Monday 30 April 2012

Haiwan Apakah Ini ? [V.I.D.E.O]


STRANGE
Very strange animal



Kepada seluruh bijak pandai yang berada di luar sana, bolehkah kalian membantu Abang Bisu memberikan jawapan sebenar kepada makhluk ganjil yang jarang dilihat ini? Tikus berkaki pendek kah ia? Atau anak ayam kacukkan tupai? Help me please.. 

Friday 27 April 2012

Karya Haiwan | Panda Menyelamatkan Panda

Kasih sayang yang diberikan si ibu kepada anaknya tidak berbelah bahagi. Demi menyelamatkan anak kesayangan dari ancaman manusia yang hilang erti belas kasihan, si ibu telah mendedahkan kemampuan luar biasanya ; berlari menggunakan dua kaki. Hebat bukan (^_^)v


Apakah benar tamadun mereka semakin yang canggih dari hari demi hari? Bermula dengan merangkak menggunakan empat kaki, kini mereka bukan sahaja mampu berjalan bahkan mampu berdiri untuk berlari menggunakan dua kaki belakangnya. Untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi, klik untuk melihat realitinya.

Karya Islamik | Ukhuwwah Itu Indah

'' Sekali kita bersahabat, Syurga adalah muaranya '' 

Mungkin itulah kata-kata hikmah yang menjadi prinsip hidup bagi kawanan burung ini. Walaupun berada di musim dingin, ke mana sahaja mereka pergi, pasti akan bersama. Contohilah perlakuan mulia mereka, kerana tinggi balasan yang akan Allah SWT berikan kepada mereka yang bersahabat kerana-Nya.

Dinukilkan di dalam Sahih Bukhari, bahawa Nabi SAW telaha bersabda :

“Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya di hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. (1) Pemimpin yang adil (2) Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya (3) Orang yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid (4) Dua orang yang saling mengasihi karena Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah, (5) Seorang lelaki yang diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yang cantik untuk melakukan kejahatan tetapi dia berkata, ‘Aku takut kepada Allah!’, (6) Seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kiri tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kananya, (7) Seseorang yang mengingati Allah di waktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dari kedua matanya”

P/S - Foto dirakamkan di Pembrooke, New York

Tuesday 24 April 2012

Karya Haiwan | Renang Berirama Versi Itik

Nak tergelak pun ada bila melihat gambar yang halal ditonton ini. Tertarik dengan tajuk yang dipostkan sendiri, renang berirama versi itik ini begitu mencuit hati. (^_^). Tahukah kalian, apakah sebenarnya yang dibuat oleh haiwan bernama itik ini sehingga berkeadaan sedemikian?? Adakah benar mereka sedang berirama?? Atau minum air sambil menyelam? Mereka sebenarnya sedang mencari sesuap rezeki halal untuk menghilangkan rasa lapar yang melanda perut mereka.


Monday 23 April 2012

Karya Haiwan | Kecomelan Mereka Terserlah

Tetap comel walaupun ketika tidur nyenyak



















Akibat dilanda kepupusan melampau, anak-anak panda comel ini terpaksa diletakkan di bawah jagaan Sichuan Giant Panda Cub Production Center, Chengdu. Kerajaan China memandang serius akan masalah kepupusan yang melanda trademark negaranya ini.

Semua yang berlaku ini adalah angkara warganya sendiri juga yang mana amat mementingkan pembangunan dan keselesaan diri mereka sendiri sahaja. Setakat tahun 2011, China melaporkan bahawa hanya 1596 ekor panda sahaja lagi yang wujud di Tanah Besar mereka.

Karya Lucu | Selamba Badak

Tanpa menghiraukan ribuan mata yang memandang, seorang jurukamera dengan selamba badaknya membawa sekaki tangga untuk tujuan penggambaran. Berlokasi di dataran Kim II Sung, Korea Utara, mereka berkumpul untuk mengecam Presiden Korea Selatan ; Lee Myung Bak dan menyatakan kesetiaan mereka kepada Presiden negaranya ; Kim Jong Un.

