Adakah aku lega dan kenyang menghadap makanan tanpa gangguan darinya? Jujur aku katakan.. Aku langsung tiada mood untuk makan dan lapar tadi automatik hilang. Menyesal dan amat bersalah menyelubungi diri kerana terlalu ikutkan emosi.
Aku basuh tangan. Pergi ke depan melihat si kecik yang telah lena. Seluarnya ku singkap. Merah. Hmm.. Apalah dosa anak ini sehingga aku menyeksanya sebegini. Dah la seharian dia tak jumpa aku, bila jumpa, kesakitan pulak yang dia terima..
''Maafkan papa nak..'' Ku sapu pehanya bersama linangan air mata..
**Peringatan untuk diri aku dan semua : Banyakkanlah bersabar ketika melayan karenah anak-anak. Ingatlah, kita pun pernah kecil suatu ketika dahulu. Apa yang kita rasa jika kita kena apa yang anak kita terima? Mesti tak best kan? So, sabar sabar dan sentiasalah bersabar. Kerana di akhir kesabaran itu terdapat keindahan yang tidak mampu diungkapkan.
via : karyawanbisu
No comments:
Post a Comment