Thursday 12 April 2012

Karya Arkitek | Bangunan Jarum

''Bangunan Jarum ? Diperbuat daripada jarum ke ? Macam tak percaya je..'' Pelbagai persoalan bermain di minda ? Bagi merungkaikannya, jom ikuti pengembaraan bersama Abang Bisu untuk membongkar apakah rahsia disebalik bangunan unik ini.

Nama asal bagi bangunan ini ialah Cathedral Seed. Terletak di perkarangan astaka Pavillion UK, London, ia menjadi tumpuan ramai sejak ditubuhkan. Berdiri di atas tapak seluas 6,000 meter persegi, ia kelihatan seperti sebuah kiub yang dipacak padanya ribuan jarum. Objek yang kelihatan seperti jarum tersebut sebenarnya ialah sejenis wayar gentian optik yang lutsinar. Setiap satunya berukuran 7.5 meter. Sebanyak 60,000 gentian dilekatkan pada 'badan' bangunan.

Syarikat yang bertanggungjawab mendirikan kiub unik ini ialah Studio Heatherwick yang mana merupakan pemenang pertandingan Reka Bentuk Astaka UK untuk Ekspo Shanghai 2010. Menelan belanja sebanyak 13.2 juta Euro, mereka menganggarkan seramai 70 juta pelawat akan memenuhi astaka berkenaan apabila Ekspo Shanghai berlangsung yang melibatkan 200 buah negara yang mengambil bahagian.











Semoga perkongsian ini akan menambahkan lagi pengetahuan kita umat Islam dan membangkitkan semangat kita untuk bersaing mencipta nama memartabatkan keagungan seni bina dari tangan jurutera Islam. Allahumma ameen.


Sumber : Heatherwick

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...