Karya Hebat | Ciptaan Dari Kotak

Begitu kreatif dan teliti hasil kerjanya. Karyawan Hebat Chris Gilmour telah berjaya mencipta rekaan-rekaan menarik hanya menggunakan dua bahan ringkas iaitu ;-kotak buangan dan gam. Seolah-olah 'hidup' dan real, hasil seni anak muda ini begitu mengagumkan.

Beliau yang berasal dari Stockport UK, dilahirkan pada tahun 1973. Telah banyak memenangi pelbagai anugerah di serata dunia, beliau membina ciptaannya tanpa ada sebarang tunjang daripada besi mahupun objek-objek konkrit yang lain untuk menyokong 'mereka' berdiri tegap di lantai pameran. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut siapakah Encik Chris Gilmour ini, kalian bolehlah terus ke laman sesawangnya di sini.




Karya Haiwan | Burung Berkaki 9

Seumpama mempunyai sembilan kaki, sejenis burung Piping Plover sebenarnya sedang memanaskan badan empat ekor anaknya. Gambar menarik ini diambil oleh jurugambar hidupan liar Michael Milicia di persisiran pantai Massachusetts, Amerika Syarikat. 













































Abang Bisu :- Mengkut apa yang difahami, semua burung yang terdapat di dalam gambar ialah 5 ekor. Dan seekor burung mempunyai sepasang kaki = 2. Jadi, 5 x 2 = 10. Akan tetapi, kenapa jumlah kaki mereka hanyalah 9 ? Ke manakah perginya sebatang kaki lagi ? Misteri.. HOho !! (^_^)

Karya Info | 2 Minit Israil Membeku

Kaku
Warga negara haram Israil

Sejak lebih 65 tahun lamanya, mereka mengamalkan 'pembekuan' serentak. Selama 3 hari dalam satu minggu yang sama, 'pembekuan' tersebut dilakukan atas alasan memperingati 3 perkara. (1) Hari Holocaust (2) Tentera yang terkorban (3) Rakyat yang menjadi mangsa keganasan. Sesibuk mana sesebatang lebuhraya, warganya tetap akan patuh berdiri dan memberhentikan kenderaan masing-masing apabila laungan siren dibunyikan. Video dirakamkan di Tel Aviv, Palestin


P/S : Sepatutnya, diorang kena buat hari memperingati kezaliman dan keganasan kami pada orang Islam. Yang tu baru betul.

Thursday 19 April 2012

Karya Hebat | Aloi Daripada Pasir

How Its Made
Siapakah di antara kalian yang tahu macam mana besi aloi ini dicipta? Adakah benar apa yang mata kita nampak? Ia hanya ditempa daripada pasir pantai sebagai bekasnya? Who can explain it? How? How? How?

Karya Foto | Keindahan Nadi Lautan

Sejenis batu karang berwarna-warni nan indah hasil fotografi Brian Skerry.















Siapakah sebenarnya Encik Brian Skerry, tuan empunya fotografi terbaik ini? Di sini, Abang Bisu akan cuba menyingkap profil sebenar beliau daripada apa yang didapati daripada laman web brianskerry.com.

Bermula kerjaya beliau sebagai seorang jurugambar hidupan marin bersama National Geography ialah pada tahun 1998. Sepanjang tempoh penglibatannya itu, beliau telah memenangi pelbagai anugerah. Hasil tangkapan gambar menariknya berkenaan lautan juga, banyak keajaiban dan misteri berjaya dibongkar.


 Beliau yang telah menghabiskan masa kira-kira 10,000 jam di dalam air, telah mengabdikan hidupnya selama 30 tahun yang lalu.( Means, sebelum  dia bekerja dengan National Geography team, dia telah pun menceburkan diri dalam bidang ni ). Berpengalaman dari tinggal di dalam laut dalam, merasai kebekuan lautan Kutub, menaiki bot nelayan berbulan-bulan, mengembara dengan kenderaan salji dan menaiki kayak puak Goodyear Blimp.. Semata-mata untuk mencari gambar terbaik kecantikkan di dalam air.


