Thursday, 19 April 2012

Karya Foto | Keindahan Nadi Lautan

Sejenis batu karang berwarna-warni nan indah hasil fotografi Brian Skerry.















Siapakah sebenarnya Encik Brian Skerry, tuan empunya fotografi terbaik ini? Di sini, Abang Bisu akan cuba menyingkap profil sebenar beliau daripada apa yang didapati daripada laman web brianskerry.com.

Bermula kerjaya beliau sebagai seorang jurugambar hidupan marin bersama National Geography ialah pada tahun 1998. Sepanjang tempoh penglibatannya itu, beliau telah memenangi pelbagai anugerah. Hasil tangkapan gambar menariknya berkenaan lautan juga, banyak keajaiban dan misteri berjaya dibongkar.


 Beliau yang telah menghabiskan masa kira-kira 10,000 jam di dalam air, telah mengabdikan hidupnya selama 30 tahun yang lalu.( Means, sebelum  dia bekerja dengan National Geography team, dia telah pun menceburkan diri dalam bidang ni ). Berpengalaman dari tinggal di dalam laut dalam, merasai kebekuan lautan Kutub, menaiki bot nelayan berbulan-bulan, mengembara dengan kenderaan salji dan menaiki kayak puak Goodyear Blimp.. Semata-mata untuk mencari gambar terbaik kecantikkan di dalam air.


Hasil kerja keras beliau selama ini, banyak karya foto nya telah dimuatkan ke dalam beberapa majalah antaranya BBC Wildlife, People, dan World Report. Beliau juga merupakan jurugambar dan penulis bagi lima buah buku. Monograf terbaru beliau yang bertajuk Ocean Soul juga merupakan antara monograf terbaik pernah dihasilkan.







Semoga Allah SWT akan membuka pintu hati beliau untuk memeluk Islam setelah beliau sekian lama menyaksikan keajaiban dan keindahan alam lautan ciptaan Allah 'Azza wa Jalla, seperti mana Allah membukakan pintu hati mereka yang terdahulu, yang pernah mengkaji keunikkan ciptaan Illahi ini. Amiin..

* Tersentuh hati Abang Bisu apabila membaca kisah Dr. Yahya Maurice Bucaille yang telah memeluk Islam kerana kebenaran al-Quran.

Sumber : Brian Skerry

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...