Hasil kerja keras beliau selama ini, banyak karya foto nya telah dimuatkan ke dalam beberapa majalah antaranya BBC Wildlife, People, dan World Report. Beliau juga merupakan jurugambar dan penulis bagi lima buah buku. Monograf terbaru beliau yang bertajuk Ocean Soul juga merupakan antara monograf terbaik pernah dihasilkan.


Karya Hebat | Kehebatan Penghibur OKU

Ternganga !!


Kotai bersama gitarnya

Kotai. -Sarawakian- Nama yang jarang didengari di dalam industri muzik tanah air. Adakah kerana kekurangan upayanya? Ataupun bakatnya dipendam tak ditunjukkan kepada pihak berkenaan? Ataupun ataupun dan ataupun lagi. Entahlah. Abang Bisu pun tiada jawapan untuk itu. Jika dilihat pada bakatnya.. beliau mampu bersaing dengan artis tempatan sedia ada dan mungkin jauh lebih berkualiti daripada mereka. Bakat dan kemampuan beliau bermain gitar dan meniru suara artis memang tiada tolok bandingnya. Terbaik lah Kotai.. !! 


Wednesday 18 April 2012

Karya Haiwan | Kecomelan Seekor Kucing

Comelll !!!
Seekor kucing tidak mahu kebasahan tapak kakinya. Macamana ia buat? Melompat teruskah? Bergantung pada tuannya? Atau buat derkk tak tahu je tanpa melintas ke seberang sana?U olllss tengok sendirilah ye..

Karya Foto | Gua Batu Kapur Ais Terbesar Dunia

Eisriesenwelt : Kalimah Jerman ini membawa maksud ''Dunia Ais Gergasi'' : diberikan kepada gua batu kapur ais  terbesar dunia yang terletak di Werfen, Austria, kira-kira 40 km dari Salzburg dan berkeluasan 42 km persegi.

Karya Foto | Makan Budak.. HOho !!

Seorang pelawat melihat hasil kerja pelukis Korea Selatan, Kang Hyung Koo di Galeri Ekspo Antarabangsa China 2012  yang berlangsung di Beijing. 















* Mengerikan je tengok gambar yang dilukis artis berkenaan. Boleh mengigau budak-budak tengok ni. Huhu (^_^)

Jentera Gergasi Menyeberangi Jambatan Kayu Usang. Adakah Ia Berjaya ?

Nasib Badan
Sebuah trak gergasi yang membawa muatan bertan-tan beratnya, mencuba nasib untuk menyebarangi sebatang jambatan kayu yang sudah berusia dan uzur. Bertempat di Brazil, pemandu jentera berkenaan tetap berdegil untuk memacu  pacuan banyak kakinya melintasi jambatan yang hanya menunggu masa untuk roboh itu. Apa yang terjadi ? Saksikan kesudahannya..

Karya Hebat | Pukauan Arca Pasir

Sempena meraikan Sukan Olimpik London yang bakal berlangsung pada 27 Julai 2012 ini, 15 profesional arca pasir seluruh dunia telah diberi mandat untuk membina arca pasir gergasi berkaitan keadaan yang menggambarkan persekitaran Kota London. Bertempat di Tottori, Jepun, mereka membina arca-arca pasir tersebut di dalam sebuah muzium. Apa yang menguntungkan, mereka tidak perlu risau akan halangan cuaca yang datang melanda.

*[ Kalau muzium tu runtuh, ada halangan jugak kan ? (^_^) ]

Sebanayak 3,000 tan jumlah pasir disediakan untuk artis-artis ini menyiapakan kerja mereka. Antara ciptaan yang dibina ialah Palace of Winmister, Isaac Newton, Queen Elizabeth 1, William Shakespeare dan adegan jalan hujan di London. Pameran tersebut dibuka pada 14 April 2012 dan akan berterusan sehingga Januari 2013 akan datang.



Monday 16 April 2012

Karya Hebat | 88,000 Foto Tentang Langit

Daripada jauh, terlihat seperti sebuah televisyen yang telah rosak sistemnya. Tetapi, apabila diamati secara lebih dekat, jelaslah ia merupakan gambar-gambar permandangan di kaki langit yang diambil oleh dua orang jurufoto hebat ; Jonathan Puckey dan Luna Maurer. Mereka berdua mengorbankan masa selama 2 tahun untuk mengambil gambar-gambar segala macam peristiwa yang berlaku di kaki langit bumi Amsterdam.

Setiap 5 minit sekali selama tempoh 2 tahun tersebut, mereka bekerja keras untuk mendapatkan 'shoot' yang terbaik untuk dirakamkan di dinding Muzium De Paviljoens, Belanda. Akan tetapi, apa yang tertampal di dinding muzium itu adalah gambar-gambar yang dipilih setiap 10 minit tangkapan. Jika dikira jumlah kesemua gambar yang diambil mereka, jumlahnya pasti melebihi 150,000 keping.

Bermula daripada waktu siang berpindah ke malam. Daripada musim sejuk beralih ke  panas.. Dan begitulah seterusnya. Gambar-gambar langit yang mempersonakan ditayang di sana. Istilah 'Sky Timeline' sesuai digunakan untuk karya hebat ini. Tidak ketinggalan juga, segala peristiwa-peristiwa menarik yang melibatkan langit turut dirakamkan. Antaranya seperti ; pertunjukkan bunga api, turunnya salji dan kecantikkan bulan mengambang.




Karya Hebat | Manusia Bertangan Cermin

عجيب جدا = Hebat !!
Seolah dikawal oleh robot, itulah anugerah yang ada pada seorang Pak Arab ini. Tangan kanan dan kiri beliau mampu untuk melukis 2 wajah potret yang sama pada satu-satu masa. Tidak dapat dipastikan dimanakah lokasi sebenar video ini dirakamkan - mungkin di Arab Saudi - kehebatan tangan anugerah Illahi ini mampu membuatkan kita terpaku untuk menyaksikan sehingga ke minit akhir rakaman ini. MasyaAllah.. Hebat Sehhh !!

Karya Hebat | Kecekapan Pemandu Forklift

Amazing Skills
Berbekalkan kemahiran tinggi mengendalikan Forklift seberat 30 tan, Daniel Xanthopulo berjaya memasukkan sekeping duit syiling 10 sen Brazil ke dalam botol tanpa menjatuhkan botol tersebut. Video yang dirakamkan di Terminal Sato & Akutsu, Santos, Sao Paulo, Brazil ini mampu membuatkan anda tergamam melihat kehebatan beliau mengendalikan Forklift gergasi yang mungkin tak pernah kita lihat di Malaysia. Hollllaaa..


Practice make perfect !!

karya Kreatif | Seni Tasik Beku

Tasik Baikal, Siberia, Republik Russia. Akibat cuaca sejuk yang berada di bawah aras beku, air Tasik Baikal yang kebiruan telah membeku. Pandai mengambil peluang yang ada, Jim Denevan, artis kanvas berskala besar, mencipta potret seni menarik di atas tasik beku bersalji itu.

Projek mega yang bermula pada Mac 2010 itu, melibatkan 8 orang ahli kumpulan. Berbekalkan semangat yang tinggi, beliau melakarkan bulatan-bulatan mini dan gergasi di atas permukaan luas berdiameter 18 batu persegi. Ia akan dimuatkan di dalam rancangan The Antropologi arahan Meredith Danluck dan bakal ditayangkan untuk tatapan dunia pada suatu hari nanti.



Sunday 15 April 2012

Karya Hebat | Tumpahan 40,000 Bebola Hitam

Sebanyak 40,000 bebola plastik berwarna hitam 'dibuang' ke dalam takungan air Ivanhoe, Los Angeles. Apakah tujuan pihak terbabit melakukan hal sedemikian? Mencari publisiti murahan kah? Merungkai segala persoalan yang bermain di minda, Jabatan Perlindungan Air Los Angeles menyatakan sebab mereka berbuat demikian.

Pembuangan sejumlah 40,000 bebola hitam itu ke dalam tangki takungan air bersih wilayah berkenaan adalah bertujuan untuk menghapuskan proses tindakbalas kimia yang bersumberkan cahaya matahari kepada zarah-zarah yang menghuni di dalam air itu. Kandungan tinggi sejenis sebatian Bromate dikesan apabila Bromida dan Klorin bertembung dan diaktifkan oleh sinaran mentari. Kandungan air itu akan membahayakan 600,000 pengguna andainya tindakbalas kimia ini dibiarkan.

Sementara menunggu takungan bawah tanah di Griffin Park siap, alternatif menaburkan bebola hitam ke atas permukaan air adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bebola yang diperbuat daripada polietilena itu mampu untuk menangkis sinar ultraviolet daripada menembusinya. Ia dijangka akan terus dibiarkan 'berenang' di atas permukaan air tersebut selama 4 ke 5 tahun akan datang.



Karya Hebat | Sungai di Atas Sungai

The Magdeburg Water Bridge, Jerman.. Menghubungkan antara dua terusan yang pada asalnya terpisah. Jambatan sungai yang besar ini menghubungkan Terusan Elbe-Havel dan Terusan Mittelland sekaligus menjimatkan masa 'gergasi-gergasi' laut sampai ke destinasinya. Andai ketiadaan Jambatan Air Magderburg ini, kapal-kapal kargo tersebut terpaksa melencong sejauh 12 kilometer dari Elbe ke Mittelland dan begitulah sebaliknya.

Jambatan sepanjang 918 meter ini mula dibina seawal tahun 1930-an tetapi disebabkan Perang Dunia Kedua, kerja-kerja pembinaannya tergendala. Pembinaannya mula dijalankan secara terperinci pada tahun 1997 dan siap sepenuhnya pada tahun 2003.



Karya Foto | Santai

Hummang aii !! Santainya pakcik Mali ni berehat. Penat sangat  kalo macam ni nih.

Karya Foto | Overload

Dargai, Pakistan : Beberapa orang lelaki cuba 'menjinakkan' sebuah lori yang 'naik minyak' ekoran lebihan muatan diletakkan di atasnya. Mereka menggunakan tali untuk menarik lori itu kembali berdiri di atas keempa-empat kakinya.
















Abang Bisu : Aii.. Lori pun dah pandai naik angin sekarang ni ek ?? (^_^)

Friday 13 April 2012

Karya Foto | Iceland

Subhanallah !! Cantiknya ciptaanMu. Engkau Yang Maha Cantik dan amat menyukai kecantikkan. 
:: Gambar bumi Iceland diambil dari satelit ::

Bunuh Diri Tapi Tak Mati

Ngeri
Bagi mereka yang berumur 18 tahun ke bawah dinasihatkan supaya memanggil ibu bapa bersama andai ingin melihat paparan video ini. Ia mengandungi aksi seorang lelaki yang ingin membunuh diri tetapi tidak berakhir dengan kematian. Sebab mengapa dia ingin membunuh diri tidak dapat dipastikan. Saksikan kesudahannya..



Hehe.. Ngeri tak ? Peace (^_^)v

Karya Lucu | Lembu dan Kereta Control

Curiousity
Rupa-rupanya bukan dalam jiwa manusia sahaja yang menebal sikap ingin tahu, tetapi ia juga terdapat dalam jiwa haiwan. Lihatlah video di bawah, bagaimana kawanan lembu tersebut seolah-olah ingin mengkaji pendatang baru yang cuba menceroboh kawasan mereka. Begitu mencuit hati. ( ^_^ )



Berani-berani takut. Sungguh lucu melihat telatah mereka memerhatikan 'bendalah' apakah yang kecil dan bergerak pantas tu. Arnab ke? Ke Pingu? Hehe.. Apalah keputusan dari kajian mereka tu ek? ;-P

Karya Hebat | Pusingan Buaian 360°

Awesome
Ramai di antara kita yang pernah bermain buaian suatu ketika dahulu bukan? Baik di taman permainan kat perumahan kita atau di tepi pantai atau di mana sahaja yang pernah anda main. Keseronokkan bermain buaian tersebut terletak pada ketinggian hayunannya. Tetapi, adakah anda pernah menghayunnya sehingga berpusing 360° ? Andai pernah, anda memang hebat. Andai tak pernah, saksikan rakaman video ini. 


Fuhh !! Boleh luruh jantung den kalau macam ni lah gayanya..

Thursday 12 April 2012

Karya Haiwan | Ribuan Panda Terlepas di Paris

Gempar !! Kota Paris telah diserang oleh ribuan panda yang terlepas dari sangkarnya. Bagaimana haiwan yang berasal dari Tanah Besar China ini mampu merangkak sehingga ke Perancis? Apakah tujuan mereka mengadakan reunion di sana? Adakah mereka ingin membuat filem seperti The Rise Of The Planet The Apes ? 

Bukan seperti apa yang disangka. Mereka semua hanyalah panda yang diperbuat daripada kertas. Berjumlah 1,600 ekor, semuanya mengambil bahagian untuk menyertai kempen memelihara 1,600 ekor panda sahaja lagi yang wujud. Kempen ini juga bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang jumlah populasi panda yang semakin pupus.

Encik Stuart Chapman - Ketua Spesis WWF UK- berkata '' Pihak kami telah melakukan penyelidikkan yang mendalam tentang habitat panda. Habitat yang sebelum ini tidak diketahui manusia dapat dijumpai ''. Hasil dari kajian tersebut, jumlah seperti yang dinyatakan dapat dikumpul pihak WWF.




Karya Arkitek | Bangunan Jarum

''Bangunan Jarum ? Diperbuat daripada jarum ke ? Macam tak percaya je..'' Pelbagai persoalan bermain di minda ? Bagi merungkaikannya, jom ikuti pengembaraan bersama Abang Bisu untuk membongkar apakah rahsia disebalik bangunan unik ini.

Nama asal bagi bangunan ini ialah Cathedral Seed. Terletak di perkarangan astaka Pavillion UK, London, ia menjadi tumpuan ramai sejak ditubuhkan. Berdiri di atas tapak seluas 6,000 meter persegi, ia kelihatan seperti sebuah kiub yang dipacak padanya ribuan jarum. Objek yang kelihatan seperti jarum tersebut sebenarnya ialah sejenis wayar gentian optik yang lutsinar. Setiap satunya berukuran 7.5 meter. Sebanyak 60,000 gentian dilekatkan pada 'badan' bangunan.

Syarikat yang bertanggungjawab mendirikan kiub unik ini ialah Studio Heatherwick yang mana merupakan pemenang pertandingan Reka Bentuk Astaka UK untuk Ekspo Shanghai 2010. Menelan belanja sebanyak 13.2 juta Euro, mereka menganggarkan seramai 70 juta pelawat akan memenuhi astaka berkenaan apabila Ekspo Shanghai berlangsung yang melibatkan 200 buah negara yang mengambil bahagian.



Karya Haiwan | '' Saya Tak Salah Cik ''

Seekor Groundhog gagal mencari jalan keluar setelah terperangkap di dalam reban ayam di Chengdu, di Barat Daya China.


















P/S : Kesian dia. Aksi macam pesalah yang ketakutan setelah tertangkap oleh tuan tanah je dia posing. Tapi, comel pun ada jugak. Huhu ( ^_^ )

Karya Info | Mandi-Manda di Laut Hijau

Kejernihan laut pelabuhan Quingdao, wilayah Shandong, China bertukar wajah apabila airnya yang berwarna biru bertukar hijau. Punca berlakunya fenomena ini tidak dapat diketahui. Apa yang pasti, kehijauan lautnya itu adalah disebabkan alga segar yang dulunya menghuni dasar laut timbul ke permukaan.

Segelintir pengunjung seolah berpesta dengan kehadiran alga hijau tersebut terutamanya kanak-kanak. Tetapi sebahagian yang lain tidak tergamak untuk menyentuh air. Mereka telah membuat laporan mengenai bau busuk yang didakwa berpunca dari alga berkenaan. Pihak berkuasa wilayah Shandong telah melakukan opersai besar-besaran bagi membersihkan penularan alga seluas saiz padang bola itu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...